CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29336|Reply: 395

[Tempatan] {18PL}Paedo dan Kahwin Gadis Bawah Umur.Sama Atau Tidak?

[Copy link]
Post time 13-8-2015 07:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 17-8-2015 12:57 AM




Kematian bayi yang dilahirkan seorang gadis berusia 11 tahun minggu ini membangkitkan gesaan aktivis terhadap pihak berkuasa untuk menubuhkan daftar pesalah seks sebagai permulaan kepada undang-undang yang lebih ketat bagi menangani isu pedofilia dan rogol kanak-kanak.        

Ibu yang masih bersekolah di Tahun 5 itu mengadu sakit perut, dibawa ke hospital dan kemudiannya melahirkan anak minggu lepas. Malangnya, bayi berkenaan meninggal beberapa hari kemudian.        


Peguam bela hak kanak-kanak mengatakan kes berkenaan sebahagian kecil daripada bilangan kes penderaan seks kanak-kanak di negara ini yang semakin meningkat, dan mengulangi gesaan mewujudkan daftar pesalah seks kanak-kanak sebagai langkah awal melindungi kanak-kanak bawah umur.        




                      Dr Ng Chong Guan, pakar psikiatri di Petaling Jaya berkata, keperluan mengesan pesalah seks kanak-kanak penting kerana tidak seperti heteroseksual dan homoseksual, pedofilia menyedari mereka tidak diterima masyarakat, oleh itu akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka jauh dari perhatian ramai.        


"Sesetengah orang membangkitkan perasaan seksual terhadap objek, ada juga lebih suka mainan lembut seperti patung beruang. Pedofilia sukakan kanak-kanak.      


"Mereka tidak melihat kanak-kanak sebagai manusia; mereka melihatnya sebagai objek melepaskan nafsu," katanya.        


Aktivis mendakwa, desakan mereka itu berdepan halangan.


Polis berkata, mereka tidak mempunyai sumber mencukupi dan tidak boleh memutuskan jenis pendaftaran yang diperlukan.        


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tidak ada rancangan menubuhkan daftar pesalah seks kanak-kanak buat masa ini, dan di bawah undang-undang sedia ada, rekod jenayah pesalah tidak boleh didedahkan kepada orang ramai.        


Dalam laporan tahunan PS The Children 2013, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang bertujuan membantu kanak-kanak didera secara seksual, melaporkan daripada 2,584 kes jenayah melibatkan kanak-kanak pada 2012, 285 kes adalah penderaan kanak-kanak dan 2,299 kes adalah rogol.        

Statistik polis juga mendedahkan hampir 3 kali ganda peningkatan dalam kes rogol yang dilaporkan antara 2000 dan 2009, manakala Parlimen melaporkan kadar sabitan bagi jenayah seksual melibatkan kanak-kanak pada 2013 di bawah 5%.      


Pada 2012 dan 2013, lebih 65% daripada semua mangsa serangan seksual adalah di bawah 18 tahun.        


Aktivis kanak-kanak terkenal, Dr Hartini Zainudin (gambar, kanan) berkata, angka itu mencerminkan kurangnya perlindungan yang diberikan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual.        


"Katakan seorang kanak-kanak melaporkan kesnya. Kepada siapa dia perlu laporkan? Ibu bapa cenderung untuk menafikannya.

"Apabila kanak-kanak mendapat peluang membuat laporan, dia akan disoal siasat berulang kali. Kanak-kanak akan menjadi keliru dan takut," katanya.        


Beliau banyak mengendalikan kes rogol di bawah umur 10 tahun, dan menurutnya, banyak yang tidak berjaya dibawa ke mahkamah.        Polis menganggap kanak-kanak sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai, kata Hartini.        

"Ia boleh mengambil masa sehingga 2 tahun bagi mahkamah untuk mengambil kes itu. Banyak kali penjenayah terlepas. Walaupun mereka ditangkap, sangat sedikit terapi dan pemulihan bagi pelakunya."        


Peningkatan perkahwinan kanak-kanak        Isu perkahwinan dan rogol kanak-kanak bawah usia di Malaysia adalah sesuatu yang rumit dan sensitif.        

Perkahwinan kanak-kanak adalah budaya dan bukan agama, tetapi di Malaysia ia sering disekat atas nama Islam.        


Di Malaysia, umur minimum perkahwinan yang sah ialah 18, tetapi bagi kanak-kanak perempuan Islam, 16 tahun.

Mereka yang berumur di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.        

Pada 2012, terdapat kira-kira 1,165 permohonan perkahwinan di mana pengantin perempuan dalam kebanyakan kes di bawah umur, berkahwin mengikut undang-undang.

Mahkamah Syariah Malaysia meluluskan 1,022 permohonan.      


Aktivis hak asasi Mitch Yusof percaya masyarakat tidak boleh menangani isu rogol kanak-kanak tanpa menangani isu penerimaan perkahwinan kanak-kanak.        

"Kita membenarkan perkahwinan kanak-kanak di Malaysia, jadi bagaimana kita boleh membuat undang-undang terhadapnya? Ada garis nipis membezakan sama ada pedofilia atau tidak," katanya.        


