View: 1546|Reply: 2
|
[Dunia]
Dakwa Gay Adalah Penyakit, Pelajar Saman Kerajaan China
[Copy link]
|
|
Dakwa Gay Adalah Penyakit, Pelajar Saman Kerajaan China
Aug 21, 2015
Penuntut Universiti yang mahu menegakkan keadilan individu LGBT.
PENUNTUT sebuah universiti di wilayah Guandong, China menentang tindakan Kementerian Pelajaran di negara itu yang mendakwa homoseksual adalah satu ‘penyakit’ dan boleh diubati seperti diterbitkan dalam satu buku teks.
Media tempatan melaporkan, seorang pelajar wanita tempatan menyedari kandungan di dalam buku itu selepas dia mahu membuat rujukan dan panduan di sebuah perpustakaan kerana keliru dengan status seksualiti dirinya.
Pelajar yang menggunakan nama samaran Qiu Bai berasa amat terkejut selepas mendapati kandungan di dalam setiap buku rujukan di perpustakaan universiti itu mengkategorikan homoseksual sebagai sejenis penyakit mental.
Padahal definisi tersebut sebetulnya telah pun ‘dikeluarkan’ daripada daftar senarai rasmi gangguan psikiatri atau masalah kesihatan jiwa di seluruh China berkuat kuasa pada tahun 2001 lalu
Buku rujukan tersebut juga membenarkan pemakaian terapi seperti kaedah penggunaan kejutan elektrik untuk ‘mengubati’ pesakit yang didapati menghidap masalah homoseksual atau gay.
Qiu Bai telah menggesa Kementerian Pelajaran China untuk menyemak semula isi kandungan di dalam buku berkenaan pada 14 Mei lalu, namun tiada usaha pun yang telah diambil sejak itu.
Menurut laporan media tempatan, akibat tiada tindakan sewajarnya diambil, Qiu Bai telah memfailkan saman kerana pihak kerajaan China dianggap sebagai tidak bertanggungjawab.
“Homoseksualiti itu sendiri sudah memberi tekanan yang hebat. Stigma tambahan daripada buku teks tersebut boleh memudaratkan lagi individu berkenaan sendiri.
“Kementerian Pelajaran sepatutya bertanggungjawab dalam memantau serta mengawasi isi kandungan setiap buku teks,” kata Qiu kepada pihak media.
Menurut Persatuan Gay dan Lesbian di Kampus China, lebih 40% buku teks baharu yang dicetak sejak tahun 2001 masih lagi merujuk homoseksualiti sebagai satu penyakit yang boleh diubati.
Ia juga dikatakan boleh diubati dengan menggunakan Terapi Perubahan Gay yang tidak pernah dibuktikan keberkesanannya selama ini. – Agensi/MYNEWSHUB.CC |
|
|
|
|
|
|
|
tidakkah buak-buak pondan dan tomboi ni merasakan buak2 paedophile, zoophile, necrophile pun harus menuntut hak yang sama? |
|
|
|
|
|
|
|
Pondan seharusnya ditangkap dan dihukum mcm IS dok buat tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|