CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1596|Reply: 12

[Tempatan] Kanak-kanak aktif guna gajet kerana pengaruh keluarga bukan rakan sebaya

[Copy link]
Post time 30-7-2015 10:03 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak di negara ini terbabit secara aktif dalam media baharu serta penggunaan gajet terkini kerana terpengaruh dengan ibu bapa dan adik beradik yang lebih tua. Kajian Universiti Sains Malaysia (USM) yang membabitkan seramai 360 kanak-kanak berusia 10 tahun mendapati persepsi golongan cilik itu terikut-ikut sikap rakan sebaya adalah kurang tepat. Pensyarah Fakulti Reka Bentuk Media Baru dan Teknologi, Pusat Pengajian Seni USM, Prof Madya Dr Shanthi Balraj Baboo, berkata kajian itu dijalankan bagi mengenal pasti kecenderungan penggunaan media baharu dan gajet dalam kalangan kanak-kanak. "Kanak-kanak yang terbabit di dalam media baharu dan gajet bukan satu kesalahan, asalkan mereka dipandu oleh ibu bapa. Didik dan dedahkan mereka dengan pengetahuan mengenai laman web serta gambar sesuai untuk diakses.

"Bimbingan ibu bapa penting kerana kanak-kanak pada usia itu masih kecil untuk membezakan antara yang negatif dengan positif. Jangan biarkan mereka membuat keputusan apa mahu diakses dan dilihat," katanya pada sidang akhbar pembentangan kajian bertajuk 'Youth Life World: Approaching Digital and Media Literacy in Malaysia'. Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu ialah sebahagian daripada Siri Ceramah Advokasi Digital yang dianjurkan setiap tiga bulan. Kajian bermula awal 2013 hingga Julai 2015 itu membabitkan responden dipilih dalam kalangan kanak-kanak berusia 10 tahun kerana mampu mengisi borang soal selidik, berkongsi pengalaman dan mencetuskan idea perbincangan.

Dr Shanthi berkata, kajian itu juga menunjukkan ada responden didedahkan dengan penggunaan gajet dan media baharu sebelum berusia lima tahun. "Kajian ini menunjukkan kira-kira 19.1 peratus responden mula menggunakan gajet seperti radio, Mp3, MP4 dan iPod sebelum berusia 15 tahun, dan 39.1 peratus pada usia lima hingga tujuh tahun," katanya. Bagaimanapun, kajian itu menunjukkan kebanyakan responden mula menggunakan gajet termasuk komputer riba, netbook, iPad dan telefon pintar pada usia lima hingga tujuh tahun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
totally agree
parents yg over sebab takut anak ketinggalan dari anak org lain

problems arise when most parents pun technology blind or not so literate, so mcmna mereka nak pantau aktiviti online anak mereka?
ada tu plak parents got carried away with the gadgets themselves sibuk update status ke hulu, sefie ke hilir sehinggakan jgnkan nak pantau aktiviti online anak, anak sendiri pun physically terabai

skian,
makcik gomen
kerani grade n17
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku nmpk golongan nk ke arah senior citizen yg gigih ngadap smtpong dan kanak2. Dua ketegeri ini memerlukan fokus yg tinggi utk mengendalikan smtpong. Aku rJin tgk pacik makcik ralek sgt tgk phone.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 aku sebok ngan gejet..?? ni makan dia::
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 30-7-2015 02:48 PM
Anak2 aku sebok ngan gejet..?? ni makan dia::

Anak2 abang/kazen saya smua disogokkan dgn ponsel sejak keluar rahim lagi sis...pastu smua bangga duk share gamba ank2 tekun main tab dkt fb whatsapp group..siap ada hastag #keluargahitech..ko mampu sis? ..saya dalam hati senyum sinis jah ss..selayaknyalah anak2 ko jd pondan xkluar rumah..xda ponsel trus xleh hidup menangis2.

.saya lehat sambil minum air kopi dgn puas hati jah time2 anak sedara kena demam panas tatkala main tgh padang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 30-7-2015 11:01 PM
Anak2 abang/kazen saya smua disogokkan dgn ponsel sejak keluar rahim lagi sis...pastu smua bangga  ...

Pesen makpak skrg ni..nak senang bgi je gejet..bdak tu dok diam tk kacau sana sini.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2015 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pun. Nanti alasan SEMUA mak bapak lain bagi anak takkan anak aku takde.

Aku nengok bebudak main tab phone apa ni semua cam zombie. Bila ditanya haram nak jawab. Dia cuma boleh relate ngan tab je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 07:25 AM | Show all posts
benda nie akan jadi satu virus satu hari nanti.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 07:42 AM | Show all posts
Edited by haryatie at 31-7-2015 07:47 AM

betul menyampahkan lau masih terlalu budak lg
ari tu aku bengang ngan ank kpd ank buah aku, umo 8 tahun
kita org ada family group
mak dia boleh biar ank dia main tipon dia..hntar msej dlm group
mula aku ingat ank buah aku..kita org leka berwasap dlm group dgn yg lain2 sekali sekala dia menyampuk
lama2 pelik pulak ..bila tnya dia kata ank buah aku..
da mlm baru mak dia ckp ank dia yg duk main tipon..
x suka btul budak baru 8 tahun duk join kita org sembang2..
bila kutuk x reti ajar nak sentap lak..
tu pasal ank dia baru 8 tahun tp mulut cam org tua...
naik menyampah pulakk...
aku penah ckp kat dia..kalau dia lelaki kawin lain budak tu dpt maktiri sure ank dia kena dera mulut & perangai ..adoiiii boleh buat org hilang sabar
tu pasal ler agaknya sesetengah budak bila dpt maktiri/bapak tiri ada yg kena dera
tp bila org luar dengar budak2 kecil jd mangsa dera maktiri/bapaktiri org kata kejam.
tp kalau dpt anktiri cam tu..aku pun hilang sabar..
ad yg nk kene deraaa lak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2015 09:12 AM | Show all posts
kalau tgk mana2 kawasan kedai makan
satu keluarga di satu-satu meja
semuanya akan layan gajet
takkan ada sembang
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 09:38 AM | Show all posts
aku ni mmg lone ranger. mkn sorang2. so aku perati je org lain yg mkn 1 famili. ade 1 famili (mak, 2 anak)-mak die terpaksa masukkan muka dia antara anak dgn gajet tu utk bercakap dgn die. 2 2 plak tu kene cakap cara camtu. sgt sedih. tu baru umo 4-6 tahun agak2. bygkan da remaja dan tua bangka nanti, mesti tak kisah derang ada mak ke tidak. yang penting gajet kene ada.

Di meja lain pulak (laki bini and baby)-mak bapak scroll2 hp, pastu baby tu terjatuh sudu yg diumpan utk main2. die tgk je sambil terkial nk ambil, jauh la dari kerusi baby. Mk bapak tros scroll asalkan baby diam. Jadi boleh tau tak bagaimana keperibadian die bila besar.

Inilah die generasi kita esok. jgn nk kate biadap ke ape. dah parent camtu. besok mak bapak dok ngan kandang kucing jgn sedih ye.

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mzz bila ada anak nnt mzz rasa nak bagi dia main ipad sejam ja dlm sehari

At least boleh juga dia belajar guna gadget

Tapi nak disiplin penggunaan sejam tu mesti memerlukan kesabaran yang amat tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 09:47 AM | Show all posts
sbb nak nampak urban dan kaya, tu yg suka anak2 menayang gajet kat pablik
padahal bawak saga blm je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.292089 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list