CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7707|Reply: 38

Saya pernah benci lelaki lembut - Dafirina Ismail Sabri~ gitewww laa #28

[Copy link]
Post time 3-8-2015 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by qqOfficial at 12-8-2015 07:31 PM

Sahut cabaran bawa watak lembut



Ketika ada segelintir pelakon lelaki menolak membawakan watak lelaki lembut dalam drama mahupun filem, Dafi, 27, berani menyahut cabaran produksi Mask Team menerusi teater Maduku Kalut Returns bagi melakonkan watak sedemikian. Malah, bekas bintang Akademi Fantasia musim kelima ini juga tidak takut jika lakonannya itu memberi impak kepada dirinya hingga digelar lelaki lembut.
“Dulu saya fikir banyak perkara menakutkan, tapi saya rasa masyarakat hari ini sudah bijak dan tahu membezakan kehidupan sebenar dan lakonan. Jika masih ada tak dapat membezakannya, itu saya tak boleh nak kata apa.
“Kasihan pada mereka kerana mudah terpengaruh dengan apa yang disaksikan di kaca TV, layar lebar mahupun pentas. Apabila saya bersetuju berlakon dalam teater ini, tak timbul isu takut dicop lelaki lembut. Saya hanya sebagai pelakon dengan menjayakan watak diberikan,” katanya. Membawakan watak Amy Amiro seorang lelaki berperwatakan lembut dan hiperaktif sedikit sebanyak menyukarkan Dafi menjiwai watak terbabit.
“Jujurnya, saya penat melakonkan watak ini. Saya jenis pendiam, jadi agak terkejut apabila perlu beraksi sebaliknya. Namun, saya beruntung kerana mengenali ramai golongan begitu. Jadi saya boleh tanya mereka terus.
“Selain itu, sebagai rujukan saya banyak menonton lakonan Imuda di dalam sitkom 2 + 1. Dalam masa sama, pengarah dan pelakon lain juga banyak membantu. Memandangkan mereka lebih berpengalaman, banyak ilmu dikongsi,” katanya.
Dua tahun lalu, watak terbabit pernah dilakonkan Karl Shafek menerusi pementasan sama Maduku Kalut di Lambang Sari, Istana Budaya. Lakonannya itu berjaya mencuit hati penonton serta mendapat pujian ramai. Ditanya tidakkah dia bimbang jika ada membandingkan mutu lakonannya dengan pelakon dan pengacara itu, Dafi punya jawapan tersendiri.
“Perkara itu saya tak boleh nafikan. Saya okay kerana selera penonton berbeza, tapi saya cuba memberi kelainan di dalam watak ini supaya penonton tidak bosan.
“Saya tidak berkecil hati kerana ada bagusya jika wujud tekanan dalam bekerja. Itu boleh membuat-kan saya lebih bekerja keras dan memberikan persembahan terbaik,” katanya.
Satu cabaran lagi buat anak kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ismail Sabri Yaakob ini apabila tempoh latihan hanya sebulan.
“Saya berharap penonton suka dan terhibur dengan watak ini. Ia memang berbeza 100 peratus daripada diri sebenar. Jangan fikir itu saya atau cuba bandingkan dengan pelakon sebelum ini,” katanya.
Selain Dafi, teater arahan Muhd Azhar Zainal ini turut menampilkan pelakon popular lain seperti Remy Ishak, Nad Zainal, Jihan Muse dan Sherry Alhadad akan mula dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 7-9 Ogos depan.

[size=14.8800001144409px]Cabaran watak lembut – Dafi
[size=14.8800001144409px]Bagi bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia 5, Dafi Ismail Sabri, dia diberikan cabaran baharu apabila perlu mengalas watak sebagai lelaki lembut bernama Amy Amiro buat kali pertama. Kata Dafi, biarpun pada mulanya dia takut untuk melakonkan watak berkenaan kerana bimbang akan menerima persepsi negatif daripada penonton, namun dia percaya bahawa masyarakat kini sudah pandai menilai dan tidak mudah terpengaruh.
[size=14.8800001144409px]“Dahulu, saya selalu fikir negatif tentang impak yang bakal diterima apabila melakonkan watak lelaki lembut. Lama-kelamaan, saya yakin dan percaya masyarakat hari ini sudah pandai menilai dan tahu membezakan kehidupan sebenar dan lakonan.
[size=14.8800001144409px]“Alhamdulillah, selepas mengkaji watak di internet dan berkat bantuan rakan dalam industri, saya banyak mempelajari cara untuk membawakan watak lembut. Saya akui, seronok bawa karakter ini kerana boleh menambah satu lagi karakter baharu dalam portfolio saya,” kata Dafi sambil memberitahu antara sebab utama dia memilih membintangi teater berkenaan kerana barisan pelakonnya yang berbakat besar dan memiliki latar belakang teater.

gossipnya : dik...ko memang lembut dik...and kuat sentap....and kuat mencarut2...selayak nya laaa ko dpt tawaran tu....  tak perlu nak menghayati sangattt laa... cabarann katanyehhh..hahaaa...  ko mmg ponen sejati dik dafirina ...hikhikkk...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 12:10 PM | Show all posts
Gitu carutan maha hebat kakak @qqOfficial pada dafi coverina tetap x boleh cover. Gitu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 12:15 PM | Show all posts
mohon seru peminat tegar beliyau @cruisekeanu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 12:23 PM | Show all posts
heheh.. ingat die kt luar memang lembut..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 12:33 PM | Show all posts
bulu kaki ygterserlah tu buat iols nk tgelak pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian..men sambar je ape watak..
da xde job ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2015 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambo dia tu buruknya
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 01:43 PM | Show all posts
bab kuat sentap tu iols setujuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni apa je produk dia? Selain lagu sendu yg dah basi zaman dolu2 apatah tajuknya tuh..harapkan tumpang nama bapak jah
Now apa nk jd pelakon lak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 03:43 PM | Show all posts

setuju... dah la semakin tembam...

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai la bawak watak gayah kepatahan. Dah memang itu pun diri dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 03:58 PM | Show all posts
gituwwww kuat sentap ek rupanya hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 04:03 PM | Show all posts
takpelah nak...asalkan yg dibawah tu masih befungsi...sudehh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 04:08 PM | Show all posts
Saya okay kerana selera penonton berbeza, tapi saya cuba memberi kelainan di dalam watak ini supaya penonton tidak bosan.

lom tengok lagi dah tau bosan hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 04:09 PM | Show all posts
euwww .. gambo macam ape je kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 04:17 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 3-8-2015 03:30 PM
Dia ni apa je produk dia? Selain lagu sendu yg dah basi zaman dolu2 apatah tajuknya tuh..harapkan tu ...

Heolls menang award karoke mall luar negara hokey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dafi ni better masuk politik drpd blakon,mane tau boleh jd pm, datin seri x asuh betul2, xmcm mummy rossy anaknya c ashman diasuh utk jd politician bjaya spt bapaknye,rakyat semua syg..kalau jd pondan mcm ni nok, probably boleh jugak jd menteri, ramai menteri ponen dlm kabinet bjaya pulak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 07:10 PM | Show all posts
tetiba teringat kat Nazim Rogayah Othman yang pernah bawak watak lelaki lembut, ala2 natural gittew...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 3-8-2015 07:10 PM
tetiba teringat kat Nazim Rogayah Othman yang pernah bawak watak lelaki lembut, ala2 natural gittew. ...

Hahaha..nmpk natural sgttt...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tercabar apernyer kalu dah sendiri lembut....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.091586 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list