CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3872|Reply: 2

Pendapatan RM3500 & Hutang 300K

[Copy link]
Post time 27-7-2015 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Bagaimana dengan Pendapatan RM3500 & Hutang 300K masih boleh ada 4 buah rumah sewa dalam masa 8 tahun
July 27, 2015 at 12:14am


Oleh kerana saya akan berada diluar negara sepanjang minggu ini , saya tinggalkan untuk korang satu kes yang mungkin menyentuh kebanyakan pasangan diluar sana. Ianya agak panjang , maka sabar jer laa membacanya. Tolong jangan lihat pada angka dan nilai-nilai yang di bentangkan , lihat pada cara dan kaedah penyelesaian di bina. Selain itu amat penting kepada bakal pasangan untuk mengenali profile kewangan anda sebelum "I love u .. u love me" berlaku , terutama apabilla telah bernikah kerana selepas tu " I lap u .. u lap me " akan berlaku.

Fokus utama saya adalah pada pembinaan harta , sering kali kewangan sedia ada perlu distrukturkan semula bagi memudahkan proses pembinaan harta. Oleh yang demikian saya tidak mengambil kira hati dan perasaan mereka yang terlibat di dalam proses ini, hati pengadu  , pasangan , mak ayah , sedara mara , sahabat handai dan kaum kerabat kerana hati dan perasaan mereka tidak menyumbang kepada kejayaan penstrukturan kewangan individu terbabit. Di dalam proses ini , tidak semestinya semua hutang perlu dilangsaikan untuk membina harta.

Yang Bertanya
Assalamualaikum Tuan Zaidi Ismail Nama saya [Korang tak perlu tahu dan tiada kena mengena dengan korang] dan sy nak minta tolong tuan berikan sy idea atau motivate sy dalam perancangan kewangan yg lebih baik. Terlebuh dahulu sy ingin mengucapkan selamat hari raya dan ribuan terima kasih sekiranya Tuan dapat membantu sy.Saya sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak. Saya kerja kerajaan sebagai anggota polis dan isteri saya baru 7 bulan bekerja dengan kerajaan jugak sebagai guru. Masalah sy yang utama dan besar adalah sy seorang yg byk hutang semasa zaman jahiliyah saya dulu. Di sini sy akan tunjukkan kepada Tuan masalah hutang2 sy yg sering menggangu kehidupan sy atas sebab sy sendiri.Di bawah ini adalah perkiraan perbelanjaan saya dan isteri yg turut sama membantu sy.

Gaji saya keseluruhan : Rm 3000
Gaji isteri keseluruhan : Rm 2700

1.Pinjaman bank mbsb Rm 120k dan dibayar setiap bulan Rm 1050 baki hutang 15 tahun lagi
2.pinjaman bank rakyat saya Rm 100k dan dibayar setiap bulan Rm 875 dan baki hutang 17 tahun lagi
3. Pinjaman koperasi pendidikan Rm 20k dan dibayar sebanyak Rm 224 setiap bulan dan baki hutang 8 tahun lagi
4. pinjaman kenderaan Rm 54000 dibayar setiap bulan Rm 650 dan baki hutang 6 tahun lagi
5. Pinjaman courts mamouth Rm 20k dibayar Rm 410 setiap bulan dan baki hutang 5 tahun lagi
6. Segala perbelanjaan bil berjumlah Rm 500
7. perbelanjaan taska dan anak Rm 600 setiap bulan
8. Duit minyak utk pergi ke kerja Rm 150
9, Duit bantuan ibu dan ayah semua Rm 650 setiap bulan
10.perbelanjaan harian keluarga makan dan minum utk sebulan Rm 650

Jadi baki simpanan yg ada hanyalah berjumlah Rm 59

Saya juga ada beli sebuah rumah berharga 78000 di taman perkasa hulu langat pada thn 2013 dan bayaran bulanan Rm 400 dan kini telah disewa dgn bulanan Rm 500
Jadi bersih sy blh simpan sebulan Rm 100+Rm 59 = Rm 159 sahaja.
Boleh tak Tuan tlg selesaikan masalah sy? Saya ucapkan terima kasih byk2 sekiranya Tuan dapat membantu sy.Tqvm..

Zaidi Ismail
wsalam ,
1. personal loan potong gaji atau bayar sendiri ?
2. Ambil skim pencen atau kwsp?

