CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17344|Reply: 68

[Edisi Airmata Syawal] Eoon Suhaimi dikapur produksi, pelakon dikejar ke spital

[Copy link]
Post time 1-8-2015 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sepitsiput at 5-8-2015 12:50 PM

Ni gossip fresh meols dpt dr open house.. ada kwn yg kje produksi drama bgtau 2 hari lps ada produksi drama kapur retis n krew ktika drama bru nk shoot... semua tinggal tercengang di lokasi sbb producer larikn diri.. akibatnya ada sorg dramatis dikejarkn ke ward... sbb heart attack katanya. Kes ni dh smpi ke pengetahuan jed jedi & profima katanya

Gosip
- siapakah produser laha tu?
- dramatis mana yg dikejarkn ke wad tu?
- zmn skrg masih ada kapur mengapur ke?
update

tq @puteri19


PETALING JAYA: Pengarah drama Love You Mr Arrogant  iaitu Eoon Suhaini berang selepas dipecat daripada mengarahkan drama Memori Cinta #3  terbitan JNJ Creatif bagi siaran saluran televisyen internet, HyppTV.

Eoon berkata, dia dipecat selepas 13 hari mengarah tanpa sebarang surat pemecatan dan alasan yang kukuh daripada pihak produksi.

"Saya bengang kerana pihak produksi memecat saya tanpa alasan munasabah sebaliknya saya dituduh menimbulkan banyak masalah sebagai alasan untuk mereka menyingkirkan saya dalam projek itu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Kata Eoon, dia sudah nampak penipuan produser syarikat berkenaan sejak awal apabila pihak berkenaan telah menggunakan namanya untuk mempengaruhi HyppTV selepas satu kertas cadangan dihantar bagi penerbitan drama berkenaan sebanyak 30 episod.

Ujarnya, selepas pihak HyppTV bersetuju dengan kertas cadangan itu atas sebab populariti namanya sebagai pengarah berpengalaman, tiba-tiba pihak produksi memintanya agar tidak terlibat dalam projek itu.

"Saya bengang kerana mereka menipu, saya disuruh buat proposal drama dengan menggunakan nama saya sebagai pemilik syarikat produksi dan pengarah untuk disiarkan di stesen itu.

Namun, apabila stesen televisyen tersebut setuju untuk mengambil drama tersebut, produksi berkenaan beri pelbagai alasan supaya saya tidak terlibat dengan penggambaran itu.

"Mereka tiba-tiba ingin mulakan penggambaran secara tergesa-gesa iaitu ketika saya sibuk dengan penggambaran drama Hidayah Mu Ramadan untuk slot Ramadan di TV3, walhal saya sudah tahu perkara itu awal-awal lagi," ujarnya.


Effa terkilan digugurkan kerana minta cuti sakit.
Produksi JNI Creative dimiliki oleh Muhibbudin Ahmad dan Noraini Ahmad Helmi yang turut mempunyai dua buah syarikat produksi iaitu Kota Rentang dan Easy Win.

Eoon berkata, produksi tersebut terpaksa menggunakan khidmatnya sebagai pengarah berikutan saluran televisyen berkenaan hanya meluluskan nama dia sebagai pengarah dan seorang lagi iaitu Heykal Hanifah.

Dalam pada itu, Eoon berkata, dia sudah membuat laporan polis terhadap perkara tersebut pada Sabtu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini.

Sementara itu, salah seorang pelakon drama tersebut iaitu Effa Nareesha Muhammed, 38, turut menerima nasib yang sama apabila digugurkan selepas meminta cuti sakit.

Pengurusnya Fazs, 35, memberitahu pemecatan Effa dengan alasan dia tidak sihat untuk bekerja, walhal ia merupakan kali pertama Effa memohon untuk bercuti kerana masalah jantung.

"Effa memang ada masalah jantung. Sebelum dia diserang sakit, dia ada menerima panggilan daripada produser yang mahu berbincang mengenai masalah bayaran yang kononnya tidak setimpal.

Kemudian badannya jadi lemah, ketika saya minta produser untuk dia diberi cuti sehari, pihak produksi hubungi saya dan memberitahu bahawa Effa terpaksa digugurkan daripada membintangi drama itu," ujarnya.



Effa jatuh sakit selepas menerima panggilan daripada produser drama Memori Cinta #3 dan digugurkan dari panggambaran tersebut.

Bagaimanapun Fazs berkata, keadaan pelakon tersebut kini stabil dan dia sedang berehat di rumah keluarganya di Shah Alam.

Tambah Fazs, Effa sudah melakonkan lebih 40 adegan untuk drama tersebut dan tempatnya kini sudah digantikan dengan pelakon Iris Yasmin.

"Pada mulanya ada masalah tentang bayaran iaitu mereka berjanji untuk bayar 80 adegan pada harga RM7,500 dan jika lebih 80 adegan perlu dibayar harga lain, namun bila saya lihat keseluruhan adegan yang perlu dilakonkan adalah lebih 150 adegan.

