CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1494|Reply: 1

Kejar 8 Perkara Ini Selagi Anda Muda

[Copy link]
Post time 19-8-2015 10:58 AM | Show all posts |Read mode

                    Umur mungkin sekadar angka, tetapi kita sendiri kena sedar bahawa pertambahan umur akan mengubah bentuk fizikal dan semangat setiap hari mengikut hormon. Kadang akan rasa moody dan tetiba terlebih excited untuk berbuat sesuatu mengikut perancangan. Jadi seeloknya anda nikmatilah segala hal ketika muda sepuas-puasnya. Cuba tengok sebab lain pula...


        1. Cari minat          Cuba cari minat sendiri untuk buat sesuatu, jangan paksa diri atau ikut cara orang. Selagi tidak mencapai kehendak, anda perlu usaha keras jika tidak mahu menyesal di kemudian hari.


        2. Kejar matlamat        Jika anda bersemangat tentang apa pun, kejar ketika usia masih muda. Selalu dah berkahwin ada pula macam-macam halangan, anak dan pasangan lebih utama. Matlamat dah jadi yang terakhir sebab selalu di ketepikan.


        3. Lakukan terbaik dalam karier        Selalu tukar kerja? Jangan risau, waktu muda memang kena cari banyak pengalaman. Kita sendiri tidak tahu kerjaya mana yang lebih sesuai dan menjamin masa depan. Kalau mampu, buatlah dua kerja. Rezeki dalam waktu usia muda banyak ruang dan masa, jadi anda boleh fokus lebih.


        4. Menabung         Kena ada simpanan waktu muda sebab kita tak tahu hari akan datang apa yang kita perlukan. Siapa tahu tabung anda itu sangat membantu keluarga sendiri atau mungkin jodoh datang bergolek. Jadi, tabung itu yang jadi semangat. Dan setelah berumah tangga belum tentu anda mampu menyimpan.


        5. Hargai keluarga        Serius, hanya zaman muda ini anda boleh rasakan nikmat kekeluargaan. Mampu gelak ketawa mencuit hati bersama adik beradik. Curilah masa untuk belanja ibu ayah dan lebih menarik bercuti bersama. Bukan bermakna apabila berkahwin jadi makin jauh tetapi pastinya payah untuk anda cari peluang untuk berkumpul bersama, tambah pula masing-masing ada komitmen dan tanggung jawab kerja.


        6. Baca buku & belajar        Ilmu kena kejar sampai tua. Tetapi kalau pulun zaman muda itu dikira satu bonus buat anda. Lagi pun membaca usia muda, otak lebih cepat 'tangkap' dan segar!


        7. Tolak sikap buruk        Tak perlu ghairah ikut budaya oang luar, cuba bangkit dengan cara sendiri dan tonjol sikap yang positif. Rokok dan alkohol kena jauhkan kalau sayangkan masa depan anda.


        8.Jatuh cinta         Bukan boleh dibuat-buat tetapi jika sekali perasaan terpaut akan seseorang anda perlu teruskan. Hargai peluang untuk rasa disayangi tetapi jangan sampai jadi playboy atau playgirl. Dapatkan cara baik dan nak lepas pun kena cara yang elok. Agak ada rezeki lebih boleh terus ikat untuk mencari berkat.




        Ok wanita, selamilah dunia muda tanpa memberontak. Mungkin mak-mak boleh membuka sedikit ruang untuk anak-anak. Jangan sampai anda menyesal di kemudian hari sebab tidak dapat buat sesuatu yang disukai. Esok-esok dah boleh melangkah setapak untuk membina sebuah kejayaan dalm hidup!
mingguanwanita

               



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2015 11:42 AM | Show all posts
Nice sharing!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.063975 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list