Yang bertanya
Potong gaji melalui slip gaji Tuan dan skim pencen dan utk makluman Tuan sy dah berkhidmat selama 8 thn manakala isteri sy baru 7 bln dan masih skim kwsp sbb 3 thn akan dtg baru wife bkh tukar ke skim pencen

Zaidi Ismail
jangan ambil skim pencen , ambil KWSP utk isteri

Yang bertanya
Ok Tuan cuma sy masih tertekan memikirkam gaji sy yg kecil ni skrg apa perlu sy buat Tuan

Zaidi Ismail
Gaji RM3K kasar atau bersih setelah tolak potong gaji?

Yang bertanya
Gaji 3k tu kasar setelah tolak loan peribadi jadi Rm 1020 sahaja skrg ni Tuan
Kereta,bil dan courts mamouth bayar di kaunter , Klu ikutkan mmg zero lah gaji sy ni

Zaidi Ismail
gaji bersih isteri berapa?

Yang bertanya
Rm 2500 Tuan

Zaidi Ismail
jadi 1020+2500 = 3500 la sebulan

Yang bertanya
Btl tuan

Zaidi Ismail
saya kira ada baki RM500 sebulan , 3500 - kete dan lain2

Yang bertanya
Tp ada komitmen lain cth duit utk parent, bil , courts mamouth, kos susu,pampers dan taska anak,minyak kenderaan dan makan minum serta lain2 perbelanjaan baki dalam 150 mcm tu tuan Termasuk kereta sekali tuan

Zaidi Ismail
parents dah bagi 650 , bills rm500

Yang bertanya
Kereta 650

Zaidi Ismail
perbelanjaan harian 650 , ya , kete 650

Yang bertanya
Htg courts mamouth 410 , Utk anak sahaja 600

Zaidi Ismail
saya dah kira courths

Yang bertanya
Lain2 bil dalam 400 , Baki bulan kadang 150 kadang xda lgsung

Zaidi Ismail
lain2 , ok

Yang bertanya
Apa harus sy buat? Sy kadang rass nak jual rumah utk satlekan htg lain

Zaidi Ismail
baki hutang rumah berapa?

Yang bertanya
Sy beli rumah Rm 78000 pada thn 2013 dgn bayaran bulanan Rm 400 tapi sy sewa kat org Rm 500 sbln,hutang selama 40 tahun tuan

Zaidi Ismail
berapa baki hutang dan value rumah ?

Yang bertanya
Sy ada tanya bank dia kata value dlm Rm 130k tp xsalah la Tuan

Zaidi Ismail
how serius u nak selesaikan semua masalah ni?

Yang bertanya
Sy blm nampak jalan lg Tuan harap tuan blh bimbing sy

Zaidi Ismail
mudah jer .. kalau u betul-betul serius laa

Yang bertanya
Mmg kenaikan gaji kami setiap thn blh sampai Rm 325 sebulan , Tapi setiap kali ada duit cpt shj lupa dan tak tau mana aliran wang byk keluar

Zaidi Ismail
nak buat ke tidak?

Yang bertanya
Sy nak sgt buat , Bantulah sy

Zaidi Ismail
1. stop pemberian ke ibu bapa selama 1 tahun , RM150 +650 = Rm800 sebulan.
2. bayar kereta RM650+800 = RM1450 , jual kereta bila sampai tak perlu topup , lepas jual kereta akan ada lebihan RM150+650 = Rm800
dalam masa setahun = RM10K , boleh beli kereta tunai
3. tahun berikutnya bayar RM10K kat hutang koperasi , baki hutang koperasi refinance ke bank lain untuk kurangkan bayaran bulanan.
4. tahun ke 3 dah boleh simpan RM150+650+100 (koperasi lepas refinace) = RM900 sebulan.
5. pada waktu yang sama keluarkan KWSP 2 isteri unutk bayar bayaran bulanan rumah ( tahun kedua isteri bekerja) , maka jimat lagi RM400 duit rumah selama setahun , oleh itu , RM900 +400 (duit rumah) = Rm1300 sebulan.
6. tahun ke 5 dah ada RM1300X12 = RM15,600.
7. refinace rumah kepada nilai semasa ( tahun ke 5) , katakan nilai semasa RM130K , dapat 90% margin tolak baki hutang katakan RM70K
hasil refinace = 130K X 90% - 70K = 47K
8. maka RM15K simpanan +47K = 62K.
9. setelkan hutang koperasi , katakan RM10K , baki 52K
10. simpanan 52K dah boleh beli kereta cash RM30k
11. baki 22K dah boleh buat modal beli rumah sewa kedua bernilai RM150K.
12. masa tu courts pun dah habis bayar ( sebab hanya 5 tahun sahaja) .
13. oleh itu simpanan Rm1300 +400 (courts) +200 (koperasi) = RM1900 sebulan
14. katakan , bayaran rumah lepas refinace naik dari 400 ke 600 , maka RM1900 - 600 +100 = RM1400.
15. dalam tahun ke 7 = RM1400X12 = RM16800 kalau dividen 7% = 17,976 , dah boleh beli rumah ke 3
16. dalam masa 7 tahun semua hutang selesai kecuali personal loan , ada simpanan RM1400 sebulan dan ada 3 biuah rumah sewa dan ada kereta cash 30K+10K (40K) , OK.
17. tahun ke 8 dah ada simpanan sekitar RM20K setiap tahun. tidak termasuk kenaikan gaji , bonus dan lain2