"Saya minta penjelasan mengenainya dan disebabkan perkara itu, pihak berkenaan telah memarahi Effa sehingga dia sakit jantung. Mereka kemudian menggugurkannya daripada drama tersebut," ujarnya.

Jelas Fazs lagi, pihaknya sudah melaporkan perkara tersebut kepada Persatuan Pekerja-Pekerja Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Seniman agar produksi tersebut diambil tindakan yang sewajarnya.

Drama 30 episod berjudul Memori Cinta #3 turut dibintangi oleh Dayana Roza, Shima Anuar dan Riz Amin.

Sampai bila pekerja2 filem ni tak terjaga mcm ni? teruk nau2 la mesia ni. dah la underpaid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 03:07 PM | Show all posts
ok sape artis tu.xde hint pn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2015 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 1-8-2015 03:07 PM
ok sape artis tu.xde hint pn

Mslhnya yg bwk gossip punya dialog kt meols

"Alah sis... pelakon tu selalu kuar tv.. jd mak2... skrg dh pki tudung"

Kekdahnya sheols pun x knal or igt nma retis tu.

Meols tahan sbar je dgr gossip incomplete.. nasib baik ada ketupat jagung
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 03:11 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 1-8-2015 03:09 PM
Mslhnya yg bwk gossip punya dialog kt meols

"Alah sis... pelakon tu selalu kuar tv.. jd mak2.. ...

aida rahim la tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 03:12 PM | Show all posts
ok gossip chuols sampah sangat kali ini. next time kumpul bahan bukti dulu baru buka benang. OKBAI!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 1-8-2015 03:09 PM
Mslhnya yg bwk gossip punya dialog kt meols

"Alah sis... pelakon tu selalu kuar tv.. jd mak2.. ...

rasanya mcm tahu je retis mana.nama dia kat fb princess nareesha .kalo x silap sheols tgh shooting drama  Memori Cinta 30 episodes utk hypptv.produksi mana tu mcm pernah terbaca,tapi sebb x famous .xlekat dlm memori .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2015 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 1-8-2015 03:09 PM
Mslhnya yg bwk gossip punya dialog kt meols

"Alah sis... pelakon tu selalu kuar tv.. jd mak2.. ...

Kebetulan follow ig sheols

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
motip keje janitor sempat bergosip psal hal2 produksi bagai ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapew tuuuuuu era pazira kew
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama kapur?

Kapur=putih=bedak sejuk?????

Tetiba teringat iklan drama tv3 mok cun Erma Fatima
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pauliza replied at 1-8-2015 03:32 PM
Kebetulan follow ig sheols

Kesiannye sheols..adei. harap bertabahlah.. aik pengarah pon kna buang?? Aiyyak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
30episod  banyak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
karatsXX replied at 1-8-2015 04:40 PM
Kesiannye sheols..adei. harap bertabahlah.. aik pengarah pon kna buang?? Aiyyak..

kalo tgk skrip .siap ada shooting kt oversea tu.huhu..bila director post dinner hauk tu iols dh pikir mcm ada something wrong dgn production ni.walaupn kena bersyukur dgn mkn yg ada tapi sadis nau mkn cenggitu dijamu pd krews  & casts
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 05:21 PM | Show all posts
Tadi masa baca tajuk aku ingat shooting drama guna kapur sampai membahayakan artis... adoi..pemahaman kureng sikit hari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pauliza replied at 1-8-2015 05:08 PM
kalo tgk skrip .siap ada shooting kt oversea tu.huhu..bila director post dinner hauk tu iols dh pi ...

Dinner apa depa dpt?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
brookemcqueen replied at 1-8-2015 06:19 PM
Dinner apa depa dpt?

ni yg iols ternmpk la ada org post

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Huwaaa... X paham... Ape tu drama kapur?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2015 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lumie replied at 1-8-2015 08:12 PM
Huwaaa... X paham... Ape tu drama kapur?

Kapur tu dlm  bhs retis maksudnya kene kelentong/aniaya/tipu/sabotaj oleh promoter or producer. Kerja dh buat tp x bayar or singkir dr produksi tanpa alasan kukuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2015 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
pauliza replied at 1-8-2015 03:29 PM
rasanya mcm tahu je retis mana.nama dia kat fb princess nareesha .kalo x silap sheols tgh shooting ...

Kekdahnya diorg x finish shooting lg la? Abis tu balance scene camne?

Pelakon efa narisha ni dr dulu sendu. No wonder kwn meols x leh recall nama dia

@cemolot jah gigih lyn drama sheols..tp mmg x patutlah aniaya dia camtu skali.

m
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 1-8-2015 08:20 PM
Kapur tu dlm  bhs retis maksudnya kene kelentong/aniaya/tipu/sabotaj oleh promoter or producer. Ke ...

Wahhh.. Baru tau.. Tq kaka siput putt putt..muwahhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.084471 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list