View: 5610|Reply: 29
|
[Tempatan]
Ujang 'original' hidup semula Oktober ini
[Copy link]
|
|
Ujang 'original' hidup semula Oktober ini
Ujang belum 'mati' dengan berakhirnya penerbitan majalah menggunakan watak itu awal bulan ini.
Bagi peminat kartun, mereka boleh mengikuti watak itu - dalam bentuk asli - tidak lama lagi apabila 'Ujang original' kembali mewarnai seni kartun negara.
Kartunis yang bertanggungjawab menghidupkan watak itu, Ujang berkata, melalui majalah Gila Gila 'yang diperkukuhkan' watak kartun itu akan muncul untuk menghiburkan peminat serta orang ramai.
Ia menjadi lebih menarik kerana selain Ujang, majalah itu juga akan diceriakan dengan ramai kartunis lain, termasuk Ubi, Taugeh, Tembakau, Aie selain Jaafar Taib sendiri.
Bercakap kepada Malaysiakini, Ujang berkata, mereka mahu menjadikan majalah Gila Gila yang pernah menghiburkan jutaan peminatnya dulu kembali sebagai peneraju seni kartun.
Sebenarnya Ujang - atau nama sebenarnya Ibrahim Anon - adalah kartunis yang mencipta watak kartun berkenaan dalam majalah Gila Gila pada 1984.
Gagal selesai kemelut
Kira-kira 10 tahun kemudian, beliau melepaskan jawatannya sebagai ketua kartunis di Gila Gila untuk menerbitkan majalah Ujang dibawah penerbitan Kharisma Publication. Ramai bakat baru dipupuk melalui majalah itu seperti Gayour, Aie, Duku, Ciku dan ramai lagi.
Namun pada penghujung 1990-an Ujang berdepan ujian apabila dia terikat dengan ketetapan perundangan yang menghalangnya menerbit atau menggunakan produk kartun menggunakan watak yang pernah diciptanya sendiri - Ujang.
Berdepan kesukaran Ujang cuba menyelesaikan isu itu tetapi gagal.
Menceritakan sedikit pengalamannya, Ujang berkata tiada istilah lain kecuali "teraniaya" apabila namanya diambil tanpa diberi sebarang bayaran.
"Ada kontrak yang memperincikan mengenai perkongsian keuntungan, hak milik dan sebagainya tetapi semuanya dihilangkan. Macam kes 1MDB juga," katanya separa bergurau.
Lebih menyedihkan, Ujang berkata, semua karya tulisannya dalam penerbitan terdahulu disiar tanpa namanya dan digantikan dengan nama orang lain.
"Itu siapa cakap bukan penganiayaan, memang sesuai kena tempeleng," katanya tersenyum.
Zuhur ke Asar
Ujang kemudian menceburi bidang sama sekali lain daripada kartun, iaitu menawarkan pakej memancing atau pengalaman berekspedisi ke Taman Negara menaiki rumah terapung di Tasik Kenyir.
Untuk menuntut haknya, Ujang berkata dia pernah pergi ke rumah majikannya dan cuba berbincang.
Bagaimanapun, katanya, misi itu gagal walaupun dia menunggu di depan rumah majikannya itu "dari Zuhur hingga ke Asar".
Mengenai projek terbarunya, Ujang berkata, dia dan beberapa kartunis lain akan bekerjasama memperkuatkan Gila Gila.
"Kami nak buat kartun yang berkualiti dan menghiburkan rakyat Malaysia. Kami buat sebab kami sayang," katanya.
Mengulas lanjut, Ujang memberikan contoh "membaik pulih rumah pusaka di kampung".
"Walaupun kita ada banglo di kota, berhari raya di rumah pusaka itu lebih indah dan bahagia," katanya.
Pada 6 Ogos lalu syarikat penerbitan yang menghasilkan majalah Ujang dan Apo? menyatakan untuk menutup operasi mereka ekoran kenaikan kos operasi dan bebanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
--MKini
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah itu adil
HambaNya yg bersabar dgn ujianNya
insyaAllah..manis balasannya..
X sabar nk baca gila2
oyeaaahhh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Gila Gila memang lejend...teringin plak nak beli semula majalah gila gila |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 12-8-2015 06:55 PM
Gila Gila memang lejend...teringin plak nak beli semula majalah gila gila
Aku rindu Cabai dan Tiga Dara Pingitan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sepitsiput at 12-8-2015 07:06 PM
meols teringin nak tengok adaptasi Ujang, Tiga Dara Pingitan, IN, Bersama Selamanya & Budak Hostel dlm versi filem...tp xmolah versi filem hauk.
klu 3 dara pingitan meols nk 3 pelakon ni pegang watak
Awa - Sakinah Tingtong
Noi - Ayda Jebat
Esah - Zara Zya
Jai ..nak Nabil blakon
versi2 sblm ni
2003 (vcd)
awa - nana
noi - syura
esah - anne ngasri
2009 (sketsa tv)
awa - didie alias
noi - shahora
esah - enot
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan
- Profesor Serba Tahu (tahu ke tau )
- Adegan Yang Ingin Kita Lihat
- Edisi Raya, Edisi Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
Yahhooooo Go Ujang Go
Gila Gila Is D Legeng |
|
|
|
|
|
|
|
adik suka ujang gila2. baca abg2 punya dulu2 |
|
|
|
|
|
|
|
kartunis dulu best2 yang kemudian ni pening plk aku.dululawak nmpak bijak. selain kartun2, aku suka ruangan minah leter vs matt romeo. last2 baru tau matt romeo tu adi al hadi rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Ujang silap percaya sgt bosnya org Umno. Umno penuh dgn penipu mmg kena tipula |
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 12-8-2015 07:26 PM
kartunis dulu best2 yang kemudian ni pening plk aku.dululawak nmpak bijak. selain kartun2, aku suka ...
Minat sgt matt romeo... buku dia aku buat collection...camne tau dia adi al hadi? |
|
|
|
|
|
|
|
ujang d lejen
dara pingitan sentiasa dinanti
dll
akan kutunggu kemunculanhya |
|
|
|
|
|
|
|
Haha..maan tau adi al hadi orgnya?
@lazim |
|
|
|
|
|
|
|
Ok lps ni nak start beli Gila-Gila balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dulu selalu bc 3dara, Abe (karya ujang), from Taiping with love, apa lg ntah dah lupa |
|
|
|
|
|
|
|
ada blog dia dulu, tapi aku cri ni x jmpa plk dh lupa,, lama.
aku ada byk gak matt romeo
paling suka ank dara menteri.
gelak dri mula sampai habis. asyik kutuk bapak dia yang tgh gila nk berpolitik
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo aah la baru google pasal adi al hadi... baca at wiki...dia matt romeo, dia jugak minah leter..2-2 tu rival kan....
dulu sokong minahleter sbb sexy dan cantik...hahaa...
aah anak dara menteri best, keranamu ainon pun best jugak... suka kalau matt romeo describe perempuan mmg detail...perumpamaan fizikal pompuan tu pun sgt detail...kalau yg x lawa mmg kutuk habis2an...lawak sgt cth: mcm peti ais, pokok temak... dll
|
|
|
|
|
|
|
|
Jaki jipang tu yea jugak kan. Kelakarr |
|
|
|
|
|
|
|
tu pasal, beriya matt romeo gaduh dgn minah leter. last2 org sama rupanya..
keranamu ainon tu yg macam manuskrip tu kan? xmnt yg tu. rasa tertipu baca.. last2 skrip jek.
detail sampai blh imagine. kat mana lekuk kat mana bengkak.. hampeh tul
|
|
|
|
|
|
|
| |
|