CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3552|Reply: 3

Petua Memilih Tudung Mengikut Bentuk Muka

[Copy link]
Post time 3-8-2015 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Bentuk Muka Oval –

Biasanya  boleh dikatakan bentuk idaman.Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk  muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk  muka oval.Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula,  anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada  menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar selendang, anda bebas  untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk  menggunakan anak tudung atau pun tidak.

Bentuk Muka Petak –

Ciri  bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara  pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan  jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.Dalam mengenakan  tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan  gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.Mereka yang  mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang.Stail  Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana  gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang  yang lebar.Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.

Bentuk Muka Panjang –

Seperti  bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini  dicirikan dengan dagunya yang panjang.Bezanya adalah bentuk kening yang  lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan  jarak rahang.Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan  menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit  sehingga menutupi bahagian kening.Penggunaan anak tudung syiria bersama  selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka  panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening  yang tinggi.Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval,semua jenis  selendang sesuai digayakan.

Bentuk Segitiga –

Dagu  panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak  pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal  rahang.Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan  bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi  bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan  menggunakan anak tudung seperti hairnet.Bagi membolehkan bahagian kening  terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut.  Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang  bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka  oval.Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar  jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak  kelihatan nyata.Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau  gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang  tampak lebih terbuka.

Bentuk Muka Bulat -

Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak  kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi.Mereka  yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih  dahulu sebelum menggunakan anak tudung.Pilihla anak tudung yang  diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak  kelihatan bertambah.Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan  menampakkan bentuk muka yang memanjang.Bagi pemilihan  selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis  agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan.Selandang  pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang  mempunyai bentuk muka bulat.Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak  tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur

e-petua

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 08:22 AM | Show all posts
paling cantik bini fizo....mmg sesuai betul dia pakai tudung jenis apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 11:55 AM | Show all posts
dah tak laku da paridah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:05 PM | Show all posts
aku punya muka, diaorang kata bentuk buku
so aku fikir mungkin bentuk petak
muka aku tak sesuai pakai yg ada awning ni
tapi tu la yang paling ringkas

huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.062627 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list