CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10054|Reply: 81

[Tempatan] SPRM Anjur Sembahyang Hajat Selamatkan Malaysia Dari Rasuah

[Copy link]
Post time 4-8-2015 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Alion at 4-8-2015 10:38 PM

Lepas disiasat polis, SPRM anjur solat hajat selamatkan Malaysia daripada rasuah

Selepas beberapa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan bagi membantu siasatan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), institusi itu mengadakan solat hajat memohon petunjuk Allah supaya institusi itu terus kukuh dan menyelamatkan negara daripada rasuah.

Solat hajat diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar, disertai kira-kira 100 kakitangan di bangunan badan pencegah rasuah itu di Putrajaya selepas solat zohor tengah hari tadi.

Selesai solat, Zakaria mengetuai bacaan doa dan memberi tazkirah (ceramah) ringkas memohon supaya perjuangan SPRM membela nasib bangsa dan negara dapat diteruskan.

"Kami memohon kepada-Mu ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baik mungkin.

"Berilah bimbingan dan petunjuk bagi mencapai kejayaan dalam melaksanakan tugas kami memerangi perbuatan rasuah yang mungkar dan penuh dengan dosa," katanya dalam doa tersebut.

Zakaria turut memohon supaya Allah memberi kekuatan kepada pegawainya mempertahankan masyarakat dan negara daripada dicemari dengan rasuah dan penyelewengan.

"Jauhilah kami daripada perbuatan mungkar, berilah kekuatan kepada pejuang rasuah ini supaya mereka dapat menyelamatkan diri dan keluarga mereka, organisasi, masyarakat terutamanya negara yang kami kasihani ini daripada dicerobohi perbuatan orang yang mengamalkan rasuah," katanya. – 4 Ogos, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lepas-disiasat-polis-sprm-anjur-solat-hajat-selamatkan-malaysia-daripada-ra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2015 04:00 PM | Show all posts
Sembahyang hajat sebetulnya tak mempengaruhi ketentuan Tuhan dah tentukan semuanya.

Namun secara simboliknya satu tamparan untuk pihak yg terlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:15 PM | Show all posts
SOlat HAJAT dan DOA kena datang dgn usaha membenterasnyer.
Juga kena lah yang memerintah sebagai contoh terbaik. Tidak hanya carik rasuah dan tangkap dr kalangan yang kuli kuli jer..tapi yang rasuah duit berbillion billion dn berjuta juta atau beribu ribu...........dan kepada orang tertentu..di kecualikan ..hehehe

Kalau DOA dan SOLAT hajat  semata mata tapi masih gek terima transfer money dr penderma yg tak tau puncanyer dan kenapa  ..............NO komen ler.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:17 PM | Show all posts
kesian nya....

agong kita tgh buat apa eh? mana institusi raja2 msia?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:22 PM | Show all posts
Hope the truth will prevail.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:24 PM | Show all posts
sayu pulak. kesian sangat dgn org yg kerja siang malam cari kebenaran, last2 kna tangkap.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2015 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian orang sprm...adakah tangan tersembunyi memaksa mereka melakukan seduatu yg keji...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:28 PM | Show all posts
Pakat doa supaya Allah lepaskan negara ini daripada bala pemimpin pelaq dan kawaq hat dok ada ni....bagi mampuih cepat sikit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 04:28 PM | Show all posts
leylapple replied at 4-8-2015 04:17 PM
kesian nya....

agong kita tgh buat apa eh? mana institusi raja2 msia?

Tengah salin pampers ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 4-8-2015 04:26 PM
Kesian orang sprm...adakah tangan tersembunyi memaksa mereka melakukan seduatu yg keji...

Tangan yg gemok lagi dompot dgn jari kontot2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:30 PM | Show all posts

u nie... i serius tau
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:33 PM | Show all posts

Aku ni org Kedah ... sedara mara tinggal keliling istana ... mana pernah aku tak serius ...  
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
TT kena ingat fitrah manusia sentiasa berharap kpd pencipta xkira kafir ke islam. Dh ikhtiar mintak  perkenan plk, qada qadar kna percaya.

Cuma risau....imam solat hajat plk takut kna tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tlalu replied at 4-8-2015 04:15 PM
SOlat HAJAT dan DOA kena datang dgn usaha membenterasnyer.
Juga kena lah yang memerintah sebagai co ...

Kan dah serupa macam menghine Allah dan ugame .
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:42 PM | Show all posts
lepas solat hajat jgn pulak mintak DERMA
sebab RASUAH=DERMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
menyembunyikan atau menghalalkan pon dpt share yer.. doa2 ler kita semua dijauhkan dr sifat tamak haloba dan makan benda haram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga sprm tabah, jangan ikut menonong je vontot bijan dan nekmah. Aku tau dua ekor malaon ni ada mainkan peranan dlm keputusan semalam. Lahanat najib dan rosmah semoga terima pembalasan tuhan:
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:48 PM | Show all posts
ksian tt hati buta...tak membenarkan dgn hati...xpcaya dgn solat hajat...bodoh buta hati...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ko sembah Allah inilah tindakan yg sepatutnya sbg hamba Allah

kalau ko sembah laki bini puaka tu, ko akan turut segala arahan gila mereka mcm pasukan yg 1 tu maka jadilah ko hamba jibmah
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:53 PM | Show all posts
nak solat hajat apa lagi kalau tukang terima rasuah tu dah depan mata terbukti tangkap ajelah.. buat2 suci mulia pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.079258 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list