CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

Linda Onn, Suria FM diperintah bayar ganti rugi RM50,000 kepada MOY

[Copy link]
Post time 21-8-2015 06:15 PM | Show all posts
http://www.malaysiakini.com/news/308126

Al-fatihah untuk APO? dan Ujang

Seperti direnjat elektrik, seluruh peminat kartun dan komik tanah air terkejut dengan penutupan penerbitan majalah Ujang dan APO?.

Tanggal 6 Ogos 2015, MOY Publications menghentikan penerbitan dua majalah gergasi yang pernah menjadi jaguh pasaran tempatan sekaligus bermakna Ujang dan APO? turut menyertai arwah-arwah majalah kartun terdahulu.

Ujang dan APO? dimakamkan bersama Gelihati, Mat Jenin, Batu Api serta berpuluh majalah kartun tanahair yang pernah mewarnai industri kartun dan komik tanahair.

Sejarah ringkas

Majalah Ujang muncul di pasaran pada tahun 1993 di bawah Kharisma Publications. Dengan cogankata Majalah Lawak Antarabangsa, kartunis Ujang (Ibrahim Anon) yang telah mencipta kegemilangan di majalah Gila-Gila mengorak langkah menerbitkan majalah Ujang bersama kartunis popular seperti Gayour, Nik dan Aie.

Beberapa kartunis yang sedang mencipta nama dididik, diberi nama baru yang segar dan subur seperti Bijan, Sukun, Jering, Ubi, Duku, Halia dan Sireh (sekadar menyebut beberapa nama) juga penulis Azzam Supardi membentuk sebuah pasukan produksi yang mantap sehingga edaran setiap keluaran mencecah lebih 200,000 naskhah.

Maskot Din Beramboi menjadi fenomena sehingga direbut beberapa pihak. Peminat-peminat tidak sabar menanti kemunculan setiap isu untuk membaca kisah 'Abe', 'Bersama Selamanya', 'Aku Hidup Dalam Blues', 'Budak Hostel' dan lain-lain.

Watak kartun lerang (strip cartoon) seperti Murahguru Tandoori Payat, Pak Andak dan Angah, Bas Mini 222 mencuit hati. Majalah kartun sedia ada sedikit tergugat dan perlahan-lahan terikut juga corak persembahan Ujang.

Apabila kartunis Ujang (Ibrahim Anon) meninggalkan majalah tersebut, MOY Publications mengambilalih penerbitan majalah Ujang dan mengawal hakcipta dan harta intelek sehingga kartunis Ujang sendiri tidak dibenarkan berkarya menggunakan nama samaran Ujang.

Meskipun diboikot sebahagian besar peminat tegar kartunis Ujang (Ibrahim Anon), majalah Ujang di bawah MOY Publications terus menjuarai pasaran, melonjak dengan gabungan barisan kartunis asal dan muka baru.

Majalah APO? muncul empat tahun selepas majalah Ujang. Juga diterbitkan oleh MOY Publications dengan kartunis Petai teraju utamanya bersama kartunis Sireh, Rambai, Ah Liow dan Blue (sekadar menyebut beberapa nama).

APO? bermula dengan konsep gabungan komik lucu dan serius. Pelukis komik tanahair seperti Zoy, Fazrul Arhan dan Nizam Bachok turut memeriahkan keluaran awalnya. Edisi pengenalan APO? dipasarkan dengan harga murah gila, RM1 sahaja senaskhah.

Atas faktor keuntungan barangkali, konsep APO? kemudiannya ditukar menjadi seratus peratus humor atau menjadi majalah Ujang nombor dua. Keduanya bersaing sesama sendiri. Banyak juga majalah baru muncul dengan konsep seperti mereka tetapi gagal bertahan. Ujang dan APO? mengungguli pasaran selama dua puluh tahun.

