CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5861|Reply: 50

[Tempatan] 6 bulan lagi, 1MDB 'akan' pulih

[Copy link]
Post time 1-8-2015 06:31 PM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memang mempunyai rancangan untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan memerlukan masa enam bulan untuk memulihkan syarikat itu. Katanya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu dan rancangan untuk memulihkan syarikat itu sudah berjalan. "Memang kita ada program untuk kurangkan hutang 1MDB. Dan program itu 'viable' (berdaya maju) . Kita (kena) bagi masa. Saya kata kita perlukan masa lebih kurang enam bulan. "Bukan kita kata hari ini mahu selesai hutang, esok boleh selesai, tidak, tapi ada perancangan," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seremban di Paroi, di sini, hari ini.

Najib berkata, beberapa pihak luar turut menyatakan minat untuk melabur dalam projek 1MDB sekali gus mencerminkan aset syarikat itu sememangnya bernilai. "Semalam saya berjumpa dengan Emir Qatar (Sheikh Tamim Hamad Al-Thani) yang menyatakan minat dan Qatar Investment Authority juga minat untuk melihat aset 1MDB dan berminat untuk membeli tanah di (projek) Bandar Malaysia dan Duta China ke Malaysia turut menyatakan negaranya berminat," kata Najib. Dalam pada itu, Perdana Menteri sekali lagi menggesa semua pihak agar menunggu siasatan dan laporan penuh Ketua Audit Negara berhubung masalah yang melanda 1MDB yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Katanya, apabila siasatan itu selesai nanti, tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang akan dikenakan terhadap sesiapa yang didapati bersalah. "Saya sebut tunggu dulu Auditor-General punya report. Sekarang sudah keluar interim report, tidak lama lagi final report. Kalau ada apa kesalahan dari segi undang-undang, masa itulah kita ambil tindakan dan kita tidak akan melindungi sesiapa," tegasnya. Beliau turut menyentuh mengenai pembelian tanah 1MDB di Tun Razak Exchange di ibu negara oleh Lembaga Tabung Haji yang menurutnya dilakukan mengikut nilai pasaran semasa dan akan menguntungkan lembaga itu. Bagaimanapun, katanya, Tabung Haji terpaksa menjual semula tanah itu selepas pembelian itu dikaitkan dengan masalah 1MDB.

"Tapi bila dijadikan isu, saya kata kepada Tabung Haji, tidak mengapalah. (Jika perlu) jual, jual lah. Sebab sekarang ini persepsi melebihi daripada realiti," katanya. Najib berkata, ekoran persepsi negatif terhadap pembelian tanah itu telah memaksa Tabung Haji untuk menjualnya semula. "Tanah TRX ini di tengah-tengah bandar (Kuala Lumpur) dan di bawah TRX ini nanti akan ada stesen MRT yang terbesar di Kuala Lumpur. Jadi mana-mana pembangunan yang ada MRT di bawahnya, nilai tanah itu akan melonjak tinggi," katanya. - BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
berminat membeli tanah bandar di Malaysia?

bumi dipijak milik org la nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:09 PM | Show all posts
najib ni sekarang ni 10 dia cakap 11 aku tak percaya dah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:12 PM | Show all posts
Dalam Perhimpunan Agung kemain laa bersugguh-sungguh bumi dipijak milik orang sampai nanges-nanges sebak pilu mengenangkan nasib bangsa sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm masa 6 bulan makin banyak la yg trgadai demi anak beranak kroni2 kau hidup senang... Bugima puiii
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 1-8-2015 07:12 PM
Dalam Perhimpunan Agung kemain laa bersugguh-sungguh bumi dipijak milik orang sampai nanges-nanges s ...

Hehehehe...dengar lagu sedey memang la nanges...cuba dengar ayat Al-quran mesti xda feeling sebab tak paham.....hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2015 07:41 PM | Show all posts
Kalau tiada orang korek, adakah dia akan pulih??
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bijan u must be hallucinating :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 07:41 PM | Show all posts
Kalau tiada orang korek, adakah dia akan pulih??
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:42 PM | Show all posts
Kalau tiada orang korek, adakah dia akan pulih??
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:42 PM | Show all posts
iyekan jelah, percaya jelah...x yah pikir apa2

nanti ko tak percaya , najib tangkap lak...


