CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13024|Reply: 89

[Tempatan] Anak MB Umno hambur soalan pedas untuk Najib

 Close [Copy link]
Post time 4-8-2015 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by obelisk at 4-8-2015 04:55 PM

Anak MB Umno hambur soalan untuk Najib
12:30PM - 4 Aug 2015



Lagi
suara melawan arus dari Johor, kali ini daripada anak Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin pula, Akmal Saufi.

Akmal Saufi, yang juga pengarah Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) membangkitkan pelbagai persoalan berkaitan derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun peribadi.



“Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memang jawatan di dalam kerajaan?

“Adakah perlu duit derma tersebut diisytihar kepada rakyat dan ahli kabinet yang lain?” soal anggota Parlimen Belia Johor itu.

Akmal, 28, menulis panjang di Facebook beliau hari ini berhubung pelbagai aspek berkaitan derma itu, termasuk buktinya dan sama ada pihak lain turut mengetahuinya.

Beliau juga turut mengulangi persoalan yang ditimbulkan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada ada berkaitan keperluan cukai yang tertakluk bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Soalan-soalan dibangkitkan, termasuk:
  • Ketika Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah beliau maklum sejumlah wang telah memasuki akaunnya?
  • Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?
  • Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?
  • Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi (MT) mengetahui tentang derma tersebut?
  • Jika MT tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Najib tidak memaklumkan kewujudannya?
  • Bilakah Najib bercadang untuk maklumkan kepada MT?
  • Andai kata derma tersebut derma peribadi, adakah Najib menerimanya ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?
  • Adakah gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?
  • Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Najib?
  • Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
  • Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
  • Jika Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?
  • Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?


  


-- MalaysiaKini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 04:58 PM | Show all posts
bang jib, jawab! Ayuh sucikan namamuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:59 PM | Show all posts
Derma?!!
Puuiiii...
Hattuuiiihhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib patut tuntut ilmu dgn anwar cara belit mmbelit neh.... Youre so fail jibby
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:00 PM | Show all posts
bagus ..... berani.....


siap lah .... sat sat lagi ... sampai lah tu .....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:00 PM | Show all posts
Ko tunggu lagi mungkin 1-2 minggu baru Najib akan jawab.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2015 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia perlukan lebih ramai mcm anak MB johor ni utk tekan jibbun... Masalahnya skrg kat malaysia ni x de yg berani nak bersuara...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:04 PM | Show all posts
kalau bijan jawab
jawapannya sure ala2 mat selan
lepas tu mat selan plak jawab nk kaver bijan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 05:04 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 4-8-2015 05:00 PM
Ko tunggu lagi mungkin 1-2 minggu baru Najib akan jawab.

kan jawapan dia semua sama jer utk semua soklan berkaitan dgn duit 2.6 bilion nih?tanyalah 1000 soalan pun, jokpannya tetap sama

saya tak guna utk tujuan peribadi

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:05 PM | Show all posts
mungkin barua2 najib kat CI nih boleh tolong beri pencerahan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:07 PM | Show all posts
snipersnake replied at 4-8-2015 05:05 PM
mungkin barua2 najib kat CI nih boleh tolong beri pencerahan?

hehe standard tegar dlm sini..jawab satu ayat jer............ "penderma nak bagi tak perlu dipersoalkan" lol....... itu lah diulang ulang sampai thn depan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau orang lain terima duit, disabit rasuah! Dia pula boleh dianggap derma!


Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
@anak_negeri, berani sungguh budak hingusan ni cabar boss hang...tlg jawabkan on behalf jibbun
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah status akmal akan berubah jadi anak BEKAS mb johor pulak lepas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:13 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 4-8-2015 09:00 AM
Ko tunggu lagi mungkin 1-2 minggu baru Najib akan jawab.

Helllowwwwwwwwwwww....sekurang2 nya 14 hari baru Bijan akan jawan okehhhh....

Takkan tuh pun uols tak tawwww...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:14 PM | Show all posts
hzln replied at 4-8-2015 05:04 PM
kan jawapan dia semua sama jer utk semua soklan berkaitan dgn duit 2.6 bilion nih?tanyalah 1000 so ...

Kat situ ada 13 soklan.
Yang lepas pun, 1 soklan pasai 2.6 beliyun masuk akaun daa amik 2 minggu nak jawab.

Darabkan dengan 13 soklan = sampai raya krismas laa nampaknya. Takpa... kita tungguuuuuuu!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 05:15 PM | Show all posts
Budak nih lagik ada 'tulur' berbanding menteri2 pasola kabinet kayu Bijan lahanat....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:17 PM | Show all posts
EJALTI replied at 4-8-2015 05:13 PM
Helllowwwwwwwwwwww....sekurang2 nya 14 hari baru Bijan akan jawan okehhhh....

Takkan tuh pun  ...

Pembetulan di posting #16. Sampai raya krismas.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:19 PM | Show all posts
berani punyer budak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:20 PM | Show all posts
itu baru soalan dr sorg..
huh..terjawab bang jib oiii
alih2 ahmad maslan yg tolong kaverrrr dgn lawak pander dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.396464 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list