CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1627|Reply: 5

[Tempatan] 'Rakyat tak marah bayar cukai tinggi jika kebajikan terjaga,'

[Copy link]
Post time 4-8-2015 02:29 PM | Show all posts |Read mode
'Rakyat tak marah bayar cukai tinggi jika kebajikan terjaga,' luah jurugambar
Madiha Abdullah, Astro Awani | Diterbitkan pada Ogos 03, 2015 20:53 MYT

  
Status yang dimuat naik Saiful Nang terima lebih 50 ribu likers dalam masa tiga jam.Foto/FB Saiful Nang


KUALA LUMPUR: Status seorang jurugambar yang berkongsi pendapat di laman Facebook tentang sistem cukai pendapatan di Sweden mendapat perhatian warga media sosial.

Dalam status tersebut, jurugambar berkenaan, Saiful Nang, percaya jika kebajikan mereka dijaga, tiada sebab untuk rakyat naik berang walaupun terpaksa membayar cukai pendapatan yang tinggi.

Beliau memberi contoh negara Sweden, di mana rakyat negara tersebut perlu membayar cukai pendapatan sebanyak 45 peratus, di samping nilai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mencecah 20 peratus.

Biarpun begitu, dengan nilai yang dibayar penduduk negara itu, mereka diberi 'balasan' yang setimpal.

  Status Saiful Nang di laman sosial Facebook.



Ia diperolehi dalam bentuk pendidikan percuma di semua peringkat, sistem pengangkutan awam yang teratur dan murah, harga barangan makanan yang murah serta perkhidmatan kesihatan kelas pertama yang berpatutan.

Dalam masa tiga jam selepas dimuat naik, status itu menerima lebih 50 ribu likers, dengan hampir 10 ribu perkongsian.

Saiful Nang merupakan pemilik syarikat fotografi CandidSyndrome, selain turut mendedikasikan masa dan tenaga untuk aktiviti kebajikan bersama Rumah Pengasih Warga Prihatin.                                            
                    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 02:40 PM | Show all posts
ok.. iols tgu nk baca komen forumer...

iols forumer yg tgu komen2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 02:47 PM | Show all posts
ponen kaki royan. kalo best sangat, gi la duk obersea tuh, tengok boleh survive ke tak, ada job ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:32 PM | Show all posts
meleis pprt meroyan...mesti jawa johor ni..cc @peYno
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:27 PM | Show all posts
kalau kat sini, tax kena 45% dari gaji pun tapi tahap hospital gomen masih kena beratur dan appointment berbulan2
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:33 PM | Show all posts
betul je...

ada point la dia ckp. kalau duk kat london pun berlambak2 immigrant berlumba2 datang sebab dapat bantuan...walhal x keje pun..

factual bukan hikayat malim gunung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.207794 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list