Zaman kejatuhan

Entah di mana silapnya, majalah kartun bercorak ke-Malaysiaan perlahan-lahan tewas kepada komik manga terjemahan dari Jepun yang mula menyerang pasaran. Syarikat penerbitan majalah baru juga cenderung menerbitkan majalah kartun berbahasa Melayu berkonsepkan manga.

Penerbitan manga umpama virus yang menyerang antibodi majalah kartun beridentitikan kebangsaan. Ujang dan APO? juga dijangkiti virus ini sehingga terpaksa akur dan mengikut sedikit rentak mereka. Kartun online pula melancarkan serangan ke atas generasi baru.

Dengan menekan papan kekunci dan melayari internet, anak-anak tidak perlu lagi keluar mencari majalah di kedai. Baca sahaja di skrin komputer atau telefon pintar. Kemunculan permainan video seterusnya menjadi pelengkap kepada siri pembunuhan ini.

Cuba letakkan telefon pintar dan majalah kartun di atas meja, yang mana akan dipilih oleh anak kita? Majalah kertas tergugat. Kartunis yang berkarya dengan konsep keMalaysiaan tersudut apabila kisah bagaimana membuat gasing, mandi sungai, pergi mengaji tidak lagi menangkap imaginasi generasi hari ini. Jualan semakin menyusut.

Keruh di hulu, maka keruh di hilir

Seperti pepatah di atas, itulah yang diakui oleh orang kuat MOY Publications. Ekonomi yang tidak stabil, nilai matawang jatuh dan Government Service Tax (GST) menyebabkan kos operasi meningkat. Harga kertas naik, elektrik dan petrol mencanak sehingga mempengaruhi produksi.

Justeru, setelah segala kemunasabahan dihitung, bebanan yang tinggi dan tidak berbaloi, MOY Publications terpaksa akur dan menutup penerbitan majalah Ujang dan APO?. Untuk rekod, MOY Publications juga pernah menerbitkan majalah Era@MOY, Blues Selamanya dan sebuah majalah kartun bahasa Cina, Sot Sot tetapi tidak bertahan lama.

Meskipun majalah ditutup, MOY Publications khabarnya sedang berusaha membawa kartun dan kartunisnya berkarya di alam maya. Erti kata lain untuk menyedapkan hati ialah dunia kartun dan komik masih belum mati, cuma berpindah dunia dari alam kertas ke alam skrin.

Tetapi bagi peminat, kematian majalah adalah kematian industri. Seperti siri Battle Royal dalam sukan gusti, kesemua majalah telah tersingkir tewas dan hari ini cuma tinggal majalah Gila-Gila satu-satunya majalah beridentitikan kebangsaan, tanpa pengaruh manga, yang masih hidup. Sungguhpun edarannya kecil tetapi Gila-Gila terus bertahan untuk tahun ketiga puluh tujuh.

Berita terkini dari teman-teman, atas nama solidariti dan tidak ingin melihat khazanah kartun terkubur, kartunis Ujang (Ibrahim Anon) dan beberapa kartunis kembali berjuang membantu Gila-Gila meneruskan nafas.

Apakah Gila-Gila mampu mengharungi arus deras masa kini? Apakah nasib kartunis hanya duduk melukis karikatur di sudut pusat membeli-belah dan tidak berpeluang lagi bangun gagah mengangkat semula martabat kartun Malaysia?

Akan wujudkah kesedaran masyarakat terhadap hidup mati salah satu cabang seni lukis negara kita ini? Wallahua’lam. Buat masa ini, al-Fatihah untuk APO? dan Ujang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 06:16 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 21-8-2015 05:56 PM
mohon buat filem adaptasia kisah benar penganiayaan MOY terhadap Ibrahim Anon (Ujang) ke bentuk file ...

