CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8445|Reply: 42

Tips masuk U..

[Copy link]
Post time 22-8-2015 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by stars83 at 22-8-2015 01:28 PM

#tips msk u


# TIPS PERTAMA
Rajinkan diri bersembang dan
bercampur dengan pak guard dan
makcik tukang sapu. Mereka banyak
tahu 'rahsia' kolej dan kampus. Pak
guard boleh buka cerita tentang
suara orang menangis dan menjerit
malam-malam pukul 3 pagi. Dia
tahu bilik mana ada budak bunuh
diri.Makcik tukang sapu tahu kat
koridor mana ada budak kena
histeria dan lompat dari tingkat tiga,
jatuh bawah kepala bersepai. Dia
tahu.Lepas tu dia tahu kat ampaian
mana bebudak biasa nampak
langsuir bergayut bila sidai baju
pukul 3 pagi.


#TIPS KEDUA
Bila dapat bilik, elakkan daripada
pilih katil dekat dengan tingkap. Bila
tutup, rasa lemas. Bila bukak malam-
malam rasa seram.Tingkap
menghadap koridor bahaya sebab
malam-malam dengar bunyi selipar
diseret. Bila dengar betul-betul ada
bunyi 'Karipap! Karipap!'Makcik
Karipap biasanya datang lepas pukul
3 pagi waktu kolej dah sunyi dan
gelap. Yang belum tidur, sibuk
basuh baju kat toilet hujung.Ada
juga yang sibuk study pakai
walkman, tak perasan Makcik Karipap
jenguk di luar tingkap. Siapa Makcik
Karipap? Tak siapa tahu.Tapi setiap
U ada Makcik Karipap. Cuba tanya
senior. Yang pernah nampak kata
Makcik Karipap bongkok macam
nenek kebayan, pakai tudung.Muka
tak nampak.Di lengannya ada bakul
rotan berisi batu nisan. Kalau
ditegur di sebalik tingkap 'Dik, nak
karipap?' jawab lah 'tak nak'.Selagi
tak dijawab, takut Makcik Karipap
masuk dan tunggu di hujung katil.
Ramai dah terkena. Ingat ungkapan
keramat ni: tak nak!



#TIPS KETIGA
Kalau dapat katil double decker,
pastikan tahu bila rakan yang tidur
di atas atau di bawah masuk
tidur.Nak tahu kenapa?Banyak kes
terjadi bila kita tidur jam 11 malam
bila member belum balik, jam 3 pagi
kita dengar dia balik dan panjat
katil dalam gelap.Kita tahu member
kita tengah tidur sebab spring katil
kat atas bergerak-gerak dalam gelap.
Lepas tu kita dapat Whatsapp dari
member."Bro, aku study McD dengan
geng malam ni. Esok ada kuiz. Ko
jangan kunci pintu" Kita rasa
menggelupur nak menjerit dalam
gelap.Kisah benar.Pernah
terjadi.Beringat sebelum kena. Katil
double decker memang selalu ada
kisah mistik.



#TIPS KEEMPAT
Kalau rakan sebilik semua balik
kampung dan kolej kamu hanya ada
dua tiga kerat yang tak balik, jangan
ambil risiko.Dulu ada kes budak
yang tak balik kampung sebab malas
naik bas berjam-jam. Lagipun ada
member bilik atas yang tak
balik.Malam itu waktu dia tidur, dia
dengar budak bilik atas seret meja
pukul 3 pagi. Bengang, dia pun naik
atas - tapi dia tengok level tu
gelap.Rupanya hanya dia yang tak
balik. Takut punya pasal, dia tidur
kat pondok Pak Guard sampai
Subuh. ingat tu, jangan tak balik
kampung.



#TIPS KELIMA
Kalau rasa nak buang air kecil atau
air besar, buang lah sebelum tidur.
Rumit kalau rasa nak terkucil pukul
3 pagi.Toilet nun di hujung
koridor.Bila sampai sana, tolak
pintu, tutup, lepaskan hajat. Tapi
bukan lah toilet kolej kalau tak ada
kisah seram.Pernah dengar cerita
student pergi kencing pukul 3 pagi
dan ghaib? Hilang. Lesap.Macam
ditelan bumi.Sebulan cari tak
jumpa.Malam tu, ada student
tengah berus gigi dalam toilet pukul
11 malam. Bila dia tadah air dalam
gelas nak berkumur, segumpal
rambut keluar.Bila disiasat, rupanya
budak yang hilang sebulan yang
lepas ada dalam tangki air toilet
tu.Tak siapa tahu macamana dia
masuk dalam tangki.Mayat dah
kembung dan perut dah pecah.
Selama sebulan, students lain di
level tu dah mandi air mayat... dan
makan megi perisa air mayat.Hati-
hati bila ke toilet ya.Itu mungkin
kali terakhir kamu ke toilet sebelum
hilang.



