CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7028|Reply: 67

[Tempatan] Edisi Johor Roll Royce: Orang Dah Nak Lemas, Najis Pun Dia Sanggup Capai, TMJ

[Copy link]
Post time 29-7-2015 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 29-7-2015 03:27 AM

Orang Dah Nak Lemas, Najis Pun Dia Sanggup Capai - TMJ

http://www.siakapkeli.my/2015/07/orang-dah-nak-lemas-najis-pun-dia.html



Nampaknya Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempat lagi bermadah melalui laman Facebook selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyingkirkan beberapa nama besar dari barisan kabinet kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri yang merupakan orang Johor.

Reaksi TMJ sejak kebelakangan terhadap suasana politik di Malaysia dilihat semakin hangat dengan tindakan yang berani daripada beliau.

Berikut adalah apa yang ditulis oleh beliau di laman Facebook  JOHOR Southern Tigers.

"Tunku, ada sebarang komen berkenaan bolasepak atau FAM?" tanya wartawan.

Soalan itu dijawab dengan bersahaja oleh TMJ: "Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai."

Walaupun itu adalah reaksi Tunku Ismail mengenai FAM, soalan berikutnya daripada wartawan - yang tidak didedahkan identitinya itu - menjadi jawapan beliau lebih menarik.

Wartawan: Apa maksud Tunku?

TMJ: Fikir-fikirkanlah sendiri.

Wartawan: Adakah ini berkenaan bola sepak ataupun berkenaan isu-isu yang lain?

TMJ: (senyum)... Terima kasih.

Sungguh mendalam dan menusuk kalbu ayat kiasan dari TMJ itu. Apapun cuma yang rakyat harapkan barisan kabinet baru yang baru dibentuk ini dapat menjalankan amanah rakyat dengan baik demi kepentingan bersama. - Siakapkeli.my

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Konon2 jawab mcm org berilmu la, main kias kias... Mail Mail
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:29 AM | Show all posts
... tmj kelakor la..  
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:33 AM | Show all posts
biasalah tuh. kalau dah macai hari2 suap anak bini makan najis.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:36 AM | Show all posts
Mail komen ttg isu FAM bercadang nak ambil pemain2 naturalisasi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:42 AM | Show all posts
revolusi_30 replied at 29-7-2015 11:29 AM
Konon2 jawab mcm org berilmu la, main kias kias... Mail Mail

Mail.. walau apa pun ko tetap otak udang di mataku...

tak payah nak beraksi ala2 cendekiawan kalau kepala tu kosong..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2015 11:52 AM | Show all posts
ada yang terasa tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:56 AM | Show all posts
naturalisasi dah jadi amalan Negara maju..
menjatuhkan tpm dah jadi amalan sejak zaman chedet lagi..kenapa zaman dulu tak bising2..best man win..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 12:00 PM | Show all posts
Hahahah.. TMJ jawab terima kasih je last tu. nampak sgt dia ade kaitan isu lain bukan pasal FAM je..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 12:03 PM | Show all posts
waaahhh panas hati cai cai badak nampaknya
klu tmj sokong badak...mesti pujian emlangit sampai tahap peoclaimed bakal sultan johor akan datang  
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu naturalisasi la ni..FAM bercadang ambil pemain import wakil malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 12:32 PM | Show all posts
i lop tmj. tetiba.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hihihi. Tmj ni pedas mlut dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 01:01 PM | Show all posts
tmj penakut rupanya...kalo berani ckp direct je laa main kias2 plakk
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 01:06 PM | Show all posts
abas8888 replied at 29-7-2015 11:56 AM
naturalisasi dah jadi amalan Negara maju..
menjatuhkan tpm dah jadi amalan sejak zaman chedet lagi. ...


PERBEZAAN TUN DR MAHATHIR DAN DATUK SERI NAJIB RAZAK

Ramai dalam kalangan penyokong Datuk Seri Najib Razak membandingkan tindakan Datuk Seri Najib memecat Tan Sri Muhyiddin selaku bekas Timbalan Perdana Menteri, dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas tiga Timbalan Perdana Menteri pada era beliau - Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekilas memang seakan sama, namun jangan terpedaya dengan persepsi.

Zaman Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

1. Pada Tahun 1987, Tun Musa Hitam MELETAKKAN JAWATAN sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana percanggahan pendapat dengan Tun Dr Mahathir, BUKAN DIPECAT.

