CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4851|Reply: 65

[Tempatan] 60 peratus penghidap kanser paru-paru tidak pernah merokok

[Copy link]
Post time 30-7-2015 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Kanser paru-paru menjadi penyebab utama kematian di seluruh dunia dengan catatan 1.6 juta setahun.

Angka tersebut membuktikan bahawa kanser antara penyakit yang paling banyak dihidapi, malah hari ini tanpa mengira jantina serta umur sesiapa sahaja boleh menghidapnya.

Pengarah Perubatan, Pusat Pakar Antarabangsa Beacon Sdn. Bhd., Datuk Dr. Mohamed Ibrahim A. Wahid, berkata, takrifan kanser merujuk kepada sel abnormal yang mengalami gandaan atau pertumbuhan yang berlaku secara tidak terkawal dan melampau dalam tubuh badan manusia dan membentuk tumor.

Beliau berkata, jika selama ini kanser paru-paru dikaitkan dengan individu yang merokok, tetapi hari ini bukan lagi satu-satunya punca utama penyakit ini malah semua orang berisiko tinggi untuk menghidapnya.

“Hari ini rata-rata penyakit yang dikatakan ‘diwarisi’ daripada keluarga bukan lagi penyebab utama kerana kanser paru-paru mampu dihidapi oleh sesiapa sahaja dan tidak hanya terhad kepada perokok.

“Ini kerana penyedutan asap rokok secara pasif diakui sebagai penyebab utama kanser paru-paru kala ini dan perangkaan global menunjukkan bahawa antara 10 hingga 15 peratus pesakit kanser paru-paru tidak pernah merokok.

“Untuk itu, peratusan orang yang tidak pernah merokok adalah lebih tinggi dalam kalangan pesakit kanser paru-paru di Asia, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita,” ujarnya ketika ditemui di ibu negara, baru-baru ini.

Di Malaysia, kira-kita 60 peratus wanita yang menghidap kanser paru-paru merupakan individu yang tidak pernah merokok.

Begitupun hari ini dengan adanya pelbagai teknologi yang boleh menghasilkan pelbagai jenis ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit di dunia mampu menjadikan kehidupan pesakit-pesakit ini lebih bermakna.

Ini kerana sembilan peratus daripada pesakit kanser paru-paru mampu meneruskan kehidupan seperti biasa sekurang-kurangnya sehingga lima tahun setelah didiangnos dan mendapatkan rawatan.

Jelas Dr. Mohamed, kanser paru-paru sukar dikesan kerana sesetengah daripada gejalanya sama dengan penyakit lain seperti kelesuan, kehilangan berat badan, kehilangan selera makan, atau sesak nafas.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai agar segera menjalani saringan kesihatan kerana pengesanan dan rawatan awal boleh membawa perbezaan besar dalam cara pesakit kanser dan keluarga mengurus serta mengubah gaya hidup untuk disesuaikan dengan kaedah rawatan yang baru.

Berbicara lebih lanjut mengenai hal tersebut, Dr. Mohamed berkata, walaupun setiap tahun angka pesakit kanser paru-paru semakin meningkat, kebanyakannya hanya dapat dikesan apabila berada di peringkat akhir dan sukar untuk diselamatkan.

“Kaedah rawatan yang ada untuk pesakit kanser paru-paru ialah pembedahan, kemoterapi, dan terapi sasaran, namun kaedah ini digunakan bergantung kepada keadaan atau tahap keseriusan seseorang pesakit dan jenis kanser paru-paru yang dihidapi.

“Jika dikesan pada peringkat awal, rawatan kanser paru-paru boleh meningkatkan kadar kelangsungan hidup dan mengurangkan kesakitan serta ketidakselesaan menangani kanser,” tuturnya lanjut.

Kini, pesakit kanser paru-paru dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dengan ubat kanser paru-paru, afatinib yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat-Ubatan Malaysia sebagai rawatan bagi pesakit yang disahkan menghidap kanser paru-paru.

Dengan itu, pesakit kanser paru-paru boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan bebas melakukan aktiviti tertentu yang tidak dapat dilakukan apabila mereka menjalani rawatan kemoterapi.