#TIPS KEENAM
Elakkan daripada membasuh pakaian
selepas pukul 12 malam. Pernah
dengar kisah budak nampak 'benda
tu' tergantung kat ampaian?Lepas
habis perah baju, dia nak sidai kat
ampaian tingkat 4. Level dia dah
gelap. Semua dah tidur. Tapi dia
suka basuh baju malam.Waktu dia
nak sidai baju di tingkat 4, dia
nampak di hujung ampaian ada
bantal bolster yang digantung.Dia
tak ambil pusing sangat.Tapi dia
perasan 'bantal' tu berhayun-hayun.
Bila ditengok betul-betul, rupanya
pocong tergantung di ampaian.
Ingat tu! Hati-hati ya!



#TIPS KETUJUH
Sesetengah bilik ada 'sejarah'
tersendiri. Kadangkala sejarah hitam
bilik sengaja didiamkan oleh pihak
kolej.Pernah dengar kisah student
dapat bilik tempat bunuh diri?
Malam itu dia tidur seorang sebab
member balik kampung.Nak jadikan
cerita, pukul 3 pagi bekalan letrik
terputus. Kipas terpadam.Lampu
koridor pun tak ada.Gelap
gelita.Tapi dia dengar sesuatu.Bunyi
kreok kreok kreok dalam gelap.Bunyi
bilah kipas siling bergerak.Tapi
letrik tak ada.Dia ambil fon tepi
bantal. Suluh pakai skrin.Tahu apa
yang dia nampak? Badan seorang
lelaki dewasa tergantung dari kipas
dengan seutas tali pinggang.
Berpusing...Berpusing...Mata
terbeliak dan lidah terjelir.Bunuh
diri dek patah hati.Tindakan bodoh.
Dan yang paling bodoh, tak ada
siapa akan beritahu kita.Setiap bilik
di kolej perlu diisi. Kalau ada yang
tahu bilik tu pernah ada orang
bunuh diri, ada ke orang nak duduk
situ? Common sense.Cara nak atasi
bilik pernah jadi lokasi bunuh diri?
Jangan tinggal solat.Banyakkan baca
ayat-ayat suci.Dengar CD
hafizhamidun pun ok.



#TIPS KELAPAN - terakhir
Kalau selimut asyik terjatuh atas
lantai pukul 3 pagi, jangan
dikutip.Biarkan.Kenapa?Tak pernah
dengar cerita?Ada student ni
perasan selimut asyik terjatuh atas
lantai. Mula-mula jam 1 pagi.Lepas
tu 1:45.Lepas tu 3:15. Dia tidur
sorang malam tu.Katil sebelah
kosong sebab member balik
kampung. Bila selimut 'hilang' sekali
lagi jam 3:30 pagi, dia tengok di
hujung kaki.Tak ada.Selimut tak ada
atas lantai. Dia hairan. Bilik tidur
samar-samar sebab ada cahaya dari
luar.Dia cuba intai bawah katil.Pun
tak ada.Mana selimut dia?Sambil
baring di atas lengan kanan, dia
pandang katil sebelah. Selimutnya
ada di sebelah.Tapi ada 'benda'
berselubung.Seolah-olah berkapan
dari hujung kepala sampai ke
hujung kaki.Sampai ke pagi dia tak
boleh tidur.
--the end--


Jaga jaga ye bakal2 mahasiswa/i
semua...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2015 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah alami tips no.4.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 02:49 PM | Show all posts
Hmmm...kenapa 3 pagi ya?

Citer kt atas tu common berlaku. Bukan kt  U je, resort, hotel, homestay..pun ada semua tu..

