CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3310|Reply: 11

[Tempatan] 6 Tahun Pentadbiran Najib, HAPRAK??? Meh sini nak tolong jawab..

 Close [Copy link]
Post time 17-8-2015 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by padiyappa at 17-8-2015 08:45 AM

SUMBER : SUARA MELAYU BARU

Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai cerita berhubung kemelut politik negara khususnya berkaitan kepimpinan YAB PM. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia, baik dari pihak pembangkang mahupun dari kalangan pemimpin dan ahli2 UMNO BN sendiri. Tidak kiralah samada kalangan mereka mempunyai kepentingan politik atau yang sekadar ikut-ikutan. Semuanya beranggapan seolah-olah Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita, walau sedikit kebaikan...


Ada yang sampai beranggapan 6 tahun pentadbiran Najib adalah sia-sia dan dengan angkuh mempersoalkan "Apa yg Najib dah buat selama jd PM... Abuk pun tarak"... Bagi aku, tak kisahla kalau korang nk bangkang atau bencikan Najib, itu hak korang... tp biarlah bangkang dgn bijak dan adil... tak perlu nk tolak mentah2 100 peratus apa yg telah Najib buat semata-mata nk tunjukkan tahap kebencian korang...


Rasa sedih bercampur geram apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Najib.

Memang dalam masa lapan bulan ini Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar.  SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan  atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran, Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

Selama lima tahun Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.


Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.


Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.


Bencinya mereka kepada Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.


Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Najib.

Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur,  sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.


Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun  bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.


Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing.  Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?


By Padiyappa


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Seperti biasa...mekdi dan kepsi adalah part of analysis. ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
HahahahahahahahahahahahhahahahahahHahahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 08:48 AM | Show all posts
salah bod barangkali? patut di campak ke bod lawak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 08:51 AM | Show all posts
Klu takde angin masakan pokok bergoyang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jengkoil at 17-8-2015 08:53 AM

.
Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus....  
APAAAAKKK  LU!!!!
http://mforum.cari.com.my/forum. ... =sabah&mobile=2
tu tak masuk lg bab heret nga kerbau nak gi spital..ni sume pitenah DAPigs
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2015 08:59 AM | Show all posts
dah ada yg tepek la artikel tu

@perang_sivil @sepaileman @spiderman80

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 09:05 AM | Show all posts
ni kut trooper yang dia bayor

dah dapat duit kene wat keje laa..

sure mahai dapat..busuk2 ribu2..

kalo 1 artikel leh dapat beribu..beruk lam utan pun nak join

taik babiiiii pun ada jasa or kebaikan..nikan plak ajib

oang dok tanya pasai pa berbiliun masuk akaun peribadi? untuk apa?

kalo untuk election..pasai pa teruk gak keputusan election

pasai pa kaum cina ramai dah takmo sokong BN? uloq duit pun takmo sokong gak..pasai pa

cash is KING? ni bukan ke kekdah iblis..ingat duit bleh beli HONOUR manusia? maruah manusia?

maruah melayu maybe kut

oang cina oang india tu seme hamba Allah gak..depa ada maruah gak..depa ada malu gak..ingat apa?

ni PM yang ingat duit boleh beli apa saja, sapa saja, dia dah lupa siapa Allah swt !!!

duit tu macam kete je, kemudahan nak sopping takyah angkut gold nugget or coin nak bayo shopkeeper

serupa macam kereta , mewah camna low class camna bergantung akhlak pemandu gak

duit tu bergantung akhlak yang ada duit tu gak..duit tu ada HAK ORANG LAIN tak, ntah2 ada hak oang miskin, oang OKU, hak anak yatim...so sudah bersih kaa rezki duit tuh?

seme2 ni kene tau gak..islam tu kebersihan, rezki bersih, hidup bersih, otak bersih so akhlak bersih , seme ni di tunjangi dari soal IMAN.. percaya pada Allah swt nomo satu, so kene wajib kenal siapa Allah swt haaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
actually masa mahathir lg teruk. tiada kebebasan bersuara

dan sebaik shj mahathir mulakan pembinaan putrajaya. dari situ ramai indon bangla x nk balik negara masing2. begitu jugak dgn hutang. kita x pernah pulih dari beban hutang dan ekonomi sejak 1998

tapi ni x bermakna najib lebih baik. cuma takde beza antara 2 pm ni. so 2x5 dan 5x2
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 09:20 AM | Show all posts
jika seseorang yang waras
tidak mengikuti perkembangan media maya,

dan sekadar membaca tanpa terlalu
ambil serius

pasti beliau mendapati segala persepsi
yang cuba diwujudkan hanyalah kepalsuan
semata2

situasi sebenar dalam dunia realiti
dengan keadaan harmoni dan teratur, dengan ekonomi yang
kekal berkembang pesat,

membuktikan sistem pentadbiran di malaysia
kekal utuh dan tersusun
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 09:21 AM | Show all posts
jengkoil replied at 17-8-2015 08:45 AM
Seperti biasa...mekdi dan kepsi adalah part of analysis. ..

itu bukan utama...

yg utama perlu dilihat adalah peningkatan pelaburan asing sejak Zaman Najib yg berlipat ganda telah meningkatkan ekonomi negara, menyediakan lebih
banyak peluang pekerjaan kepada rakyat, menambah pendapatan negara.

Selama lima tahun Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 09:30 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 17-8-2015 08:59 AM
dah ada yg tepek la artikel tu

@perang_sivil @sepaileman @spiderman80

Betul, dah ada. http://mforum.cari.com.my/forum. ... Umpama&mobile=2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.082053 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list