CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12826|Reply: 111

Edisi Menjilat Najib oleh Menteri2 Pasola Sempena Kabinet Baru.

[Copy link]
Post time 28-7-2015 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 28-7-2015 08:05 AM

Iols bukak thread nih untuk kumpul statement2 jilatan menteri2 Bijan dgn pengistiharan kabinet baru Rosmah....


Itu hak PM, jangan melatah, kata Hishammuddin

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD                                                            
28 Julai 2015


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketika sidang media selepas Pelancaran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia DSA2016 hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Semua pihak diingat untuk tidak cepat melatah dan akur dengan keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
        Beliau berkata,  dalam lanskap politik hari ini semua pihak perlu bersikap rasional dalam menerima apa juga keputusan yang dibuat perdana menteri.

        "Kita jangan melatah, ini hak Perdana Menteri, beliau telah buat keputusan, maka kita perlu rapatkan barisan kita dan patuh apa yang diputuskan.

        "Ini realiti, apa juga keputusan tidak berkisar kepada individu dan kita akan selamat dan lanskap politik tidak terjejas," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia ( DSA ) 2016.

        Tambah beliau,  semua pihak perlu memikirkan kepentingan parti berbanding dengan kepentingan peribadi dan emosi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 03:35 PM | Show all posts
Hak Rosmah pulak apa dia Nakarom?

Sekian,

Aku yang dah naik darah sesangat.

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 03:36 PM | Show all posts
bila bapok berbicara...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2015 03:36 PM | Show all posts
Zahid: Ini bukan habuan, satu qada qadar[img]

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
28 Julai 2015



PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menzahirkan rasa syukur di atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu.

Ahmad Zahid berkata, beliau turut menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang memperkenankan pelantikan beliau di atas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

"Saya ambil tanggungjawab ini dengan terima kasih di atas kepercayaan kepada saya.

"Saya tahu bahawa ini bukan satu habuan, ia adalah satu pertanggungjawaban yang harus saya terjemahkan kepada negara kita," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau memahami keputusan yang dibuat oleh Najib.  

‎"Saya dapat memahami keputusan Najib adalah keputusan yang berat, namun, kebersamaan antara beliau dan saya dalam memikul tanggungjawab ini tidak dapat saya jelaskan.

"Ia mengulangi  sejarah lama, ketika dia jadi Menteri Belia dan Sukan... kemudian, saya dilantik jadi Setiausaha Politik.  

"Ini adalah kitaran politik yang tidak pernah saya harapkan. Saya terima sebagai satu takdir qada dan qadar," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau ‎memohon rakan-rakan dalam Kabinet dan ahli Umno malah kepimpinan parti dapat memberi sokongan kepada Najib.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kenapa semorang
kita camni jugak
yg penting pahang 1 jdt 0
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh lahanatnya mulut....kerajaaan tu hak rakyat ok...rakyat yg bos...bukan engkorang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2015 03:38 PM | Show all posts
mmg patut la bersyukur kan??
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 03:43 PM | Show all posts
cuba dorang yang kena pecat ... agak2 statement sama tak?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 03:45 PM | Show all posts
hahahaha....

"Kita jangan melatah, ini hak Perdana Menteri, beliau telah buat keputusan, maka kita perlu rapatkan barisan kita dan patuh apa yang diputuskan.


dasar penjilat bodoh...bitchjan tu yang melatah bila madey dgn yidin tanya pasal 1MDB...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 03:52 PM | Show all posts
Knp aku tak rasa apa2 pun dgn perlantikan barisan kabinet baru ni?
Akan ada perubahan ke dlm dasar pemerintahan najib?
Akan recover ke duit 1MDB? Duit Tabung Haji?
Akan ada assurance ke duit rakyat tak kan disonglap lagi?
GST dihapuskan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 03:54 PM | Show all posts
Muhdyiddin dah berehat
Najib bila lg nak berehat?

ohhhh org2 penyiasat 1mdb pun nak ditukar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2015 03:54 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 28-7-2015 07:57 AM

Jadi TPM bukan habuan tapi tanggungjawab, kata Zahid Hamidi

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Published: 28 July 2015 2:43 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... b-kata-zahid-hamidi


Datuk Seri Zahid Hamidi yang dilantik sebagai timbalan perdana menteri baharu hari ini berucap selepas pengumuman rombakan semula Kabinet di Pejabat Perdana Menteri hari ini, di Putrajaya.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 28 Julai, 2015.  

