CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8817|Reply: 97

[Tempatan] Warkah Buat Rakyat Malaysia: Najib Razak Umpama Kain Buruk...

[Copy link]
Post time 14-8-2015 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Warkah Buat Rakyat Malaysia: Najib Razak Umpama Kain Buruk, Kita Sedang Memusnahkan Negara Sendiri


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar.  SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan  atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.


9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.

10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur,  sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun  bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksud dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.

Wassalam,

Amin bin Yatim
Petaling Jaya
MYKMU.NET
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 03:21 PM | Show all posts
Mengalir air mata aku baca kebaikan Mohd Najib ni.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:22 PM | Show all posts
Tu gambaq terbaru ka, Mohd Najib duk merenung masa depan Arab?

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:26 PM | Show all posts
MELAYU MUDAH LUPA!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:28 PM | Show all posts
hahaha
adakah ini antara cyber trooper yg gigih nak dihire reramai ari tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:29 PM | Show all posts
truly replied at 14-8-2015 03:21 PM
Mengalir air mata aku baca kebaikan Mohd Najib ni.

aku plak baca sampai air hingus pon mengalir
terharu sgt baca kebaikkan seorg yg bernama mohd najib nih

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2015 03:31 PM | Show all posts
Barangsiapa yang mengetahui itu adalah suatu nikmat dan mengetahui pula dari mana nikmat itu berasal.. namun dia mengingkarinya sebagaimana orang yang mengingkari Allah yang memberi nikmat.. maka dia telah kafir..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:31 PM | Show all posts


..............ok lah tu.... berbaloi la dapat derma rm2.8b  ......... anak beranak hidup mewah ngalahkan kehidupan raja2 .... win some lose some .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 03:42 PM | Show all posts
bla bla bla..crap....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooohhh maikemut.net no wander la...ini mesti geng2 sejilatan pokcit AN nih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:47 PM | Show all posts
Sampai cirit2 aku baca tanda kekaguman atas jasa sumbangan najibuya
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kain buruk pun. Sampah masyarakat. takkan nak puji pulak buat hutang negara sampai 800b? Ringgit jatuh >rm4 sedolar. Sendiri ckp duit dana kena masuk akaun parti tp bila time dia sedap2 masuk akaun sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:58 PM | Show all posts
6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014


kalau dah meningkat kenapa hutang negara tidak dilangsaikan, bahkan meningkat setiap tahun.....

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by generate at 14-8-2015 04:01 PM

Hati bagai dicarik-carik mengenangkan penderitaan yang ditanggung Mohd Najib ni. Pilu dan hiba sangat baca pengorbanan dan kebaikan Mohd Najib ni.

#KipidapMohdNajib #DongibapMohdNajib #Pray4MohdNajib
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:58 PM | Show all posts
cara paksa sudah...failed

cara bodoh ( ahmad maslan ) sudah....failed

ni cara sendu mendayu2...kesian bacanyer....pun failed...

sorry no cure....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 04:06 PM | Show all posts
musangcomel replied at 14-8-2015 03:29 PM
aku plak baca sampai air hingus pon mengalir
terharu sgt baca kebaikkan seorg yg bernama mohd naj ...

Itu lah, mula ingat sapaaaaa la Mohd Najib ni, baik sangat hahahahahaa rupanya dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 04:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 04:12 PM | Show all posts
truly replied at 14-8-2015 03:21 PM
Mengalir air mata aku baca kebaikan Mohd Najib ni.

iolls pun...rasa nak hentak2 kepala kat dinding ni....
















Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 04:13 PM | Show all posts

aku leh bayangkan muka ko baca karangan tu mesti cam kucing ni kak


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 04:13 PM | Show all posts

ini bijibijian mana pulak duk asah2 kuku....awatnya tak cukup ke duit derma yg dpt ritu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.092059 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list