CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18677|Reply: 123

Komposer Hebat Negara - Adnan Abu Hassan (saksikan APO malam ini)

[Copy link]
Post time 2-8-2015 01:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by af_mania at 30-4-2016 07:37 PM

BATU CAVES, 21 Mei:
Sebaik sahaja memberi salam, pintu dibuka dan tercegat di hadapannya seorang figura unggul yang menyambut kemas tangan saya untuk berjabat mesra.
Sambil menjawab salam yang diberikan, komposer tersohor ini menjemput saya masuk ke kediamannya yang serba ringkas itu yang mula didiami kira-kira hampir tujuh tahun lalu itu.
Saya hanya memerhatikan cara dia berjalan yang agak perlahan menuju ke sofa yang terletak di ruang tamu di samping sosok tubuhnya yang satu ketika dahulu berisi kini kelihatan sedikit susut.
Dan, itulah sebenarnya mengapa saya mahu bertemu dengannya pada pagi ini untuk mendapatkan pengesahan di sebalik keadaan kesihatannya yang menjadi bualan ramai sedikit waktu dahulu.
Saya membiarkan dia relaks seketika sambil berbual malas dengannya tentang pelbagai perkara dari dunia hiburan sehinggalah ke politik. Saya cukup ralit mendengarnya berbicara.
Tidak menunggu lama, saya bertanyakan soalan yang ingin saya tanyakan yakni tentang kesihatannya yang menimbulkan sedikit rasa bimbang di kalangan penggiat seni tempatan.
Wajahnya sedikit kaget ketika soalan itu diajukan namun, komposer berusia 56 tahun ini menjawabnya dengan tenang sambil mengukir senyuman.
“Alhamdulillah, saya sihat-sihat sahaja. Bukan sakit serius mana pun seperti mana yang disangka ramai.
“Maklumlah, usia semakin meningkat. Penyakit pun mula datang. Saya hanya menghidap penyakit kencing manis sejak beberapa tahun lalu.
“Hanya sekarang ini sahaja kesannya mula terasa apabila ia mula mengganggu saraf pada kaki saya yang membuatkan pergerakan sedikit terbatas seperti mana yang awak lihat ini. Cuma, saya perlu lebih berhati-hati sahaja,” demikian penjelasan Datuk Adnan Abu Hassan berhubung tentang masalah kesihatannya yang melanda dirinya ketika ini sewaktu ditemui di kediamannya, di sini hari ini.
Keadaan diri Adnan Abu Hassan ketika menghadiri Konsert Unplugged Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya, bulan lalu sehingga perlu dipimpin menuruni tangga membuatkan ramai yang risau dan bimbang akan kesihatannya. – Foto TRP/Syahirah Roslan
Komposer hebat yang pernah mencipta kegemilangan pada era 80an hingga awal tahun 2000 itu mengakui dan sedar akan keadaan kesihatannya yang menjadi perhatian ramai.
Semuanya bermula sewaktu dia muncul untuk memberikan penghormatan kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pada majlis Anugerah MeleTOP tahun lalu.
Dan, keadaan dirinya itu semakin menjadi kerisauan orang ramai ketika dia muncul pada Konsert Unplugged Datuk Siti Nurhaliza yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 7 April lalu.
Pada ketika itu, Adnan tidak dapat berjalan dengan baik sebaliknya dipimpin oleh salah seorang petugas Istana Budaya bersama Siti Nurhaliza untuk naik ke pentas bagi mengiringi penyanyi itu membuat persembahan bersamanya.
Mengenangkan peristiwa yang berlaku itu, komposer yang cukup dikenali menerusi lagu Jerat Percintaan (Siti Nurhaliza) dan Camar Yang Pulang (Aishah) ini hanya mampu ketawa kecil.
“Kalau betul saya sakit sehingga tidak boleh berjalan, sudah pasti saya akan ke sana dengan kerusi roda.
“Saya akui pergerakan saya memang perlahan terutama apabila perlu menaiki dan menuruni tangga. Tetapi jika ada pemegang di tangga, saya tidak ada masalah untuk melakukannya sendiri.
“Tetapi, jika sebaliknya, saya memerlukan bantuan orang untuk memimpin dan memapah saya berbuat demikian,” jelas anak sulung daripada empat adik-beradik ini tanpa selindung.
Biarpun berhadapan dengan masalah kesihatan, namun, Adnan Abu Hassan masih mampu mencipta lagu baharu untuk penyanyi yang mahu mendapatkan khidmatnya. – Foto TRP/Syahirah Roslan
Ketika ditanya keadaannya sekarang ini, bapa kepada tiga orang anak ini mengakui ada sedikit perubahan berbanding sebelum ini dan apa yang dia lakukan adalah dengan meneruskan pengambilan ubat-ubatan daripada doktor.
Malah, dia juga bersyukur kerana masih mampu meneruskan kehidupannya dengan hasil duit royalti yang diterimanya daripada Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) setiap tahun berjumlah RM60,000.
Pun begitu, Adnan masih lagi aktif dalam dunia seni dengan mengkhabarkan berita lagu terbaru ciptaannya telah pun dirakamkan oleh bekas juara Bintang RTM 2001, Azharina Azhar yang akan dilancarkan minggu hadapan.
Cuma, kata komposer yang mesra disapa sebagai Abang Dee oleh penggiat seni hiburan, dia hanya akan mencipta lagu seandainya ada permintaan.
“Sesiapa sahaja yang mahu lagu daripada saya, tiada masalah kerana setiap lagu yang saya hasilkan adalah custom made untuk penyanyi itu,” kata penerima Anugerah Sri Wirama pada Anugerah Industri Muzik Ke-18 (2009) itu lagi.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/05/21/saya-masih-sihat-adnan-abu-hassan/#ixzz3haEH96wp

