CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3300|Reply: 2

[Tempatan] Isteri dipukul dgn tukul... ibu sendiri ditampar... kejamnya manusia..

 Close [Copy link]
Post time 28-7-2015 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by padiyappa at 28-7-2015 11:17 AM

SUMBER : Suara Melayu Baru

Kemanakah hilangnya nilai2 kemanusian dan perasaan kasih sayang yang sepatutnya menjadi fitrah dalam sanubari setiap manusia... adakah kifarah di atas dosa-dosa lampau menjadikan generasi hari ini hilang harga diri dan sifat berperikemanusiaan...


Dalam kes pertama, baru-baru ini gempar seketika dengan berita pembunuhan seorang isteri di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur...  mangsa, Suraniza Hamzah yang juga merupakan seorang juruaudit di sebuah syarikat penerbangan telah dipukul oleh suaminya sendiri menggunakan tukul besi... mangsa ditemui oleh anaknya yg berusia 17 tahun setelah pulang dari berhari raya... suami mangsa yang juga merupakan suspek utama dipercayai mengalami masalah kemurungan melampau akibat tekanan dan ini menjadi punca suspek tergamak bertindak sedemikian... mangsa maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala...


Sementara itu, satu rakaman video telah tersebar dipercayai dirakam secara sembunyi oleh seorang jiran yang prihatin... jom kita tonton dulu rakaman yang dimaksudkan...


Seorang warga emas telah diherdik sebelum ditampar beberapa kali di muka oleh seorang wanita dipercayai anak kepada warga emas tersebut... kejadian dikatakan berpunca akibat hutang antara kedua-dua pihak... video ini telah dirakam oleh jiran mereka ekoran kejadian yang sama telah beberapa kali berlaku...


Apa lagi yang mampu mamu katakan... apabila rasa hormat dan kasih sayang sudah hilang dari hati anak tersebut... maka akan berlakulah perkara-perkara yang tidak wajar yang tidak pernah terlintas di benak fikiran... jadikanlah ini sebagai ikhtibar... walau apapun alasannya, seorang anak wajib menghormati dan mempunyai perasaan belas ehsan kepada kedua ibu bapanya...

Tidak mungkin kita akan dapat mengecapi nikmat keindahan dunia tanpa kewujudan kedua ibu bapa kita... sayangilah mereka ketika masih berpeluang, takut nanti penyesalan akan menghinggut jiwa kita, hingga ke akhir hayat...


By Mamu Karapoley



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 11:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 11:58 AM | Show all posts
kesian dia tertinggal keta api..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.069351 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list