CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4727|Reply: 30

[Tempatan] {6} Bahasa Malaysia terancam disebabkan dek pendtg asing?

[Copy link]
Post time 5-8-2015 09:12 AM | Show all posts |Read mode




Bahasa Malaysia Terancam dalam Negara Sendiri?
Bahasa Malaysia Terancam dalam Negara Sendiri?Bahasa merupakan cerminan bangsa, rosak bahasa, rosaklah bangsa. Itulah yang seharusnya kita ingat dan jangan pernah lupa. Antara contoh negara-negara yang berjaya naikkan bahasa mereka di persada dunia adalah seperti Jepun, Perancis, dan baru-baru kini adalah Korea Selatan. Korea Selatan contohnya telah membawa suatu kejutan budaya kerana dengan muziknya telah menyebabkan ramai daripada seluruh negara yang ingin mempelajari Bahasa Korea kerana meeka sendiri, (rakyat korea) mengagungkan bahasa mereka sendiri. Kita?

1. Kita mudah terpengaruh

Rakyat Malaysia, Melayu khususnya antara manusia di muka bumi yang mudah terpengaruh dengan sesuatu yang mereka rasakan 'up-to-date' kononnya sehingga melupakan asal-usul kita. Bak kata pepatah  Melayu Lama, ''Bagai kacang lupakan kulit''. Padahal kita di kampung sana makan sambal belacan, di Kota Raya kita berlagak seperti ''Mat Salleh'' pula. Kenapa imej ketimuran daripada segi dalam bahasa tidak kita agungkan daripada kita sibuk meniru yang lain?

2. Asuhan mentaliti daripada sejak kecil

Ya,asuhan keluarga daripada kecil lagi juga memainkan peranan yang sangat memberi impak kepada anak kita tatkala mereka dewasa nanti. Mengapa ramai ibu bapa di luar sana merasakan pendidikan yang menggunakan Bahasa Inggeris itu adalah yang terbaik dan berprestij? Cuba anda fikirkan dan bayangkan, tidakkah kita merasa bangga apabila melihat apabila bahasa kita dituturkan sehingga ke luar negara seperti mana zaman Kesultanan Melaka?

3. Persekitaran

Persekitaran adalah salah satu faktor yang mempengaruhi kuat kepada generasi muda. Kalau ibu bapa sendiri mengagungkan bahasa lain, mana mungkin anak kecil itu akan berbahasa Melayu fasih?

Sebaliknya warga asing yang datang ke dalam Malaysia, mereka lebih suka untuk bertutur dalam bahasa Malaysia, perumpamaan kepada mereka, ''di mana bumi di pijak, di situ lah langit dijunjung. Mereka sedar, untuk diterima oleh masyarakat setempat, bahasalah merupakan terbaik untuk mereka mendapat tempat dalam hati masyarakat kita. Kita pula, asyik dengan bahasa inggerisnya, bahasa koreanya, bahasa sendiri siapa yang nak bangga-banggakan? Bangla? Buka minda, buka hati, kenali diri.

p/s bkn bahasa terancam, maruah agama, negara dan bangsa terancam bkn sbb pendtg tapi umarak sendiri...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 09:16 AM | Show all posts
Haha bahasa,
Yg duduk kat sini sampi nk mati pn pandai nk menulis gini
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa salahkan pendatang? Orang yang ambil gambar (seperti contoh di atas) tidak pula memperbetulkan kesalahan...malah menyebarkan.


*budak-budak (dan yang tua nak mampus perasan muda) menulis mesej 'kau' jadi 'kaw', 'kuat' jadi 'kuad' tak pula dipersalahkan!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:33 AM | Show all posts
surat khabar/media sendiri dah banyak memelayukan bahasa inggeris tu sendiri....mcm semalam Astro Awani "Inklusif" pun dimelayukan....tak sangka pulak....tapi layan je la....sedih pakar2 dan pejuang2 bahasa melayu kita
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Wakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:39 AM | Show all posts
Sekurang2 nya walaupun  mereka belajar bahasa lain, menulis abjad lain...boleh gaklah difahami apa yg cuba disampaikan
Yg Duk Malaysia, sekolah blajar bahasa Msia...tapi hasilnya...






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2015 09:39 AM | Show all posts
hahaah klakar gila...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:47 AM | Show all posts
liton replied at 5-8-2015 09:39 AM
Sekurang2 nya walaupun  mereka belajar bahasa lain, menulis abjad lain...boleh gaklah difahami apa y ...

baca 2 lain jer I dah give up ... menate betul la ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 09:49 AM | Show all posts
ala yg kat gambar tu..ntah2 melayu gak yg tulis..dgn tujuan utk diviralkan dan dapat beribu2 likes..pecaya sgtlah pendatang tulis camtuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:54 AM | Show all posts

... in details
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat malaysia pun sibuk merojakkan bahasa sendiri. Letak kereta disebut parkir macam indon. Kalau kata parking terus takpe la jugak.
Belanjawan diganti bajet. Bukan ka lagi bagus diganti dengan "perbelanjaan"
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 10:12 AM | Show all posts
senang cerita orang melayu sendiri yang merosakkan bahasa melayu..
antaranya guna bahasa rojak, bahasa yang bercampur-campur..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 10:12 AM | Show all posts
Apa pasal yini sumua ada jadi. Yini sumua salah yitu yamengok la suka2 ati bawa ramei pindatang banya turutama dari banglasia supaya jadi pingundi antutuya. Manyak suweila
Sekarang kita ramei2 tingu itu Perbahase Bahase Malaysia peringkat International yitu ramei kokosen, korea jupun boley cakiap melayu dgn faseh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 10:16 AM | Show all posts
Apa nak heran.. Cina siap ada IC biru pon tak pandai cakap melayu besepah... Nak berurusan kat mana2 pejabat asyik nak kena pakai tukang translet... Phuiii!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 10:16 AM | Show all posts
trewqwert posted on 5-8-2015 10:03 AM
Rakyat malaysia pun sibuk merojakkan bahasa sendiri. Letak kereta disebut parkir macam indon. Kalau  ...

Boya lagi sedey. Yitu perkataan resuah suda tukarla jadi Derma.
Yitu maciam, org bawah kalu, derma suda tukar jadi rasuah. Aopa pasat ?

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Maka dgn itu kita perlu bantah kemasukan 1.5bil pekerja bangla ke negara ini. Walaupun alasan nya, menggantikan pekerja bangla yg telah tamat sebelum ini. Kalau dicari merata ceruk memang ada yg nak berkuli tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 10:17 AM | Show all posts
boyagombak replied at 5-8-2015 10:12 AM
Apa pasal yini sumua ada jadi. Yini sumua salah yitu yamengok la suka2 ati bawa ramei pindatang bany ...

Aku baca ayat ko dah bunyi macam Smmy Vellu daaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 10:21 AM | Show all posts
lagi sedih bila masuk kedai nk order makanan dah tak boleh order dlm bahasa melayu..
menyirap je rasa bila waiter ckp  "i dont understand malay" T___T

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 10:34 AM | Show all posts
menyirap je darah baca bebudak sekarang kalau mengeja  
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat opis ni slalu notis tulis 'toilet Rusak' sbb cleaner org Indon
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.949220 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list