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by EJALTI at 1-8-2015 11:47 AM

Iols memang tak baca habis artikel yg ditepek oleh TT sebab memang tahu Bijan mengenceng hanceng sambil 'kotey' dipegang erat dek Imelda Mansur.....

Puiiiiiii la Bijan.....memang jilaker....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jumpa Emir Qatar suh invest kt Bandar Malaysia? .mcm merayu minta tlg bg napas jer

Skrg ada dua isu berkait dgn Najib..1) psl 1mdb 2) duit masuk akaun peribadi

Kalau final report audit najib tak terlibat kita tgl plak nnt yg part isu akaun peribadi mcm mana agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidung sapa pulak kena cucuk lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
nak selesaikan hutang tu pulang balik je duit curi 2.6 billion tu setle la hutang
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 10:37 PM | Show all posts
memang boleh....gomen jual je tanah kat lake gardens tu kpd 1mdb dgn harga 50 sen sekaki....lepas 1mdb jual kat petronas dgn harga rm2000 sekaki...kawtim

macai2 felda pprt kampung bengap akan berkata ...tengok tu...asset berbeliyon2...mana ada rugi...mana ada penyelewengan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2015 11:54 PM | Show all posts
1MDB didn’t use government funds, able to clear debt, deputy prime minister says

KUALA LUMPUR, Aug 1 — 1Malaysia Development Berhad (1MDB) has never used any funds from the government for its deals and is also fully capable of repaying all its debts, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said.

In an interview with Malay daily Berita Harian published today, the newly-appointed deputy prime minister explained from the perspective of a person “involved in the banking sector” that 1MDB has plenty of assets which enables it to remain solvent despite having loans from various banks.

“I’m confident that if forensic accounting is conducted, it will reveal their ability to make repayments based on the assets that are in 1MDB.

“1MDB didn’t use the government’s money or allocations. A lot of the deals are between lender and borrower, so in this case, here will definitely be repayments and a payment schedule must be made,” Zahid was quoted as saying.

He added that 1MDB was still “bankable” but the issues surrounding the state-owned company rose out of the public’s lack of understanding about the company and its assets.

“The question is not everyone understands this issue. We must use layman language because of that we’re caught in the opposition parties’ games.

“Actually we are in a situation where we also don’t understand and people are manipulating this issue. Although there are people explaining the issue, they also don’t understand it,” he pointed out.

He noted that the company had already paid up its RM1 million capital and that the remaining debts are from bank loans, which have no connection to the government.

1MDB was incorporated in 2009, after Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced the decision to turn the Terengganu Investment Authority state fund into a federal agency.

Since then, 1MDB has been dogged by negative publicity over its finances and reported RM42 billion debt that it amassed in the years since its inception.

The 1MDB mess has triggered calls for Najib to step down ahead of his term, a campaign that influential former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has been zealously leading.

Last month, US daily Wall Street Journal reported nearly US$700 million (RM2.6 billion) was funnelled through 1MDB and into bank accounts purportedly owned by Najib ahead of the 2013 May general elections.

Najib has yet to deny or confirm the allegation.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Aritu macai2 gigih kata takde masalah,1mdb byk aset boleh jual bagai.ujong2 mintak 6bulan selesai hutang @badaksumbu

Btw, jual tanah ke negara china xpe, asalkan bukan cina dapig yer dak @d'zeck
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:48 AM | Show all posts
jadinya, sebab 1MDB lah tanah negara tergadai kepada negara asing...masih lagi support 1 MDB?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:27 AM | Show all posts

Haaa sekarang Bijan sendiri menaku 1mdb banyak hutang!!

Well they say; you learn from your mistakes, but those are not mistakes wahai Najis!!, that is pure stupidity and ignorance!

Good luck, stupids!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.346582 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list