CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2476|Reply: 16

[Tempatan] Khairy ‘bingai’ dakwa polis ganggu SPRM, kata blog pro Umno

[Copy link]
Post time 8-8-2015 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Khairy ‘bingai’ dakwa polis ganggu SPRM, kata blog pro Umno


Published: 8 August 2015 1:59 PM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairy-bingai-dakwa-polis-ganggu-sprm-kata-blog-pro-umno




Blog pro Umno, Mykmu.net hari ini membidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebagai menteri "bingai" kerana kenyataan dangkalnya mengatakan siasatan polis terhadap beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai satu bentuk gangguan.

Dalam enteri terbaru hari ini, Mykmu berkata, ketua Pemuda Umno itu hanya membuat kenyataan berdasarkan kecendurangan dalam media sosial semata-mata walaupun hakikatnya ia tidak begitu.

"Mudahnya macam ini sajalah, kalau tak nak polis siasat, jangan buat laporan polis!!  Ini buat laporan polis, bila polis siasat, dah melompat dan dakwa cuba ganggu pula. Datang orang tak faham, hanya baca perkembangan dalam FB (Facebook) dan Twitter, buat kenyataan bodoh.

"Dia menteri, takkanlah bingai sangat tak boleh rujuk kepada ketua polis negara atau timbalan perdana menteri yang juga menteri dalam negeri terlebih dahulu? Ke kecil sangat kedudukan dalam Kabinet tu sampaikan nak tanya soalan pada platform yang sepatutnya pun susah.

"Orang kebanyakan di luar ni buat andaian dan persepsi macam-macam kerana mereka tidak ada akses seperti mana menteri berkenaan," kata Mykmu dalam tulisan bertajuk "Kalau semua siasatan berbentuk intimidasi, polis & SPRM boleh tutup kedai" hari ini.

Blog itu berkata, siasatan polis ke atas pegawai SPRM yang didakwa Khairy sebagai gangguan merupakan sebahagian dari proses selepas suruhanjaya sendiri membuat laporan bagi menafikan penglibatan agensi berkenaan dalam soal kebocoran maklumat siasatan kes membabitkan derma politik yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tak tahulah kalau pemahaman SPRM dan menteri yang berkenaan kalau laporan polis dah dibuat, itu maksudnya siasatan tak perlu dijalankan.

"Salah tu, siapa pulak yang cakap? Penulis yakin ketika menteri berkenaan terlibat dalam ‘kemalangan’ yang membawa kepada perkahwinan dengan isterinya sekarang, laporan polis dibuat dan kenyataannya direkodkan," katanya merujuk kepada dakwaan perkahwinan Khairy dengan anak kepada bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menyifatkan tindakan polis sebagai proses biasa, Mykmu berkata, ianya bukan perkara baru kerana sebelum ini ramai pernah diambil keterangan, dirakamkan percakapan malah ada yang ditahan reman dan sebagainya oleh SPRM dan pihak berkuasa.

"Kalau ini semua dianggap gangguan, susahlah pihak yang berkenaan nak buat kerja. Lebih baik tutup kedai saja," katanya.

Blog Umno tersebut turut mencabar Khairy untuk membentangkan usul di Dewan Rakyat agar SPRM diberikan kekebalan undang-undang dan diharamkan siasatan dijalankan ke atas mereka.

"Jadikan SPRM ini satu badan yang unggul dan berkuasa penuh lagi tidak boleh disentuh. Kita nak tengok berapa ramai yang akan bersetuju dengan cadangan tersebut itu nanti," katanya.

Semalam Khairy berkata, tindakan Putrajaya memindahkan 2 pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) tanpa sebarang alasan dilihat sebagai perbuatan tidak adil.

Menurut portal Maljlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), ketua pemuda Umno itu berkata 2 pegawai SPRM tersebut hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.

“Saya melihat pemindahan pegawai itu sungguh pelik dan sangat mengecewakan. Biarlah SPRM menjalankan tugas tanpa sekatan atau gangguan daripada mana-mana pihak,” katanya seperti dilaporkan portal BNBBC. – 8 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.9k0fN9jo.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2015 04:37 PM | Show all posts
kj ni xtakut ke nanti kne lucut jawatan jua? nanti xdpt jd pm tau...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 04:47 PM | Show all posts
tunggu jawapan Kj....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 04:55 PM | Show all posts
memang bingai pun
kan dia kata 2.6 mil tu derma dari penyokong UMNO..
kaya nau derang
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa nak jadi ahli umno kena bayar ker buat kad keahlain?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 05:18 PM | Show all posts
ade betul gak kata blogger umno tuh.p x rujuk dlu ngan menteri bertaggungjawak atau KPN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2015 05:24 PM | Show all posts


Dalam enteri terbaru hari ini, Mykmu berkata, ketua Pemuda Umno itu hanya membuat kenyataan berdasarkan kecendurangan dalam media sosial semata-mata walaupun hakikatnya ia tidak begitu



Dah boss plg atas minta gunakan platform media sosial sepenuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 08:05 PM | Show all posts
aku dah tak percaya KJ....oportunis ...lalang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2015 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 bingai......sok klau tukar leader macai akan jilat montot tp perisa lain smpai licin.....masa tu jibbun dihina thp anjg kurap....sama la yg pocit tua nogori kt sini maki hamun tun
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 11:05 PM | Show all posts
kesimpulan: orang umno memang bingai.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 11:17 PM | Show all posts
bkn blogger umno ni ka yg bingai? ini bkn blogger....gobloq.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 11:18 PM | Show all posts
Kj sebelum ni buat statement pro najib ujung2 fb dia kena maki hamun ala2 taraf fb najib jugak, ni barulah tersedarr kut takut tersungkurrrrr sekali dgn najib bila masa najib tamat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 11:19 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 11:31 PM | Show all posts
Mykmu ni bukan bberapa tahun lepas penyokongg kuatt ayahanda ke? Ingat beberapa thn lps pnh jenguk2 baca sana rasanya pro Tun M masa tu, skrg dah beralih ke najib ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2015 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
polis + macai umngok pun sama2 bbr - bingai beyond repair
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2015 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri umngok mn de yg cerdik.... bingai2 belaka.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2015 08:10 AM | Show all posts
xAthenax replied at 8-8-2015 04:55 PM
memang bingai pun
kan dia kata 2.6 mil tu derma dari penyokong UMNO..
kaya nau derang

bil sis, bukan mil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 1.761153 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list