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2015 01:02 AM | Show all posts
Perasan masa aim 2013 datuk adnan nmpk kurus sgt. Mcm sakit. Akhirnya baru jumpe berita terbaru.
Semoga abang dee sihat selalu & aktif hasilkan lagu2 yg indah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:19 AM | Show all posts
Mohon Abang Dee lekas sembuh dan buat lagu2 yg hebat untuk Dato Siti. Makin bosan lagu DCT dgn Aubrey. Sepesen je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
af_mania replied at 2-8-2015 01:02 AM
Perasan masa aim 2013 datuk adnan nmpk kurus sgt. Mcm sakit. Akhirnya baru jumpe berita terbaru.
Se ...

Anugerah mana erkk yg dia ni jd presenter tp masa nak announce nama tu dia salah sebut ejaan nama. Meols dh x ingat dh anugerah mana n masa tu dh nampak dah dia mcm sakit.

Semoga kembali sihat spt sediakala.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
enchikfitz replied at 2-8-2015 01:19 AM
Mohon Abang Dee lekas sembuh dan buat lagu2 yg hebat untuk Dato Siti. Makin bosan lagu DCT dgn Aubre ...

betol

lagu dct mmg bosan sangat2 lately ni..sepesen
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:46 AM | Show all posts
Ska lgu2 ciptaan dia....smuanya sedap didengar....moga Datuk Adnan trus jga kesihatan di usia sebegini....dah lama xdgr lgu bru ciptaan beliau....apa lgu terbaru ciptaan beliau?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2015 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagu2 die mmg ade wow factor..sdp dn indah slamanyer..lagu2 skrg bosangggg ya amat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow cm x Sbr plk nk dgr single baru azharina tu.. sure meletop...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2015 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk artis baru yg naik sbb lagu berhantu dari Adnan ni. Cth penyanyi yg aku minat smp skrg sbb lagu terbaik dia ni Di Persimpangan Dilema-Nora Ariffin. Siapa lg ye artis yg naik sbb Adnan? Misha, Liza Hanim, Fauziah Latiff,
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sepitsiput at 2-8-2015 09:57 AM
joey_mcintrye replied at 2-8-2015 09:26 AM
Byk artis baru yg naik sbb lagu berhantu dari Adnan ni. Cth penyanyi yg aku minat smp skrg sbb lagu  ...


yg debut or revamp dgn abg dee

80an - Azlina Aziz
90an - Aishah, Jee, Nora, Siti, Liza
2000an - Dayang, Misha

yg failed Arnieza Amir ..byk abg dee invest kt dia..konon nk cipta next misha..last2. Sendu. Shila Abdul pun sama sendu.  Rasanya misha je la penamat tuah debut abg dee.

Khaty, Melah, ZZ, Sheila Majid, Erra, Kak Ani, Mas Idayu pun ada kolaborasi dgn dia jugak. Tp bkn penerbit eksekutif.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 2-8-2015 09:43 AM
yg debut or revamp dgn abg dee

80an - Azlina Aziz

Aaa...si Arnieza tu kekonon ada vocal range sama mcm Mariah Kari 5 octav...last2 ke lautan Hindi perginya. Kalau Adnan tak groom dr awal satu2 penyanyi tu, sekurangnya ada la satu, dua lagu yg boom dia buat. Cth mas idayu...Hasrat Perindu...dapatlah lagu tu merasa msk radio era dan kalahkan ct utk ke final AJL. Sejarah tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sepitsiput at 2-8-2015 09:51 AM

Top 5 Lagu Malar Segar Abg Dee pilihan yours truly

1. Di Persimpangan Dilema
2. Bunga-bunga Cinta
3. Hitam Putih Kehidupan
4. Camar Yang Pulang
5. Puncak Kasih
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
joey_mcintrye replied at 2-8-2015 09:48 AM
Aaa...si Arnieza tu kekonon ada vocal range sama mcm Mariah Kari 5 octav...last2 ke lautan Hindi p ...