"Adakah umat Islam tertakluk kepada perkahwinan kanak-kanak, manakala orang bukan Islam tidak?"     


Aktivis kesal dengan hakikat yang pihak berkuasa mengambil masa lama untuk bersetuju dengan definisi penderaan seks kanak-kanak dan menggubal undang-undang lebih tegas terhadap pelaku.


Ini kata mereka menyebabkan lebih ramai kanak-kanak akan disakiti.

"Pedofilia adalah keinginan seksual terhadap objek: kanak-kanak. Itulah hakikatnya," kata Dr Ng dari Petaling Jaya.


"Apa yang diperlukan di Malaysia adalah satu akta ketat untuk melindungi kanak-kanak dan keluarga mereka."

– 13 Ogos, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.yPc2nMjq.dpuf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai panas hati baca pasal kea pedophile, rogol, apa2 yg menjatuhkan martabat wanita.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahwin kanak2 tu kenalah bertanggungjawab..jalnkn tanggungjawab sebgai suami...pedo tu rogol pastu buang gtu jer..mn sama..

Saper yg ckp sama mesti xtahu or xbelajar peranan dan tanggungjawab seorang suami terhadap isteri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 08:46 PM | Show all posts
tak sama. Paedo tu terang2 jenayah. Dia nak lepaskan seks saja dan kemudian lari dan nafsu seks seorang pedofilia sangat ganas. Kanak2 tanggung trauma sampai besar. Kahwin tu pula akan berlanjutan kepada tanggungjawab. Kanak2 yang jadi isteri itu tertakluk di bawah undang undang syariah, dan kalau ada apa2 perkara berbangkit pun boleh dibantu dengan undang undang.

Tapi aku pun tak sokonglah kahwin kanak-kanak. Dulu lain, dulu wanita memang terperuk kat dapur. Umur 15 tak kawin dah gelabah takut tak laku. Sekarang ni wanita juga berhak membina hidup dulu sebelum berkongsi hidup dgn orang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 09:04 PM | Show all posts
Paedo ni sex orientation dia pada kanak2

N dia tahu cara boleh lemparkan naluri dia selain dr kaedah kekerasan atau manipulasi emosi kanak2

Berbeza dgn gay ke lesbo...sex orientation yg sonsang ni kau boleh dpt suka sama suka.

Aku x rasa org yg paedo nak kan komitmen jangka panjang dgn mengahwini kanak2
Sbb by logic, kanak yg dia kahwin tu akan besar n tua
Melainkan dia target nk ada anak cpat pulak...

Org yg kahwin dgn kanak2 ni
Tak smestinya sbb sex
Sbb ada yg kahwin atas dasar tggjwb, janji keluarga dan mcm2
N biasanya akan tunggu kanak2 tu baligh n btul2 sedia baru buat hubungan sex
Ni kes kalau lelaki tu sex orientation nya normal la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap satu je...perogol ni dipotong je anu dia spy dia menyesal seumur hidup sb dia dh rosakkn masa depan wamita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2015 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
paedo ni suka budak2. bila budak tu dah besa dia xnak. kan da byk kes omputeh cmni. ada setengah tu,mangsa jd syg kat si paedo, dia plak yg tlg carikkan budak utk si paedo tu.

nak jadi gitu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 09:46 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 09:55 PM | Show all posts
Orange1 replied at 13-8-2015 09:46 PM
Nak buat mcm mana bapak segala pedo adalah junjungannn!

Spe tu ???
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmm cakap lebih kang ada jantan2 yang sentap dengan aku!
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:02 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:06 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:14 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:15 PM | Show all posts
Orange1 replied at 13-8-2015 10:02 PM
Dah ko tanyq aku kena jwb, muhamad lah sapa lagi...ai aicha umur 6 thn je pun masa dia rakussss sg ...

kesian ko, dh makan ubat belum
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:17 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 13-8-2015 10:20 PM
Orange1 replied at 13-8-2015 10:14 PM
Hellooooo lobainita, sujud sukorrr CI ni bukannya diperintah oleh mod2 dr kalangan lobaiiiiss n lo ...

akta hasutan tak boleh ke ambil tindakan atas posting sebegini?


so rude.

posting anda taraf bawah kaki apabila menghina nabi dan rasul.

sama ada  di akhirat esok  anda boleh menjawab boleh membawa percakapan sebegini - anda tak terfikirkah anda tu hanya manusia ?

atau pun di sana nanti anda akan terhegeh merayu syafaat?

saya hairan ye dan may be ada hikmah Allah dalam ilmu-Nya yg luas - meuwjudkan manusia seperti anda yg pada saya tak ada beza dengan segala 'alam ' yg saya belajar dalam biology.



Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:17 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 13-8-2015 10:06 PM
you are rude
biadab terhadap Nabi , rasul

biasa lh cik momod, aku pn kena cantas dgn si mod perang sewel tu, nk berhujah terus kena potong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 10:22 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:25 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:31 PM | Show all posts
orang yang cakap solution pada pedo ni ialah kahwinkan dengan kanak-kanak, memang bowdow... tinggi risiko dia akan rogol anak dia sendiri pula.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:31 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.205676 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list