nsem plak Ujang bila xde janggut
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 06:20 PM | Show all posts
Iols siyesly taktau pape pasal isu ni. Informative sungguh benang ni.
Tumpang baca ye.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
nyesal lak tak beli majalah ujang gila-gila masapesta buku kat pwtc baru baru ni...
atleast boleh release tension light reading kan..
.
zaman kecik dulu penah gune duit raya yang tak seberapa tu untuk beli majalah ujang/gila-gila/apo...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape jahat sgt moy ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 06:49 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 21-8-2015 05:26 PM
MOY ni sekat semua copyright, nama, brand Ujang drpd kartunis Ujang (b4 that dia tarik ujang kelua ...

katanya Ujang bulan 10 ni dah mula buat komik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2015 06:54 PM | Show all posts
Edited by Syd at 21-8-2015 06:57 PM
sepitsiput replied at 21-8-2015 05:56 PM
mohon buat filem adaptasia kisah benar penganiayaan MOY terhadap Ibrahim Anon (Ujang) ke bentuk file ...

4:31PM - 12 Aug 2015Ujang 'original' hidup semula Oktober ini

Ujang belum 'mati' dengan berakhirnya penerbitan majalah menggunakan watak itu awal bulan ini.

Bagi peminat kartun, mereka boleh mengikuti watak itu - dalam bentuk asli - tidak lama lagi apabila 'Ujang original' kembali mewarnai seni kartun negara.

Kartunis yang bertanggungjawab menghidupkan watak itu, Ujang berkata, melalui majalah Gila Gila 'yang diperkukuhkan' watak kartun itu akan muncul untuk menghiburkan peminat serta orang ramai.

Ia menjadi lebih menarik kerana selain Ujang, majalah itu juga akan diceriakan dengan ramai kartunis lain, termasuk Ubi, Taugeh, Tembakau, Aie selain Jaafar Taib sendiri.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ujang berkata, mereka mahu menjadikan majalah Gila Gila yang pernah menghiburkan jutaan peminatnya dulu kembali sebagai peneraju seni kartun.

Sebenarnya Ujang - atau nama sebenarnya Ibrahim Anon - adalah kartunis yang mencipta watak kartun berkenaan dalam majalah Gila Gila pada 1984.

Gagal selesai kemelut

Kira-kira 10 tahun kemudian, beliau melepaskan jawatannya sebagai ketua kartunis di Gila Gila untuk menerbitkan majalah Ujang dibawah penerbitan Kharisma Publication. Ramai bakat baru dipupuk melalui majalah itu seperti Gayour, Aie, Duku, Ciku dan ramai lagi.

Namun pada penghujung 1990-an Ujang berdepan ujian apabila dia terikat dengan ketetapan perundangan yang menghalangnya menerbit atau menggunakan produk kartun menggunakan watak yang pernah diciptanya sendiri - Ujang.

Berdepan kesukaran Ujang cuba menyelesaikan isu itu tetapi gagal.

Menceritakan sedikit pengalamannya, Ujang berkata tiada istilah lain kecuali "teraniaya" apabila namanya diambil tanpa diberi sebarang bayaran.

"Ada kontrak yang memperincikan mengenai perkongsian keuntungan, hak milik dan sebagainya tetapi semuanya dihilangkan. Macam kes 1MDB juga," katanya separa bergurau.

Lebih menyedihkan, Ujang berkata, semua karya tulisannya dalam penerbitan terdahulu disiar tanpa namanya dan digantikan dengan nama orang lain.

"Itu siapa cakap bukan penganiayaan, memang sesuai kena tempeleng," katanya tersenyum.

Zuhur ke Asar

Ujang kemudian menceburi bidang sama sekali lain daripada kartun, iaitu menawarkan pakej memancing atau pengalaman berekspedisi ke Taman Negara menaiki rumah terapung di Tasik Kenyir.

Untuk menuntut haknya, Ujang berkata dia pernah pergi ke rumah majikannya dan cuba berbincang.

Bagaimanapun, katanya, misi itu gagal walaupun dia menunggu di depan rumah majikannya itu "dari Zuhur hingga ke Asar".

