CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6372|Reply: 38

[Tempatan] Astro perkenal channel WWE Network untuk peminat gusti

[Copy link]
Post time 31-7-2015 02:51 PM | Show all posts |Read mode
BAGI  memenuhi permintaan pelanggan dan peminat setia WWE, Astro dengan kerjasama WWE telah melancarkan rangkaian baharu, WWE Network seiring dengan rancangan tayangan WWE Battleground, baru-baru ini.

Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Key berkata, pelancaran WWE Network adalah untuk peminat-peminat WWE di Malaysia yang selama ini begitu menanti-nantikan satu saluran khas untuk WWE.

"WWE Network merupakan platform terbaik untuk mereka menyaksikan aksi-aksi lasak yang penuh debaran setiap masa.

"Disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, ia turut diselitkan dengan siri-siri perlawanan WWE yang bersiaran secara langsung tanpa perlu membayar bagi setiap permintaan (pay per view).

"Hanya pada kadar harga RM10.60 sebulan bagi pelanggan sedia ada saluran Astro Sports Pack, manakala RM15.90 sebulan bagi pelanggan Astro sedia ada tetapi tidak melanggan saluran Astro Sports Pack. Pakej sukan ini menawarkan 12 siaran perlawanan WWE secara
langsung tanpa bayaran tambahan," jelasnya.

Katanya, sebelum ini, mana-mana perlawanan yang ingin ditonton, pelanggan perlu bayar bagi setiap permintaan (pay per view).

"Kini, mereka turut mempunyai akses selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu menonton rancangan seperti siri perlawanan original, program realiti, dokumentari, perlawanan klasik, siaran eksklusif perlawanan-perlawanan khas dan mempunyai peruntukan selama 25 jam
menonton video-atas-permintaan (VOD) pada setiap bulan," katanya.

Pada masa sama, pelanggan NJOI boleh melanggan pakej WWE Network di saluran definisi standard (SD) 820 pada harga RM15.90 bagi mendapatkan akses selama tiga hari dan RM31.80 bagi mendapatkan akses selama 30 hari.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif WWE International, Gerrit Meier berkata, peluang bekerjasama dengan Astro adalah sesuatu yang sangat hebat.

"Kolaborasi yang terjalin ini secara tidak langsung menggambarkan fleksibiliti kami untuk menawarkan WWE Network kepada peminat-peminat di seluruh dunia," jelasnya.

WWE Network boleh di dapati di 175 buah negara dan wilayah yang mana sehingga 31 Mac lalu jumlah pelanggannya berjaya mencecah 1.3 juta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak mesti pileh
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:32 PM | Show all posts
my dad memang peminat gusti tegar..dari zaman WWF sampai ke WWE ni..haruslah dia subscribe channel ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
x leh..kang begadoh ngn org rumah nk tgk suamki sotong la,suami ku kucing la. nk rampas remote dri tgn pompuan bkn keje senang
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:55 PM | Show all posts
Ank aq yg tgok ultraman je abis aq di debak debuk mcm aq ni raksaksa...
ni lg nak bg tgok WWE....huhh abis aq kena smackdown
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 05:09 PM | Show all posts
Adakah ini bermakna pelanggan channel sport sekarang tak boleh lagi menonton wwe di channel 816 spt RAW.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2015 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Melompat girang la nephew aku dengar ni. 24 jam plak tu. tabahlah berebut remote control
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 05:16 PM | Show all posts
Bapak aku peminat tegar WWE nih. Tak termasuk dalam superpack1 eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 05:34 PM | Show all posts
ppv secara percuma? summerslam
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka layan Total Divas WWE yang pompuan punye......My fav Nattie,Eva marie and Brie bella...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 05:39 PM | Show all posts
menipu je WWE ni..

nama pun entertainment kan.. berlakon.. mmg nipu le kejenye

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 05:44 PM | Show all posts
sekngucing replied at 31-7-2015 05:34 PM
ppv secara percuma? summerslam

itu mustahil der.dari PPV le depa boleh collect manyak duit contohnya Wrestlemania.Kalau nak tengok match classic WWE network mmg channel terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 05:51 PM | Show all posts
roblucci replied at 31-7-2015 05:44 PM
itu mustahil der.dari PPV le depa boleh collect manyak duit contohnya Wrestlemania.Kalau nak tengo ...

Pakej sukan ini menawarkan 12 siaran perlawanan WWE secara
langsung tanpa bayaran tambahan," jelasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 06:17 PM | Show all posts
sekngucing replied at 31-7-2015 05:51 PM
Pakej sukan ini menawarkan 12 siaran perlawanan WWE secara
langsung tanpa bayaran tambahan," jela ...

mungkin live RAW ataupun Smackdown
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 06:19 PM | Show all posts
sekngucing replied at 31-7-2015 05:51 PM
Pakej sukan ini menawarkan 12 siaran perlawanan WWE secara
langsung tanpa bayaran tambahan," jela ...

Sorry baru check tadi betullah live PPV tak kena charge tambahan yayy
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 09:03 PM | Show all posts
24 jam gusti, utk org hat dok kata gusti jaman 80an dan awai 90an best ha silakan tgk match jaman dahulu, boring nk mampuih, lembap, kunci ja banyak...

sesapa sini layan jgk Ring Of Honor dgn NJPW? alternatif terbaik kalau dh cemuih layan WWE. NJPW tu second biggest wrestling promotion in the world after wwe. mcm lagu alphaville, big in japan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
murah byk wwe network kt mesia rm10.60, kt US $9.9
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:44 PM | Show all posts
baguih laa..buat asing2 mcm golf channel tu...nyemak ja
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:50 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 31-7-2015 09:03 PM
24 jam gusti, utk org hat dok kata gusti jaman 80an dan awai 90an best ha silakan tgk match jaman da ...

iols minat gusti dulu,  masa tu ramai ahli gusti hensem dan badan x besar gila cam kang  ....  iols paling minat tgk dorg pakai spender kecil

nak tanya kang mana nak cari bideo gusti zaman awal 80 yer,  iols rindu la
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 11:05 PM | Show all posts
Edited by ChildrenOfBodom at 31-7-2015 11:07 PM
zjen replied at 31-7-2015 10:50 PM
iols minat gusti dulu,  masa tu ramai ahli gusti hensem dan badan x besar gila cam kang  ....  iol ...

youtube ada berlambak, search ja 'WWF'

formula gusti jaman dulu ala2 buku komik, heroes always win, yg badan besaq selalu akan menang.

unfortunately formula tu dah tak releven di jaman peminat menyanjung anti hero mcm sekarang.....


itu sebab john cena kena boo dgn fans walau dia tak jahat  dan menyorak kevin owens , yg lebih entertaining dan banyak move dr cena.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.088622 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list