Tips, terjaga kul 3 pagi..tahajjud lagi baik..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya tips... Tapi semuanya seram!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pernah pedajal mcm2 kat member masa asrama dulu. ada yg mcm apa yg tertulis kat atas tu..
seronot sehh
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 02:18 PM | Show all posts
Seremmm, nasib baek tak pernah mengalami sebab aku hanya masok U dekat dekat umah jerrr, tak pernah tingga kat hostel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2015 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aq pnh kena dlu time duk asrama. Aq pengawas asrama waktu skolah, so mlm tu sesuka aty tdo dgn empat lagi Bdk merangkap kwn baik dlm bilik sakit.So nk dijadikan cite, pkul tiga pagi cmtu time smua nyenyak tdo, aq trbangun sbb Kena kjutan elektrik. Tp kwn2 aq tdo lagi. Mcm xde ape2. Tetiber lampu trpasang sndiri lip lap lip lap berkali2 pastu terpadam blk. Siot je. Aq sorg je yg prasan mlm tu, seram banget.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku time study kat u dulu selalu sorg2 kat hostel .pernah sekali pintu bilik dah kunci tiba2 mcm ada org terajang sampai terbukak.dahla time nak maghrib pulak tu..serammm..rasa nak nangis je masa tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2015 03:52 PM | Show all posts
banyaknya tips, tapi mcm lawak pun ada...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah kena no 4 tapi kat ostel sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 07:54 PM | Show all posts
alaah. main point jin just nk usik kita. nk diorang tk dekti kita.pki aget .
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
aku penah duduk sensorang kat hostel U.kat hostel tu xde org lain. org lain dah balik cuti semester. kene stay sbb medical checkup dgn hospital. uni suruh.
tiga malam aku tggl sensorang. malam kedua ada bunyik almari besi jatuh. punyala kuat.bila aku jengok guard punya station, pak guard tu rilek-rilek je. biasa kalo ada bunyik2 pak guard pegi siasat
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 03:56 PM | Show all posts
teringat aku masa dulu kat itm shah alam...aku sakit perut pukul 3 pg..mmg tak tertahan sgt...redah jugak g bilik air nun hujung sana...lepas selesai bisnes, aku toleh nampak dr cermin  jiran sebelah bilik aku tgh cuci muka..aku tak terkata apa senyum balik ahh...dlm perjalanan balik ke bilik aku berckp2 dlm hati..respek dia pagi buta sanggup cuci muka...tp terdetik gak dlm ati, masa masuk x de orang, dh tu jamban tu pulak, aku konfiden kalu ade org masuk mesti aku dgr tapak kaki...dang...sampai abis belaja aku x tanye betul tu ke die???? buat nyer die kata bukan, abis ari2 aku di hostel tu takkan aman nyer lah..ngeee..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah cuti sem yg terakhir,budak lain sume da balik tp calla balik lambat 2hari sbb paper last betul2 tarikh last exam week tu.kwn sume da balik.calla sorg je duduk 1 blok tu yg 4tingkat n ada 3wing.hari last time nak mandi cleaner terkejut sbb dia ingat blok tu sume org da balik (calla da siap2 kemas brg sehari sebelum tu termasuk ngan selipar).dia citer time cuti sem galak benda2 tu mengacau cleaner2 buat kerja siang hari.yela staf sume kan tak cuti,student je cuti.then makcik tu cite dia selalu la time g bersih bilik student yg dah dikosongkan ada je yg melintas kat bilik depan atau bilik sebelah.dalam toilet time nak mandi lepas siap kerja2 cuci toilet benda tu jenguk kat atas.adoi.siang2 hari tuu.makcik tu wat2 xtau je sambung mandi cepat2 then kuar g kat kawan dia level lain.nasib la tau cite2 tu ari last da.hehe.kalo tak tak kuar bilik la malam2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nsmj at 24-8-2015 10:42 PM

Pernah jadi tips nombor tiga.
Jadi masa semua roomate ada dalam bilik. Taktau pukul berapa mungkin pukul 3-4 pagi macam tu.

I terjaga sebab kaki i dekat dengan tangga katil double decker tu. Dapat rasa ada orang pijak hujung tilam i tu. Masalahnye i memang dah sedia maklum roomate i dah tido kesemuanyaa.

Habis sape yang pijak tilam i....

Tu belum lagi masa study week. I suke sangat study dkt luar bilik. I pergi study dkt hujung blok. Ade la sorang kawan i teman.

Pukul 3-4 pagi jugak la. I dok dengar bumbung tempat i study tu berbunyi tuk tuk tuk tuk.. senyap kejap.. bunyi balik tuk tuk tuk.. keep repeating the same thing tau.. i husnuzon.. bunyi air menitik kot.. celah mane datang air itewwww..

I ajak kawan i blah dari tempat tu. Terus study dalam bilik je. Lagi selamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 03:05 PM | Show all posts
tipa bagua utk persediaan masuk asrama taupun duk hotel dlm jangka masa yang lama..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 01:04 PM | Show all posts
teringat masa kat uni, ade kwn ni setiap kali dia dtg bulan (menses), mesti dia akan xsedar diri. Mcm jadi org lain. Jenuh jugak kwn2 dia nak handle time tu.

So pada adik2, rajin2 ajak kwn2 ngaji & solat jemaah kat surau atau dlm bilik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:20 PM | Show all posts
kat uni x de la teruk sangat kes2 hantu walaupun selalu jaga malam2 pi toilet malam2 merayau kampus malam2. kat asrama sekolah menegah ada teruk sampai tak boleh tidur malam diganggu jin, takut sana takut sini sampai pembelajaran terganggu baik duk rumah parent aja
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:32 PM | Show all posts
aku xnah praktis plak tip no 5.. sbb aku nk kencing aku kencing dlm plastik lpas 2 buang dekat bwah ja..hahaha..simple shja
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 11:03 AM | Show all posts
aku penah dipedajalkan oleh senior masa kat sekolah menengah dulu, diorang wat pocong guna kayu yang dibalut kain putih, lompat2 tepi katil, tapi aku x takut sebab apa?? sebab bulu roma aku x meremang dan takda rasa takut time tu, so memang aku tau la orang yang buat,,senior aku bodo bangang!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.786327 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list