Mengenai projek terbarunya, Ujang berkata, dia dan beberapa kartunis lain akan bekerjasama memperkuatkan Gila Gila.

"Kami nak buat kartun yang berkualiti dan menghiburkan rakyat Malaysia. Kami buat sebab kami sayang," katanya.

Mengulas lanjut, Ujang memberikan contoh "membaik pulih rumah pusaka di kampung".

"Walaupun kita ada banglo di kota, berhari raya di rumah pusaka itu lebih indah dan bahagia," katanya.

Pada 6 Ogos lalu syarikat penerbitan yang menghasilkan majalah Ujang dan Apo? menyatakan untuk menutup operasi merekaekoran kenaikan kos operasi dan bebanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).



Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 21-8-2015 06:01 PM
curlastt kaka sepit... siap pilih pelakon dah.. tapi mmg kesian Ujang ni..padahal dulu2 kartu ...

Iols pun ade baca aku budak minang tu..siap sedih gila ms nenek dia meninggal n ujang rs mak dia pilih kasih..mana ntah buku tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 07:02 PM | Show all posts
paksu aku dulu collector majalah GG...berkotak2

aku lak collector majalah Ujang esp edisi bumber...sekali kazen/anak buah berkumpul, satu2 MIA
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dalam 2 minggu lepas bernama radio ada interview anak MOY ni tanya pasal majalah ujang yg dah lingkup tu..ada ditanyakan jugak pasal hak royalti untuk kartunis ujang, aie & lain2...misalnya kartunis ujang nama dia dipadamkan sebagai penulis kartun bersiri ABE..aie pun dipadamkan sebagai kartunis buku blues untuk aku..ubi pulak diblock dari akses kartun bersiri aku, dia & volkswagen...

jawapan tu bagi aku, tak patut..anak MOY jawab itu nak menunjukkan yang kita ada kuasa..kita boleh cerita perkara sebenar tapi kita tak nak aibkan mana2 pihak..camtula..

bagi aku despite apa pun yg berlaku antara MOY & ujang, merampas hakcipta ujang tu memang melampau la..tak tau malu..ko boleh cakap apa sajalah, tapi yg nyatanya ko tak tau malu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 21-8-2015 05:34 PM
chuols

majalah Ujang, Apo? under MOY (jangka hayat 1993 - 2015)

Serious ada lagi majalah geli hati????? Waktu i sekolah rendah dulu selalu sangat tahan van apek tu nak beli majalah gelihati dgn ujang. Lepas apek tu mati i dah mati kutu tatau mana nak dapat geli hati...

I tatau pun ada lagi majalah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 21-8-2015 05:56 PM
mohon buat filem adaptasia kisah benar penganiayaan MOY terhadap Ibrahim Anon (Ujang) ke bentuk file ...

ape ni dua2 pelakon I taste.i x taste kt ujang & moy je.fed up dgn cerita lara derang.wpun pernah suke baca ujang
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasatny hak cipta dpt kt company.pelukis asal xdpt sesen pon copyright.dasar kapitalis.bole pulk ye mcm tu..ad sesapa yg dduk dlm bidang ni bole seplen? Nma ujang tu kn dr zmn gila2 lg.cane bole jd hak copyright company.dia xbole buktikn ke yg dia mmg pki nma tu dr dlu? Mari kita doakn ujang n kwn2 jd lebih berjya dr bekas employee dia. Aku hrp 1hri nti dato tu sujud ats kaki ujang n fren ats kezaliman dia..tu dia!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
toxicated replied at 21-8-2015 05:34 PM
Sape laa nak beli majalah2 tu lagi semua info ujung jari jah..sokkaba pun jabatan2 kerajaan jah du ...

Ada peminatnya.. Macam i ni ha oldskol sikit, buku2 and komik2 kena baca yang printed punya. Rumah i penuh shin chan dengan xhunter yg collect dari time kolej.