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikannya sebagai timbalan perdana menteri yang baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah satu habuan, tetapi tanggungjawab kepada negara, bangsa dan negara.

Zahid berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak membuat keputusan mudah melantiknya sebagai orang nombor dua dalam Kabinet, tetapi ia ditunjangi dengan rasa kebersamaan sewaktu berada dalam kerajaan sebelum ini.

"Saya tahu ini bukan satu habuan, ia adalah satu pertanggungjawaban yang saya harus terjemahkan untuk negara, orang Melayu dan seluruh bangsa Malaysia.

"Tentunya saya dapat memahami keputusan yang dibuat Najib adalah merupakan satu keputusan yang berat namun saya fikir atas rasa kebersamaan yang terlalu lama antara beliau dan saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai Najib mengumumkan rombakan Kabinet baru di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Katanya, gandingannya bersama Najib dalam mentadbir negara mengimbau kembali saatnya menjadi setiausaha politik sewaktu Najib ditugaskan sebagai menteri belia dan sukan.

"emikulan tanggungjawab ini tidak dapat saya elakkan. Ini mengulangi sejarah lama Najib dan saya ketika beliau menjadi menteri belia dan sukan, saya dilantik beliau sebagai setiausaha politik.

"Selanjutnya saya mengikuti beliau ke Kementerian Pertahanan. Ini adalah satu putaran hayat politik yang saya tidak pernah jangka dan harapkan, tetapi Allah mentakdirkan, ia berlaku begini," katanya.

Mengekalkan portfolionya sebagai menteri dalam negeri, Zahid berkata jemaah Kabinet, pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) digesa memberi sokongan kepada kepimpinan negara.

Katanya, segala usaha yang terbaik dan sedaya mungkin akan dikerah bagi menjalankan tugas sebagai timbalan perdana menteri dengan sokongan menteri Kabinet yang lain.

"Saya terima ini sebagai qada dan qadar, sebagai satu takdir.

"Saya mohon rakan saya dalam Kabinet dan ahli Majlis Tertinggi, ketua bahagian dan sayap dalam Umno malah kepimpinan parti dalam BN dapat memberikan dokongan terhadap kepimpinan Najib," katanya.

Insya Allah saya berjanji akan membantu dengan yang terbaik dan sedaya mungkin mengikut kemampuan saya. – 28 Julai, 2015.

Bukan habuan ker?  Setelah puas menjilat juboq + tulur Bijan & kepet Rosmah sampai kering air liur...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 03:58 PM | Show all posts
mmg bkn habuan tp buruan..hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa ni semua cadangan kak mah. So kak mah bgth najib suruh gantikan wak jowo ni dgn wak sembam. Jowo ni kan banyak jilat kak mah sebelum2 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2015 04:03 PM | Show all posts
Rombakan Kabinet: Hak PM Gugurkan Saya – Shafie Apdal

Jul 28, 2015
http://mynewshub.cc/2015/07/28/r ... c42b55593d922c9d2c8



KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan bahawa adalah menjadi hak untuk Datuk Seri Najib Razak melakukan rombakan, termasuk menggugurkan dirinya dalam senarai Kabinet baharu.

Shafie yang sebelum ini menjawat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata ia sememangnya menjadi hak Perdana Menteri jika pandangan yang dilontarkan beliau sebelum ini dianggap tidak selari dengan pendirian Najib.

“Pandangan yang saya berikan adalah demi untuk menguatkan UMNO dan niat ini bertujuan untuk meletakkan negara di landasan sepatutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak memegang jawatan Kabinet, beliau menjelaskan telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar.

“Selama ini saya telah memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi,” katanya.

