Sebuah video memaparkan satu pendaratan 'mengerikan' sebuah pesawat menjadi perkongsian viral di laman sosial.
Pesawat KLM Royal Dutch Airlines itu dirakam sedang melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam apabila ia dibadai angin kencang dengan kelajuan kira-kira 70km sejam.
Pesawat Boeing 777 itu dilihat bergoyang kuat, namun kecekapan juruterbang berjaya juga mendaratkan pesawat berkenaan dengan selamat.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian lima hari lalu itu.
Video yang dikongsi di laman Youtube itu kini mencecah tontonan lebih sembilan juta.
Beberapa bandar di Belanda, termasuk Amsterdam dilanda ribut musim panas, dengan kelajuan angin mencecah 75km sejam.

Uishh... teringat masa fly dari oregon ke chicago in the early summer of 2008. tengah nak landing kapal kena tampar dengan angin.. menjerit satu kapal. Aku masa tu ingat dah nak crash je... lepas 40 mins berlegar2 baru selamat nak landing.. syukur allah masih bagi nyawa..
Last December masa nak landing di Beijing airport pun lebih kurang cam ni keadaannya. Dah menjerit2 ahso2 semua tapi pilot MAS do a good job mendarat dengan selamat akhirnya. Tapi masih cuak je muka co pilot masa sama2 naik shuttle train to next terminal kat Beijing airport (kebetulan satu train dengan dia). Tapi yg pilot tua tu senyum je.