CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1889|Reply: 11

[Tempatan] Serangan pepijat Stagefright ke telefon Android: 8 perkara anda perlu tahu

[Copy link]
Post time 19-8-2015 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Serangan pepijat Stagefright ke telefon Android: 8 perkara anda perlu tahu
Madiha Abdullah, Astro Awani | Diterbitkan pada Ogos 19, 2015 09:41 MYT


Pengguna dinasihatkan agar menutup (disable) satu opsyen dipanggil Auto retrieve MMS yang terdapat dalam aplikasi Hangouts bagi mengurangkan risiko.

KUALA LUMPUR:
Sejenis pepijat baharu dikesan menyerang telefon pintar Android melalui alat rakaman multimedia yang dinamakan Stagefright.

Serangan pepijat ini sangat membimbangkan bukan sahaja pengguna malah turut memeningkan syarikat pengeluar telefon pintar.

Kami senaraikan apa yang anda perlu tahu tentang Stagefright dan bagaimana anda boleh mengurangkan risiko telefon anda diserang pepijat ini.

1. Stagefright bertindak dengan cara menghantar pesanan berbentuk MMS ke telefon, dan apa yang menakutkan ialah pengguna tidak perlu membuka MMS berkenaan untuk membolehkan pepijat itu memasuki sistem telefon. Sebaliknya, aplikasi Hangouts yang terdapat dalam telefon akan memproses MMS tersebut secara automatik dan ia terus dimasukkan ke dalam galeri telefon anda.

2. Penggodam kemudiannya akan dapat mengawal telefon anda, sebelum anda sendiri sedar akan kewujudan MMS itu. Penggodam akan dapat mengakses semua data dalam telefon anda, termasuk menyalin atau membuang fail sedia ada. Ia juga memberi akses kepada penggodam untuk mengendali mikrofon dan kamera telefon anda, selain turut berupaya mengawal bluetooth.

3. Setakat ini, ada beberapa jenis telefon Android yang mana sistem keselamatannya telah dikemaskini untuk menentang serangan Stagefright. Antaranya adalah:

a. Samsung Galaxy S5, S6, S6 Edge, dan Note Edge
b. HTC’s One M7, One M8 dan One M9
c. LG’s G2, G3, G4
d. Sony’s Xperia Z2, Xperia Z3, Xperia Z4, dan Xperia Z3 Compact

4. Walaupun begitu, pengguna mungkin tidak akan menerima kemaskini tersebut serta-merta. Ia dikatakan punya kaitan dengan pembekal jaringan mudah alih (mobile carrier), selain masalah dari pihak pengeluar sendiri.

5. Untuk membantu membanteras serangan pepijat ini, pengguna dinasihatkan agar menutup (disable) satu opsyen dipanggil Auto retrieve MMS yang terdapat dalam aplikasi Hangouts.

6. Anda mungkin perlu membuat perubahan pada aplikasi pesanan, iaitu aplikasi yang anda guna untuk menghantar dan menerima SMS atau mesej-mesej MMS setiap hari. Jika anda sememangnya pengguna Hangouts, anda dicadangkan agar turut membuat perubahan sama di aplikasi pesanan yang lain juga.
7. Jika telefon anda tidak mempunyai opsyen Auto retrieve MMS, anda dikira terselamat.

8. Menutup opsyen Auto retrieve MMS bagaimanapun tidak menjamin telefon anda terselamat, tetapi ia mampu mengurangkan risiko diserang.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 11:40 AM | Show all posts
inilah keindahan android....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 11:49 AM | Show all posts
ada user ke apps Hangouts nih?

mcm set2 kertu je yg hadap.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 11:56 AM | Show all posts
iOs xde la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur pengguna iphone selamat cik kak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 12:26 PM | Show all posts
aku tak pernah pakai hangouts..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2015 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x silap la...hangout ni apps dr google...so once uols nk gunakan phone android....automatically app hangout ni akan ada....tp iols x tau la kalau delete apa jd dgn apps google yg lain yg ade kt phone ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 02:20 PM | Show all posts
Mari guna windows 10
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh nak disable auto mms to.. so sy disable jer software tu terus... tak pernah pulak guna benda ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 04:13 PM | Show all posts
bellaa replied at 19-8-2015 11:49 AM
ada user ke apps Hangouts nih?

mcm set2 kertu je yg hadap.

opis aku guna hangouts....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 04:16 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 19-8-2015 12:16 PM
Syukur pengguna iphone selamat cik kak.

ios pun ade security flaws jugak.... but most klau dijailbreak... pastu install app dr unreliable source....klau guna mcm biasa takyah risau....
takyah gigih install antivirus... anti malware segala..... klau ade isu pun within month ade update..... klau android ni kesian yg pakai phone lebih setahun lama.... mana ade upgrade..... so bertabahlah.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 05:11 PM | Show all posts
ada app hangouts tapi tak pernah activate...apa akan jadi? nak kena activate kan ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.062660 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list