Yang bertanya
MasyaAllah , Alhamdulillah terima kasih byk2 Tuan sgt jelas dan mudah sekiranya kita istiqamah dlm segala urusan. Syukur sgt Tuan..

Zaidi Ismail
tahun pertama kena korban sikit , lepas tu dah ok

Yang bertanya
Iyer btl tu Tuan lgpun semua yg sy miliki ni byk mengikut hawa nafsu sekiranya sy blh sabar xkan jd macam skrg ni , Sy perlu berubah , Tak blh ikut org sgt

Zaidi Ismail
dalam masa 7 tahun dah ada 3 rumah sewa ( nilai sekitar RM150K) setiap satu = RM450K.
kalau campur siimpanan tahun ke 8 , boleh beli sebuah lagi , jadi 4 buah rumah sewa , kalau nak laa.
saya kira berdasarkan gaji sekarang , sudah semestinya pendapatan akan bertambah akan datang.

Yang bertanya
Iyer btl tu Tuan..
Kalau x mmg sy xjumpa jalan asyik dok pk macam mana nak tambah pendaptan samada nak niaga atau pun buat pelaburan
Tp dgn nasihat Tuan sy nampak jalan bahawa perlu ada kesabaran , Klu x hati berbelah bagi je nak berniaga utk cari rezeki lain

Zaidi Ismail
semua benda perlukan kesabaran , kalau kita gagal urus rezeki sedia ada , mcm mana nak urus rezeki masa depan ?

Yang bertanya
Btl tu Tuan , Terima kasih byk2 Tuan

Zaidi Ismail
kalau gagal urus rezeki sedia ada , macam mana Allah nak tambah rezeki kita.

Yang bertanya
Tuan nak tanya sikit ttg pelaburan tuan

Zaidi Ismail
Selain dari mengurus kewangan , kita juga perlu urus amal kita dengan Allah. Boleh amalkan solat hajat dibawah.




Yang bertanya
Btl tuan

Zaidi Ismail
silakan.

Yang bertanya
Sy ada tgk post Tuan tp xberapa phm Pasal yg asrama Tuan tu

Zaidi Ismail
kenapa?

Yang bertanya
Mksd sy ada x peluang sy nk tambah pendapatan sedikit melalui pelaburan Tuan , Mcm jd ahli tu mcm mana sy xphm

Zaidi Ismail
tahun pertama fokus pada simpanan utk selesaikan hutang. nanti boleh hubungi saya semula untuk langkah kedepan.
pasal rumah / pelaburan dll , boleh belajar kemudian.

Yang bertanya
Oh mcm tu ye so klu nak jd ahli sy perlu ikut step Tuan dulu la ye

Zaidi Ismail
ya , ahli tu kemudian , perbaiki kewangan dulu

Yang bertanya
Baik Tuan sy akan usaha utk 3 thn pertama ini InshaAllah Tuan doakan sy berjaya terima kasih byk2 Tuan semoga murah rezeki panjang umur dan diberkati Allah SWT

Zaidi Ismail
insya'allah. Semoga berjaya hendaknya.

Persoalan :-

1. Kenapa Rumah yang bertanya tidak perlu dijual?
2. Kenapa saya selesaikan hutang kereta dahulu bukannya Courts ?
3. Kenapa saya saya tidak syorkan pengurangan perbelanjaan isi rumah?

Ketiga-tiga soalan ini membawa kunci besar dalam penstrukturan semula kewangan individu ini , langkah yang ditunjukkan tidak kekal , ianya akan berubah mengikut keperluan dan perubahan semasa.


https://www.facebook.com/notes/zaidi-ismail/bagaimana-dengan-pendapatan-rm3500-hutang-300k-masih-boleh-ada-4-buah-rumah-sewa/10155870865275297?pnref=story


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 11:26 PM | Show all posts
Polis ke..mesti byk dpt duit tepi

Ape ade hal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2015 12:39 AM | Show all posts
tagas replied at 27-7-2015 11:26 PM
Polis ke..mesti byk dpt duit tepi

Ape ade hal

jadi fitnah melainkan ko tgk mata sendiri........... bukan semua polis makan suap   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.291781 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list