CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2180|Reply: 16

[Tempatan] Motosikal tua pengganti arwah isteri

[Copy link]
Post time 14-8-2015 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Motosikal tua teman setia
Oleh Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my


PUTEH dengan motosikalnya di Cheng, Melaka.

Melaka: Motosikal Honda C70 milik Puteh Arshat, 76, dianggapnya sebagai pengganti arwah isterinya. Ini kerana, Puteh kerap menghabiskan masa menunggang motosikal itu mengelilingi bandar Melaka sejak 20 tahun lalu untuk menghilangkan rasa sunyi.

Puteh yang menetap di Kampung Bertam, Malim di sini, membeli Honda C70 itu ketika berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Bentong, Pahang dan motosikal berkenaan mula menjadi penemannya selepas isterinya meninggal dunia 26 tahun lalu.

Bagi Puteh, motosikal yang dibeli sekitar 1970-an itu adalah teman sejatinya sejak dia mula bekerja sehingga selepas bersara dan tidak pernah berhajat menjual atau membeli kereta bagi menggantikan motosikal berkenaan.

“Ketika muda, saya pernah menunggangnya dari Bentong ke Melaka atau daerah di negeri ini untuk menghilangkan rasa bosan. Namun faktor usia dan kesihatan menyebabkan saya kini hanya menunggang sekitar bandar Melaka.

“Lokasi yang kerap menjadi persinggahan saya ialah Bertam Malim, Pulau Gadung, Cheng, Malim dan Tanjung Minyak. Ia bertujuan menceriakan diri selain bertemu rakan lama,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 6:49 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/70248
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 03:23 PM | Show all posts
Honda C70 dianggapnya sebagai pengganti arwah isteri. Hurmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:31 PM | Show all posts
semoga atuk ni diberikan kesihatan yang baik. aminnn...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:32 PM | Show all posts
perghhh...moto klasik...1st hand plak tu...mest tiptop condition
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 03:43 PM | Show all posts
mutu C70 lampu bulat ni mmg lejen nih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 04:01 PM | Show all posts
BlueRose99 replied at 14-8-2015 03:23 PM
Honda C70 dianggapnya sebagai pengganti arwah isteri. Hurmmm..

ok la tu...dia x carik bini lain...setia hujung nyawa
** eh tapi betul ke atuk ni tak kawin lain ek lepas isteri dia meninggal

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2015 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebijik mcm kisah hidup bapak aku lani. Semenjak mak aku meninggal dunia, ayah aku boleh katakan hari2 naik moto modenas kriss kepunyaan arwah mak aku tu, ronda sana sini, pi kedai la, tak pun pi jumpa kawan2 lama dia, tak pun balik ke kg dia. Susah ayah aku nk dok terperap kt umh, mesti nak kuar rumah naik moto arwah mak. Aku risau dgn ayah aku tu, lgpun kesihatan dia dh kurang skit lani. Tak bg dia keluaq nti dia ckp sunyi dok kt umah. Hmmm takleh nk ckp apa la klau cmtu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 04:13 PM | Show all posts
cap bulat woi, motor ayah aku dulu. legend
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 04:49 PM | Show all posts
terdaya lagi pakcik ni nak naik  motor
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 05:53 PM | Show all posts
aku tanya isteri aku pasal ni dia mintak BMW X9 dah2 tua gigih aku nak naik BMW pusing kampung, nanti janda mintak tumpang....dah kena bebel.....aku tanya jeeeeee yesal aku tanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 06:40 PM | Show all posts
kalau betul 26 tahun selepas isteri meninggal, pokcit ni xkawin lain memang setia sangat la
jarang ada lelaki mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 07:29 PM | Show all posts
Ok je kalau pakcik tu gembira kan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 07:48 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 14-8-2015 04:06 PM
Sebijik mcm kisah hidup bapak aku lani. Semenjak mak aku meninggal dunia, ayah aku boleh katakan har ...

well...bless him. let him be. biaq pi kat dia - itu cara dia manage loneliness atau coping dengan ketiadaan isterinya macam tu. biaq pi , dia happy , sebab dia dapat  socialising - bersosial dengan gan gang dia , dan ini penting sangat untuk kesejahteraan emosi dan psikologi dia , so pada i - biaq pi. cuma pesan kat dia suh habaq  kat sesiapa yg diakeluaq , kot kot jadi apa tengah jalan  , boleh minta tolong.

kalau kita bagi dia dok rumah , nanti dia lonely , atau terpuruk pun tak bagus. so let him be, bagi dia aktiviti - pi travel ke ikut rombongan  ke ape , bagus jugak.

he is coping tu ...tak pa aih...let him be.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:20 PM | Show all posts
mak_wa95 replied at 14-8-2015 06:40 PM
kalau betul 26 tahun selepas isteri meninggal, pokcit ni xkawin lain memang setia sangat la
jarang  ...

kan salute lelaki macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:25 PM | Show all posts
cucuq replied at 14-8-2015 11:20 PM
kan salute lelaki macam ni..

tabik la pokcit..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:29 PM | Show all posts

susah nak dapat lelaki mcm ni hope cucuq dapat lelaki setia macam ni huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 11:32 PM | Show all posts
cucuq replied at 14-8-2015 11:29 PM
susah nak dapat lelaki mcm ni hope cucuq dapat lelaki setia macam ni huhu

sapa2 pun mengharapkan mcm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.075058 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list