CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: qqOfficial

Saya pernah benci lelaki lembut - Dafirina Ismail Sabri~ gitewww laa #28

[Copy link]
Post time 3-8-2015 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dafirina rogayah nina bin ismaliyah rogayah sabrina.. anak beranak gayah.. sekali dengan najibah rogayah razakah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita bila ni? Choi sgt tak update.

Apaknya dah no longer munteri asas tani uolsss.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 01:13 AM | Show all posts
dafi berkesan jadi lelaki lembut - tajuk hm harini
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 08:12 AM | Show all posts
geli aku tgk dafi ni dlm teater tu..mmg menjadi pondan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Org ckp dia mmg lembut ya,,,masa dia keje kt the curve lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 09:30 AM | Show all posts
Sejak audition AF lagi ai dah perasan dia gitu2 ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2015 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dafi bakal muncul dalam filem indon jadi hero filem aksi, bergandingan dengan hero merantau warrior, apa kejadahnya lembut plak! Bongok!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2015 07:24 PM | Show all posts
Pernah benci lelaki lembut


Paling mengejutkan penampilan Dafi sebagai Amy Amiro. Membawa watak seorang lelaki lembut memang satu cabaran besar buat Dafi. Bagaimanapun, Dafi nampaknya berjaya membuktikan dirinya bukan sahaja seorang penyanyi tetapi pelakon yang mampu melakukan apa sahaja dengan terbaik ketika ada segelintir pelakon lelaki menolak membawakan watak lelaki lembut dalam drama mahupun filem.

HITS: Tahniah kerana berjaya membawa watak lelaki lembut. Apa perasaan Dafi selepas selesai mementaskannya?
DAFI: Terima kasih. Tidak tahu nak cakap apa. Pada mulanya, saya memang takut untuk membawakan watak itu kerana risau akan pandangan masyarakat. Tapi, apabila semuanya selesai, saya berasa lega. Saya sudah buat kerja dan menyampaikan watak yang diberikan.

Berasa sudah melakukan yang terbaik?
Ya, saya buat watak itu dengan sehabis baik berdasarkan permintaan pengarah. Jujurnya, saya penat melakonkan watak ini. Dengan tunjuk ajar pengarah walaupun masa latihan terhad, alhamdulillah, ini adalah pementasan paling hebat pernah saya ikuti.

Namun, ada beberapa babak menampilkan awak begitu berlebih-lebih membawakan watak itu. Komen.
Saya tidak mahu hipokrit. Ya, memang ada. Tapi, itu pengamatan saya apabila berdepan golongan lelaki lembut. Memang ada di antara mereka yang bersikap over. Saya mengaku pernah membenci golongan itu dan tidak suka mereka. Tapi, apabila sudah memasuki industri, saya sudah berdepan ramai orang seperti itu. Saya buat biasa sahaja dan selesa berkawan dengan mereka. Tentang lebih-lebih, itu yang dimahukan pengarah, saya buat sahaja.

Apakah sumber rujukan untuk jadi lelaki lembut ni?
Sebelum ini, watak Amy dipegang oleh Karl Shafek dan saya banyak menonton cara dia membawa watak itu di Youtube. Saya bezakan pembawakan saya dengan Karl. Saya tidak mahu terlalu kelihatan sama dengan sebelumnya. Sebab itu, saya juga menambah ilmu dan meluangkan banyak masa dengan menonton lakonan Imuda sebagai Sam di dalam sitkom 2 + 1.

Tidak risau masyarakat akan melabelkan awak sebagai lelaki lembut selepas ini?
Saya tidak takut jika lakonan memberi impak kepada diri sendiri hingga digelar lelaki lembut. Apabila saya bersetuju berlakon dalam teater ini, tak timbul isu takut dicop lelaki lembut. Saya hanya sebagai pelakon dengan menjayakan watak diberikan.
Saya pasti, masyarakat hari ini sudah bijak dan tahu membezakan kehidupan sebenar dan lakonan. Jika masih ada tak dapat membezakannya, itu saya tak boleh nak kata apa. Mulut orang memang susah kita hendak tutup. Bila mahu mengata, mereka akan berkata sampai bila-bila. Biarlah. Tiada kaitan pun dengan mereka.

Turut ditonton oleh ayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), apa perasaan Dafi?
Memang takut kerana tidak tahu ayah akan menjadi sebahagian daripada penonton malam ini. Saya pun tunggu juga reaksi daripadanya. Apabila selesai pementasan, ayah gelak dan ucap tahniah selain bertanya adakah saya menyukai pementasan itu. Sebelum ini, nenek juga risau dengan watak yang saya bawa tetapi atas urusan kerja dia memahami semuanya.

Apakah watak sebegini mampu membawa Dafi pergi lebih jauh dalam industri lakonan?
Berlakon teater bukan perkara mudah tetapi apabila kita bekerja keras untuk mencapainya, ia pasti akan membuahkan hasil yang baik. Sampai sekarang, tawaran saya untuk teater sangat konsisten dan boleh kata setiap tahun pasti saya akan berlakon di atas pentas teater. Semuanya semakin juga semakin baik. Pertama sekali, terima kasih kepada pengarah dan pelakon yang pernah bekerjasama dengan saya dalam beberapa pementasan teater. Banyak ilmu yang telah saya peroleh dengan belajar bersama orang berpengalaman dalam teater.








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tgk die dlm vc bila trasa rindu..hensem gila.skrg ? no komen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2015 07:28 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian...org pon tak tau nak cungkil bakat ape yg die ade..tapi tetap mahu nak maintain dalam industri..so dptla watak gayahh rogayahhh..itu je selayaknye
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 08:34 PM | Show all posts
dia ni

menyanyi kt malaysia = sendu

menyanyi kt indon = sendu bersama2 gita gutawa skali sendu

berlakon = sendu

host tv kt indon = sendu

host tv kt malaysia = sendu

meols x tahu apa sumbangan/peranan heshe dlm industri ni.

sebusuk2 diva AA pun kita sedia maklum bidang penerbitan hiburan TV dan pengacaraan tip top di zaman kegemilangannya.



Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka watak fizz fairuz jadi pompuan dalam Mat Tudung
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel dia sekarang..ai like
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 07:23 AM | Show all posts
atleast dia ada trophy mcm budak tadika punya hari sukan menang karoke kat russia...ko hado??
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 08:21 AM | Show all posts
ponen tue ape kak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 08:24 AM | Show all posts
skrang dah npk berisi skit
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn abg ipar die pun lembut??? So mmg ssuai lah kn
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sado nya badan dia. Tapi memang sendu mendu.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.072255 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list