CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2488|Reply: 4

aidil zafuan bengang dituduh terlibat dengan skandal rasuah

[Copy link]
Post time 30-7-2015 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dalam satu sidang akhbar ada mendedahkan beberapa bekas pemain JDT yang dibuang kerja kerana terlibat dengan aktiviti bookie iaitu skandal dalam mengatur sesebuah perlawanan.
Walaupun TMJ tidak menyebut nama pemain tersebut tetapi beliau ada memberi sedikit bayangan siapakah gerangan individu yang dimaksudkan. Peminat mula berteka-teki siapakah yang sanggup berbuat begitu dan telah mencalarkan imej JDT, tiba-tiba ada pula pihak yang mengaitkan nama Aidil Zafuan dalam skandal itu.
Berang dengan tuduhan tidak berasas kepada dirinya, Aidil menerusi kemaskini terbaru di akaun Instagram miliknya telah memuat naik perbualan berunsur fitnah tersebut yang sedikit sebanyak mampu menjejaskan karier beliau bersama pasukan JDT.



Malah, Aidil menyatakan beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap  individu yang telah menabur fitnah terhadap beliau.
Semua tahu rezeki Aidil Zafuan hanya bergantung kepada bola sepak sahaja, janganlah cepat menuduh seseorang tanpa bukti yang kukuh sehingga mampu menjatuhkan maruah mereka, apatah lagi Aidil merupakan seorang pemain yang dikenali dan mempunyai pengaruhnya tersendiri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 01:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 02:36 PM | Show all posts
kasi merge jelah kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung sana
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 04:48 PM | Show all posts
kacang papehal ponnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.052169 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list