CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1277|Reply: 2

[Dunia] Pasaran saham China merudum, terendah dalam lapan tahun

[Copy link]
Post time 28-7-2015 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Pasaran saham China merudum, terendah dalam lapan tahun
Najib Arof, Astro Awani | Diterbitkan pada: Julai 27, 2015 17:55 MYT
[url=whatsapp://send?text=Pasaran saham China merudum, terendah dalam lapan tahun%20http://www.astroawani.com/berita ... m-lapan-tahun-67400][/url]




Pelabur turut dipengaruhi sentimen rizab persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah pada suku keempat tahun ini. - Gambar Fail

SHANGHAI: Pasaran saham China jatuh lebih lapan peratus pada dagangan tengahari Isnin, terendah dalam lapan tahun bagi prestasi harian selepas aktiviti pengambilan untung berlarutan ditambah kegusaran pelabur terhadap kedudukan ekonomi China.

Pelabur mula mengambil langkah berhati-hati selepas beberapa data ekonomi China menunjukkan prestasi perlahan termasuk data pendapatan industri menunjukan kejatuhan 0.3 peratus bagi bulan Jun.

Data pengeluaran kilang juga merosot ke paras 15 bulan terendah sekaligus mencipta sentimen negatif.

Selain itu, pelabur turut dipengaruhi sentimen rizab persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah pada suku keempat tahun ini.

China juga dilihat lebih cenderung untuk tidak melonggarkan polisi monetari ketika pertumbuhan kurang memberangsangkan.

Indeks CSI300 jatuh 8.6 peratus kepada 3.818.73 mata mengikuti indeks komposit Shanghai jatuh 8.5 peratus kepada 3,725.56 mata.

Ia kejatuhan terbesar sejak 27 Februari 2007.

Meskipun pakar ekonomi tidak dapat memastikan punca sebenar ia jatuh teruk, namun faktor pengambilan untung besar besaran menyumbang kepada kejatuhan


Kalau ikut pakar2 ekonomi PR...China bakal bengrap lah ni..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 12:32 PM | Show all posts
ni belum masuk kesan2 TPPA lagi, bayangkan syarikat2 besar Eropah dan Amerika yang jadi raja investor kilang2 di bandar2 besar China beramai-ramai keluar dari China untuk pindah ke beberapa negara2 member TPPA yang punya criteria sama dengan China yang kos buruh nya rendah eg. Vietnam,Mexico etc, bayangkan effect nya kepada pasaran saham China.

Itu pun kalau TPPA ni dah betul2 selesai urusan nya, American pun tak kan duduk diam melihat jer berjuta-juta peluang kerja mereka bakal jatuh di tangan orang Asia dan Amerika Latin disebabkan TPPA ni.... jelas dah, TPPA ni juga satu strategi Amerika terhadap China....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2015 12:35 PM | Show all posts
Ni semua salah presiden China...wajib ditukar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.084183 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list