CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1436|Reply: 5

[Jenayah] Mekanik didakwa cabul kanak-kanak tadika

[Copy link]
Post time 3-8-2015 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Mekanik didakwa cabul kanak-kanak tadika

6:49PM - 3 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/307218



Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah tadika, April lepas.

Mohd Hafiza Wan Mohd Aris, 39, didakwa menyentuh kemaluan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di sebuah pejabat tadika di Bandar Tasik Selatan, Cheras, antara pukul 8 pagi sehingga 10 malam 13 April.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, N Joy Jothi menawarkan jaminan RM10,000, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan dia kini sudah kehilangan pekerjaan serta perlu menanggung anak dan ibunya.

Majistret Muhamad Faizal Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati atau mengganggu saksi pendakwaan dan sekiranya dia melanggar syarat itu, wang jaminan akan ditarik balik.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos untuk sebutan semula kes.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ni suami  cikgu atau pengasuh tadika situ ke..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 08:54 PM | Show all posts
Sapa dia nii ? Jgn biaq dia bekeliaran...bg dia rasa mkn nasik pakai tiub !
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 08:56 PM | Show all posts
alasan:

tau nak tanggung ibu dan anak..

dia xfikir ke, kalau anak dia orng buat mcm tu,
kalau ibu dia orn g buat mcmn tu juga..



~~ bini dah lari ke..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah typical sex crime, jrg la tgk cine india main dgn budak, melayu mmg ramai pedo
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape die bole masuk tadika? Penceroboh atau die nk bljr situ.. Tp mg jijik la cabul budak2 kecik
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.063204 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list