CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5278|Reply: 28

Waris Tiada Niat Belakangkan Pihak Media Hanya Penuhi Permintaan Isteri

[Copy link]
Post time 5-8-2015 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini kita mendapat perkhabaran gembira apabila penyanyi rap Waris telah selamat bergelar suami bersama gadis pilihan hatinya Izzati Amirah Kamaruddin.Sememangnya, tidak ramai yang tahu bahawa beliau akan berkahwin sebelum ini kerana tiada sebarang pengumuman ataupun liputan media  pada hari perkahwinan beliau.

Jelas Waris, beliau hanya memenuhi permintaan isterinya yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka secara sederhana tanpa liputan luas media.  Malah beliau sama sekali tidak mempunyai nait untuk membelakangkan media yang selama ini menyokong kerjaya beliau.
Tiada istilah saya bersikap dingin dengan media atau sebagainya sehinggakan tidak menjemput mengadakan liputan majlis pernikahan saya. Majlis hanya berjalan secara sederhana. Tiada apa yang ingin saya sembunyikan kerana sedar media memainkan peranan yang sangat penting terhadap perjalanan seseorang anak seni.
Namun, saya harus mendahulukan permintaan isteri yang tidak mahu terlalu menghebohkan berita pernikahan kami. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, dia (Izzati) sah menjadi isteri saya.
Bercerita mengenai kisah cinta beliau dan isteri, Waris memberitahu mereka sudah mengenali diantara satu sama lain sejak 12 tahun yang lalu. Hubungan mereka yang bermula hanya sebagai sahabat di waktu persekolahan akhirnya disatukan sebagai suami dan isteri.
Tambah Waris, isterinya merupakan seorang yang memahami dan sering menyokong beliau dalam kerjaya. Isterinya juga adalah sumber inspirasi Waris untuk terus berkarya.
Kami berkawan sejak tingkatan satu. Siapa sangka hubungan sebagai rakan sekolah itu begitu kuat sehingga membawa ke jenjang pelamin, sekali gus menyatukan kami sebagai suami isteri.
Dia sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk saya terus percaya dan komited terhadap apa yang dilakukan dalam hidup. Dia juga merupakan antara inspirasi saya untuk berkarya dalam muzik.
Pasangan Waris dan Izzati telah dinikahkan di Surau Al-Wehdah, Taman Lestari Permai, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, sekitar pukul 5.42 petang Sabtu lalu.

Pada majlis tersebut, Izzati menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15,000 diiringi sembilan dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pengantin perempuan.
Sumber Berita: Kosmo

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 12:24 PM | Show all posts
sama manis..sama padan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:44 PM | Show all posts
Muke wife dia mcm azizah mahzan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 03:05 PM | Show all posts
ok, harapnye tiade edisi kalkulator la pasni ye..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Org dah selamat sudahlah..biar mudahkan keje org..asal selamat nikah..bukan syarat sah nikah pon..wartawan poyo amat...sentap terlebih..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 03:53 PM | Show all posts
aku dapat invitation kad dia, aku ingtkan sape le muzammil nih, kad simple sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2015 03:53 PM | Show all posts
x ada wartawan pun ok apa janji majlis on. Wartawan ni nanti mengada.. kata x dilayan dengan baik lah itu lah ni lah banyak songeh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk sgt waris tu syg sgt kt bini dia...

Tgk cara pandangan waris pd isterinya tu...penuh kasih syg...mane la nk dpt somi cm ni....mia nk jugakkkkkk...ok mia jeles..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 04:09 PM | Show all posts
Tahniah Waghih.... bersederhana tu lagi baghuih!. Dari majlis kau berjuto2 tapi tahan x sampai 4-5 bulan buek po...yo takk..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 04:31 PM | Show all posts
loving nya diorg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 04:43 PM | Show all posts
lantak dorang la waghih..
yang penting ko da setel semua..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 04:49 PM | Show all posts
Majlis dia...ikut dia lah sapa yg dia nak jemput atau tak. yang penting nikah nya dah sah dan family semua maklum. reporter...? esok2 pun boleh kasik tau...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 04:56 PM | Show all posts
lasagnaklcc replied at 5-8-2015 12:44 PM
Muke wife dia mcm azizah mahzan.

ini puji ke perli>?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 05:31 PM | Show all posts
Press suka benar menyibut nak g majlis kahwin orang. Sudah pergi semua bnda nak komen buruk nak hilight.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Press suka sgt nk g majlis kenduri org. Pastu nnt tanya soklan bukan2 di majlis orang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
syarat  sah nikah artis kena ada wartawan kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 05:57 PM | Show all posts
lasagnaklcc replied at 5-8-2015 12:44 PM
Muke wife dia mcm azizah mahzan.

aku tengok macam marlia musa skit2..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 07:26 PM | Show all posts
aku tgk mcm nad zainal plak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus waris dulukan wife nya
Mlm2 bknnya nak tido dgn reporter pun
So wife patut didahulukan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:19 PM | Show all posts
biarlah dia..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.084091 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list