Collection ujang, gila gila dengan gelihati habis mak pi jual kat "india suratkabarlama" time i belajar kat uni dulu. Sedih gila, drama swasta 2 minggu x cakap dgn makm huhuhu.

Sekarang ada collection siri yg i suka ja.. Macam 3 dara pingitan, Aku budak minang, aca, Aku dan sesuatu(aie) dan Abe.

Time MOY take over mmg ujang dah tak kelakar.. Over sangat kartun2 dia tak macam time before MOY. katun kartunis Ujang dan geng seangkatan dgn dia close to realiti.. Kita boleh relate watak dgn real life kita. Cerita Aku Budak Minang dgn Abe tu sangat epik.. Patut translate ke bahasa lain dan cormersialkan. Kalau translate Abe tu dlm bahasa arab mesti bleh laku.. Penuh pengajaran..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 07:28 PM | Show all posts
Edited by qqOfficial at 21-8-2015 07:35 PM
sepitsiput replied at 21-8-2015 05:30 PM
kalau bab Lofa tu meols mmg setuju 100% ... lofa lah pengacara terbimboo abad ni..latest, masa int ...

meols setujukkk...lofa tu apsall bimboo sgtt lately ni....

masa meletop yg ada guest hisham hamid, anzalna, miera lyana nak promote telenovela memori cinta suraya...and the sametime nabil ada baca info mengenai AF..so nabil bgtau lepas ni retis2 semua mesti kene jemput ngan produksi AF utk buat kezutannnnn...  lepas tu nabil menganjing hisham hamid...  dia bgtau ..hah ..hisham mesti kena jemput and buat aksi ngan peserta (macam tu ayat dia....) lepas tu diorg gelak2....

sah2 kes hisham hamid and kezutan ngan diva kekwat kak ipah masa gegarvaganzahhh....  terus semua gelak2...sampai merah muka hisham tp lopak.....   errrrr.... lpakk?? tetiba dia blur and buat muka tak paham sampai terjerit2 .....  ayooo  lopakkk..!! kes hisham ngan kak ipah tu laa..antara kontroversi hangat 1 malayaa... even wanita urban anzalna and miera tu pun paham kes apa...  

upsss teroff topik lak TT ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 21-8-2015 05:44 PM
@joey_mcintyre



Mmg tabik sangat dengan info ni... Makasih kak sepit.. Ioll sangat sangat menghargainya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 21-8-2015 06:02 PM
choy!

ke datuk othman tu ada dlm porem ni?

Dulu Aie lepas keluar dari MOY ada keluar komik Aku dan Sesuatu.. Hensem dan lawa lawa sangat character dalam tu.. Komik tu ada dia selitkan cerita conflict yang seakan sama conflict majalah dia kerja beforebtu...

Mmg nampak sangat penindasan kat kartunis2 ni.. Sedih betul baca..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 07:38 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 21-8-2015 05:26 PM
MOY ni sekat semua copyright, nama, brand Ujang drpd kartunis Ujang (b4 that dia tarik ujang kelua ...

hhmmm...bile bc story ni teringat pulak manja kes bill gates sebelum die famous dulu...

masa tu...die dh cipta software jenama microsoft.....& cube jual2 pd syarikat2 gergasi at that time
so ade 1 company besar ni mmg berminat nak beli software microsoft tu...
tp dgn syarat....hak milik..jenama microsoft tu....company tu nak beli skali.....

but bill gates tu..bukan genius buat software aje..selok belok business ni pun die arif jgk...
die kata "no way man" ..either u beli our product..or kite jual kat company lain...

so....i guess....if die jual skali name microsoft ni dulu....
org x kan kenal bill gates tu...sape....& x masuk la dlm list riches person..in the world...
jadi mcm kes ujang ni la kot...





Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 07:40 PM | Show all posts
siapa tau apa LO cakap sampai kena saman ni? Tertunggu2 gak ni huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak hbis2 menyaman org tok moy ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.080454 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list