2. Tun Ghafar Baba kemudiannya dilantik oleh Tun Dr. Mahathir untuk menjawat jawatan kosong tersebut. Namun pada tahun 1993, kedudukan Tun Ghafar Baba dicabar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga beliau BERUNDUR daripada jawatan tersebut. Sekali lagi, BUKAN DIPECAT.

3. Negara berhadapan dengan krisis kewangan pada 1997. Ketika itu, DS Anwar juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan dilihat telah gagal menangani krisis tersebut dengan baik, Selain alasan itu, DS Anwar terpalit dengan satu jenayah yang menyebabkan Tun Dr Mahathir bertindak memecat beliau. Tun Dr Mahathir telah memberi peluang DS Anwar untuk menjelaskan hal sebenar dalam mesyuarat tergempar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, namun peluang tersebut tidak digunakan sebaiknya oleh DS Anwar.

Zaman Datuk Seri Najib Razak

1. Negara berhadapan dengan berita atau isu hangat berkenaan 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak. Isu ini berpanjangan dan masih tidak kelihatan titik noktahnya. Namun, yang digugurkan adalah Tan Sri Muhyiddin yang LANGSUNG TIDAK TERLIBAT dalam skandal tersebut malah berjuang mewakili suara rakyat menuntut perihal yang sebenar. Suara rakyat banyak yang mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan, tetapi nampaknya orang lain yang "diletakkan" jawatan.               
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 01:26 PM | Show all posts
Fikir-fikir kan lar.....aku pun nk hadam gak ni....die x nk tuju ke family sendri ke...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 02:36 PM | Show all posts
kalau soal FAM tu ..memang tak dapat kerakyatan utk player bola
sbb yindon bangladesh nepalion saja layak dapat status kewarganegaraan
bg ramai2 yundi bie-yem .. malasia maju jaya
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tmj, kalula ko ikut jejak langkah bonda ko belajar ke oxford dedolu..barula org lebih hargai setiap lontaran kata2 ko.

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 03:10 PM | Show all posts
ni kan kes fam dengan pemain neutralisasi tu ..lepas lawan liverpool ..baru nampak yg kita ni kurang skill pemain dengan taktikal....jadi keputusan neutralisasi tu pun terjadi....dan dia ni pun kata la dekat FAM...org nak lemas najis pun dia capai...

ape yg dia cakap tu kan terpalit semula dekat dia....

kita tgok JDT tanpa luciano dengan diaz.....tunggang langgang punya main.....jadi tak tahu ape2 main bola.....kalah manjang masa ketiadaan dua org tu sekejap....kata diaz kelab brazil beli la ape la...last2 amek balik main jdt....luciano yg dah tua tu pun amek lagi main ..kontrek habes tahun depan....mana pemain2 tempatan yg dicungkil JDT??

jadi pe beza dia dengan FAM....sama je....cakap dekat org..dia pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 04:41 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 29-7-2015 01:06 PM
PERBEZAAN TUN DR MAHATHIR DAN DATUK SERI NAJIB RAZAK

Ramai dalam kalangan penyokong Datuk Ser ...

kenapa tun musa hitam letak jawatan? sebab Tun M main politik..dia belit dua2.. satu taktik utk mengekalkan ko sebagai ketua adalah dgn memastikan timbalan ko paling tidak mengancam kedudukan ko..

Tun support anwar masa tu utk dapat sokongan anak muda dan islamist.. dan tanpa sokongan Anwar dan Najib, sah-sah tun kalah masa pemilihan Umno kepada Ku li..

Tun pecat Anwar atas tuduhan yg belum dibuktikan kesalahannya.. sedangkan konsep perundangan adalah innocent until proven guilty...dan semua orang tahu Anwar sebagai menteri kewangan tak nak sekongkol utk selamatkan kroni tun masa gawat tu...

1MDB adalah satu lagi permainan politik untuk menjatuhkan musuh politik..masih taknak guna konsep perundangan sebenar iaitu innocent until proven guilty..taktik memburukkan pesaing politik seperti yg terjadi kepada anwar masih diteruskan lagi...Muhyidin pun dikira bersubahat menfitnah kerana penyiasatan masih belum selesai, beliau tetap memburuk-burukkan ketuanya sendiri..kalau dolah salleh boleh pilih pemain untuk memasuki pasukannya, kenapa tidak najib??? kenapa dia kena biarkan seorang yg menyerang kerajaan membuta tuli berada dalam kepimpinannya?? hanya orang bodoh sahaja lantik musuh sebagai ahli pasukan..dan najib tidak bodoh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.077560 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list