CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1636|Reply: 2

[Tempatan] Polis siasat dakwaan anggota tak beri bantuan

[Copy link]
Post time 22-8-2015 07:59 PM | Show all posts |Read mode
Polis siasat dakwaan anggota tak beri bantuan
21 Ogos 2015



KUCHING - Polis sedang menyiasat dakwaan seorang pemilik laman sosial Facebook kononnya anggota polis tidak mengambil perhatian terhadap aduannya bahawa rumahnya dipecah masuk.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, beliau melihat kes itu sebagai serius dan telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat dakwaan tersebut.
   
Semalam, seorang pemilik laman Facebook memuat naik status menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila anggota polis di Balai Polis Gita tidak memberi perhatian terhadap aduannya.

Anggota polis yang menjawab panggilan telefon mangsa berkata, tempat tinggalnya berada di kawasan Matang dan bukan di bawah pentadbiran balai berkenaan.
   
Roslan Bek berkata, Balai Polis Gita berada dalam kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, manakala lokasi mangsa itu berada di bawah pentadbiran IPD Padawan.
   
Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada pemilik laman sosial tersebut dan anggota di balai berkenaan sebelum membuat sebarang tindakan lanjut. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2015 08:09 PM | Show all posts
mmg slalu cmtu..............
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
biasa mcm tu.2 kali rumah my fren kena pecah.polis dtg mkn angin je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.111625 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list