Yang pasti, risiko kanser boleh dikurangkan dengan pengesanan awal, gaya hidup sihat, berat badan ideal, diet sihat, dan senaman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 12:11 PM | Show all posts
mengejutkan.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2015 12:13 PM | Show all posts
,,sebab 40 peratus lagi (perokok) telah meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 12:14 PM | Show all posts
Yaa..betul juga. Aku bukan perokok pun, tapi sebab pemakanan tak dijaga, lepas tu kurang eksesais, tu dapat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 12:15 PM | Show all posts
isseliparjepun replied at 30-7-2015 12:14 PM
Yaa..betul juga. Aku bukan perokok pun, tapi sebab pemakanan tak dijaga, lepas tu kurang eksesais, t ...

owh .. uols lung cancer patient ker?
masa detect tu dah stage berapa?
cam ner keadaan uols skrg? apa treatment yang uols gone thru?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 12:22 PM | Show all posts
aritu raya pakcik aku selamba merokok depan abah aku.. tak bertamadun betul .. even abang aku, perokok nak merokok lepak sorang2 tak depan manusia atau hidupan lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2015 12:25 PM | Show all posts
maknanya boleh merokok la...
merokok la sbb sapa merokok tak merasa tua...
sbb mati muda...

Yg lawaknya, stetmen yg ditampal oleh penjual rokok kat kaunter rokok dia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 12:31 PM | Show all posts
ironi bila penghidapnya ramai yang tidak merokok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 12:32 PM | Show all posts
Ntah la! Tk tau la kanser ni punca yg sebenar2nya apa..

Arwah Abah tk isap rokok.. n mengamalkan gaya idup yg sangat sihat.. tk pnh mnum ais.. n banyak pantang larang pemakanannya..

.. but then satu hari Abah demam yg agak teruk.. masuk wad.. buat CT Scan.. MRI.. etc.. Doktor sahkn Abah ada kanser tulang aka Multiple Myeloma tahap 4..

Disebabkan faktor usia Doktor tk galakkn utk buat kimo.. bawak balik.. after 5 months Abah pergi meninggalkan kami..

Raya ni pertama kali kami beraya tanpa Abah..

AlFatihah untuk arwah Abah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ada mention kan sbb nya isap rokok pasif means that bini2 anak2 orang yg merokok x reti nak rokok tempat lain. diorg ni hidu asap je. dekat kedai mkn pun nak merokok.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 01:47 PM | Show all posts
org kata kanser sbb pemakanan dan terlalu byk benda berasid dlm badan
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 02:02 PM | Show all posts
60% dpd wanita yang kena kanser paru-paru tak merokok.

Mungkin inilah yg dikatakan 10-15% dpd pesakit kanser paru-paru bukan disebabkan mrk merokok, tetapi passive smoker.

85-90% pesakit kanser paru-paru ialah perokok.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sama la jgak mcm org kata kencing manis ni penyakit keturunan padahal sendiri yg x jaga pemakanan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 02:15 PM | Show all posts
orang kata smokers are great kisser, saper leh confirmkan?...

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 02:20 PM | Show all posts
smokers smua xleh lari jauh/laju sebab semput..selayaknyalah elohim maha adil.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 02:31 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-7-2015 02:15 PM
orang kata smokers are great kisser, saper leh confirmkan?...

hehe...boleh pulak melencong ye.. anyway kat ofis aku ni pun dah ada 2 passive smoker..sorang dah meninggal.  sorang lagi dah
remove satu lung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 02:35 PM | Show all posts
famri7 replied at 30-7-2015 02:20 PM
smokers smua xleh lari jauh/laju sebab semput..selayaknyalah elohim maha adil.

lari laju boleh kalau dia memang runner tapi tak boleh jauh...

dia semput sebab active surface area dalam peparu dia dah banyak kurang akibat kerosakan dari asap rokok... sikit je boleh guna untuk penyerapan oksigen gitu...


Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 02:37 PM | Show all posts
krisp replied at 30-7-2015 02:31 PM
hehe...boleh pulak melencong ye.. anyway kat ofis aku ni pun dah ada 2 passive smoker..sorang dah  ...

kalau ada perokok dalam tu haruslah semua di sekeliling jadi passive smoker termasuk sis... ka sis dah masukkan sekali dalam kiraan 2 orang tu...


Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 02:37 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-7-2015 02:35 PM
lari laju boleh kalau dia memang runner tapi tak boleh jauh...

dia semput sebab active surface  ...

anjing lari laju peluh tak, bahlol???

kalu ikut bahlol lu  mesti tarak peluh punyer itu anjing..

bodoh punyer orang.


Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 03:02 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-7-2015 02:37 PM
kalau ada perokok dalam tu haruslah semua di sekeliling jadi passive smoker termasuk sis... ka sis ...

syukur alhamdulillah taklah senasib dengan 2 orang tu.  tapi tulah..merokok ni (baik aktif atau pasif) not the only penyebab
lung cancer hanya the main one lah.  Ada orang dah merokok bertahun2 (my arwah nenek, misalnya - perempuan ko, arwah atuk aku
pun tak merokok),  tapi can still live to a ripe old age (kalau 70 ++ tu kira ripelah kan)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.059071 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list