Shafie antara lima Menteri Kabinet yang digugurkan dalam senarai portfolio baru Kabinet yang diumum Najib hari ini, selain Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Datuk Seri G Palanivel; Datuk Seri Hassan Malek serta Datuk Dr Ewon Ebin. - BH ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2015 04:08 PM | Show all posts
Rombakan Kabinet: Zahid Bersyukur Dilantik Sebagai TPM

Jul 28, 2015
http://mynewshub.cc/2015/07/28/r ... fc986b2ee7b693b6ab1



PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersyukur dan menjunjung kasih kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim kerana memperkenan pelantikan atas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengambil tanggungjawab ini dengan ucapan terima kasih di atas kepercayaan dberikan oleh Perdana Menteri kepadanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau tahu ini (pelantikan) bukan satu habuan sebaliknya satu tanggungjawab yang harus diterjemah untuk negara, orang Melayu dan seluruh bangsa di Malaysia.

“Tentunya saya dapat memahami keputusan dibuat Perdana Menteri adalah keputusan yang berat namun, saya fikir ia dibuat atas dasar kebersamaan yang wujud antara saya dan beliau selama ini,” katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Katanya, beliau menerima pelantikan ini sebagai qada dan qadar dan beliau mohon rakan dalam kabinet dan ahli majlis tertinggi UMNO dan kepimpinan Barisan Nasional dapat beri sokongan kepada Najib dan beliau. – BH ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi boleh jilat ko jilat la syaitan..smoga elohim timpa bala besar2an biar bankrupt meleisyiah jah baru tahu langit tinggi ke rendah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2015 04:15 PM | Show all posts
'Gugur Muhyiddin luar jangka, tapi bukan luar biasa'

3:53PM - 28 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306448



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalannya adalah di luar jangkaan.

Bagaimanapun, Syed Hamid berkata apa yang diputuskan oleh perdana menteri itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sejarah Malaysia di mana pemimpin politik berbeza pandangan.

Katanya, ini kerana Najib secara jelas menyatakan bahawa mahukan satu pasukan yang selaras dengan pandangan beliau selaku perdana menteri.

"Oleh kerana ada beberapa pandangan (Muhyiddin) secara terbuka yang menunjukkan beliau mempunyai pendirian yang berasingan dengan perdana menteri, namun ia bukanlah satu perkara yang luar biasa dalam sejarah Malaysia.

"Jadi, saya fikir sebagaimana yang PM nyatakan beliau mahu satu pasukan yang selari dan selaras dengan pandangan serta kepimpinan beliau. Jadi ini bukan perkara yang memeranjatkan," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas rombakan kabinet yang hari ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini dilantik sebagai timbalan perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin selepas digugurkan di tengah-tengah kontroversi 1MDB.

Dalam pengumuman rombakan kabinet itu, Perdana Menteri Datuk seri Najib Razak berkata, keputusan untuk menggantikan Muhyiddin termasuk beberapa menteri yang lain dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran supaya lebih komited dan fokus.

Mengulas apakah barisan kabinet baru ini dapat menangani krisis keyakinan dan kredibiliti Najib selaku perdana menteri ini jawab Syed Hamid yang juga ahli Parlimen Kota Tinggi berkata:

"Najib sekarang ada krisis keyakinan, krisis kredibiliti. Jadi, daripada pengumuman yang dibuat itu perdana menteri mahu memantapkan lagi pentadbiran negara sejajar dengan kedudukan prinsip tanggungjawab bersama.

"Jadi, nampak dia punya barisan kabinet itu adalah barisan kabinet yang beliau rasakan lebih selesa dan cukup yakin untuk berdepan dengan krisis keyakinan, krisis kredibiliti dan masalah politik kesan daripada pengguguran TPM," ujarnya.

Malah, Syed Hamid percaya apa yang diputuskan Najib itu lahir dari keyakinan beliau terhadap kabinet baru ini.

"Saya percaya beliau (Najib) telah mengambil kira semua perkara apabila memutuskan untuk melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi termasuk kepentingan politik.

"Jadi, apa jua polemik yang mungkin akan timbul saya yakin Najib telah mengambil kira perkara tersebut dengan adanya pasukan yang betul-betul jitu ini.

"Sama ada barisan kabinet baru ini boleh bekerja atau tidak perkara yang berbeza tetapi rombakan ini boleh dianggap satu pergerakan yang strategik untuk berdepan dengan kemelut hari ini," tambahnya.   
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 04:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 04:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.087040 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list