CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2117|Reply: 6

(TAHNIAH) Nubhan Bakal Bernikah 29 Ogos Depan

[Copy link]
Post time 30-7-2015 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia, Nubhan bakal bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Afifah Hidayah Taufek yang merupakan bakal doktor gigi pada 29 Ogos depan dalam satu majlis yang akan diadakan di Seremban.
Majlis  akad nikah yang bertempat di kediaman pihak perempuan akan diadakan secara sederhana dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan pihak media selepas solat Zuhur dan majlis resepsi pihak perempuan diadakan pada keesokan harinya iaitu 30 Ogos dan pihak lelaki pada 31 Ogos di sebuah dewan di Kuala Pilah.

Alhamdulillah, selepas lebih 10 bulan mengikat tali pertunangan kami memilih untuk disatukan pada tarikh 29 Ogos iaitu pada hari Sabtu di Seremban. Setakat ini tetamu dianggarkan 2,000 orang termasuk keluarga, rakan-rakan terdekat, pihak media dan kenalan yang mengenali saya.
Saya dan keluarga buat sendiri perkahwinan ini, memang pada asalnya kami ambil perunding perkahwinan tetapi banyak sangat hal, jadi saya buat sendiri sahaja. Penaja pun banyak yang saya terpaksa tolak kerana susah nak berurusan. Saya tidak kisah sangat siapa yang ingin menaja perkahwinan saya tetapi biarlah orang itu ikhlas dan tidak banyak masalah.
Pada masa yang sama, Nubhan memberitahu beliau akan memberi wang hantaran berjumlah RM 20,000 dan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan. Nubhan dan Afifah Hidayah telah mengikat tali pertunangan pada 7 Oktober 2014.
Tahniah kami ucapkan kepada Nubhan dan Afifah semoga majlis pernikahan nanti berlangsung dengan meriah dan segala urusan dipermudahkan.  Selamat pengantin baru.

beautifulnara


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah semoga kekal till jannah sebulan je lg
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 01:53 PM | Show all posts
tahniah...padan la....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 01:54 PM | Show all posts
bak pinang dibelah dua, tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 02:37 PM | Show all posts
ok lah tuh sesuaiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiklah tunang nubhan ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2015 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik doktor gigi nubhan.

Tahniah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.065955 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list