Rasanya Fauziah Latiff je yg berjaya dgn career rebranding with Adnan Abu Hassan.. mcm Aishah..albun melayu first dia mmg dgn Abg Dee.  

Retis lain mmg ada nyanyi lagu adnan tp abg adnan sedekah or terbit lagu je..x masuk campur bab A&R
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Adnan kalau gabung dgn Johan Nawawi akan lahirkan fresh ballad..mcm Kasihku (rahim maarof) dab DPD (nora)

Sorry to say..lagu jerat percintaan mmg bagus n best tp sayang lagu tu x meletop sbg malar segar.

Rasanya lagu Wajah Kekasih lagi evergreen dr jerat percintaan. Dulu ada org speku Jerat mng AJL lps ramai komplen lagu DPD nora kalah dgn lagu aishah (jari) ajl sblmnya. Namun kemenangan jerat pun ala2 x adil juga sbb lagu gerimis mengundang lagi evergreen. Impack both songs lg kuat drpd lagu yg mng ajl respectively (cinta beralih arah, jerat). Tp meols x nafikan aishah & siti layak mng persembahan terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 2-8-2015 09:56 AM
Adnan kalau gabung dgn Johan Nawawi akan lahirkan fresh ballad..mcm Kasihku (rahim maarof) dab DPD ( ...

Ioulls frust sangat Nora kalah dgn lagu Di persimpangan Dilema sebab lagu tu memang meletop giler pd zamannya. Bayangkan kwn Ioulls yg lelaki2 pun sama naik suka dgn lagu tu. Smp habis rosak kaset Nora -Sandiwara Ioulls org dok pinjam. Dahlah guna duit raya nk beli album pertama tu. Lps tu pulak lagunya sampai skrg dok teriang-iang. Kesian juga Nora menjeruk rasa smp dh jd artis senior br mng kategori Etnik - Samudera. Bg Ioulls lagu yg betul2 evergreen CT adalah Cindai. No doubt.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by danieladam at 2-8-2015 12:45 PM

Iols pon harap dct kerjasama balik dgn abg dee..rindu dct nyanyi lagu ala2 wajah kekasih. Lama sgt dgn aubrey menyebabkn dct semakin statik. Last kerjasama x silap iols dlm album lentera timur, ada abg dee buat lagu utk dct.

Iols rasa anak didik abg dee paling berjaya ialah dct. Tp iols suka lagu2 abg dee utk jee, aishah, liza hanim dan nora. Iols rasa misha x mencapai tahap maksima yg abg dee tetapkn sbb tu lagu tiada lagi tangisan tu abg dee bg aishah nynyi semula.

Iols rasa, compare to semihah..liza hanim lg bagus lg in term of quality. Malahan penilaian iols, liza hanim far better than nek jenna yg slalu diover rated. Malangnya liza muncul digilap abg dee x jauh masa dgn abg dee memperkenalkan tok ti. Byk jugak lagu abg dee yg bagus utk liza mcm Getaran cinta di jiwa.

Satu yg iols perasan abg dee ni, dia akan gunakan sepenuhnya kemampuan vokal artis tu utk sampai not2 yg paling tinggi artis tu boleh! Dgr je lagu jee dan aishah zaman2 dlu. Lagu jee mcm gubahan rindu puisi syahdu, aishah camar yg pulang dan tokti wajah kekasih tetap evergreen bg iols.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2015 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Top 5 lagu evergreen abg dee yg iols slalu terngiang2 :
1. Gubahan rindu puisi syahdu - jee latip
2. Camar yg pulang - aishah
3. Wajah kekasih - tok ti
4. Di persimpangan dilema - nora j
5. Bunga bunga cinta - semihah
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka lagu2 ciptaan denan since zaman fauziah latiff lagi
Denan tahu nak buat lagubyg seswai dgn vokal penyanyi..mcm ala2 kene sgt tune lagu ciptaan heols dgn vokal singer
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Gubahan rindu puisi syahdu - gee
Lagu farah breep2 - ingat plak
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 12:25 PM | Show all posts
cemolot replied at 2-8-2015 12:21 PM
Gubahan rindu puisi syahdu - gee
Lagu farah breep2 - ingat plak

@cemolot check pm sat

farah af2 - Tangisan dalam kerinduan, jalan terakhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.085393 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list