CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 952|Reply: 2

[Tempatan] Ucapan tahniah kurang sesuai untuk kabinet baharu

[Copy link]
Post time 31-7-2015 12:15 AM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM –  Pengerusi Sukarelawan Peguam (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat yang juga merupakan bekas Naib Ketua Pemuda Umno Johor hari ini mengingatkan barisan pemimpin dalam Kabinet yang baharu bahawa jawatan yang diperoleh itu satu amanah bukan hadiah.

Menurutnya, ucapan tahniah kurang sesuai diucapkan kepada pemimpin-pemimpin tersebut kerana jawatan itu satu amanah dan beban.

“Jawatan ialah tanggungjawab, amanah dan beban. Ia bukan hadiah, kemuliaan atau pun kemegahan.

“Justeru, kurang tepat mengucapkan tahniah kepada pemegang jawatan seolah-olah berjaya mencapai sesuatu kemenangan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.

Jelasnya, ucapan yang baik untuk pemimpin yang dipilih adalah selamat bertugas atau selamat berkhidmat.

Haruslah kita selalu ingat-mengingati bahawa, setiap pelantikan jawatan pemimpin mestilah diinsafi sebagai 'taklif' (tanggungjawab amanah) bukannya tasyrif (hadiah kemasyhuran).

“Ucapan yang paling baik sudah tentulah selamat bertugas atau selamat berkhidmat. Dari rakyat, untuk rakyat dan demi rakyat,” katanya.

Sementara pemimpin-pemimpin itu pula boleh memohon didoakan dapat melaksanakan tugasnya pada landasan yang benar.

“Manakala yang menerima amanah pula menjawab dengan memohon semua pihak mendoakannya melaksanakan tanggungjawab di atas landasan yang benar.

“Itulah teladan yang dicontohkan semua Khulafa' Ar Rasyidin bermula dari Khalifah Abu Bakar As Siddiq.Itulah ketinggian nilai integriti yang kita harapkan dari setiap peringkat kepemimpinan.

Semoga integriti menjadi pakaian utama setiap pemimpin,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Yada yada yada
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 12:28 AM | Show all posts
ini kan peguam pondan yg dimalukan dek rafizi kes 1MDB arituh kan...?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.058608 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list