CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9252|Reply: 7

ALFAFA - Jihad ekonomi Melayu, atau skim penipuan terancang?

[Copy link]
Post time 23-8-2015 01:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Acong at 26-9-2015 05:16 AM

Alfafa: Jihad ekonomi Melayu, atau skim penipuan terancang?
By Tok Penghulu -  Aug 22, 2015



Ramai yang tanya Tok mengenai skim perumahan Alfafa ni.

Tok memang dah agak, ramai orang akan terpedaya. Sebab tawaran yang dia berikan memang agak menggiurkan.

Mana tak nya, boleh dapat rumah banglo pada harga RM99,000 je.

https://www.youtube.com/watch?t=1245&v=v8opGLz0hBA


Tapi, sebelum korang buat keputusan terburu-buru nak invest dalam projek perumahan Alfafa ini, Tok nak kongsikan sedikit tips, apa yang korang patut periksa bila tengok sesuatu projek perumahan.

Perkongsian ini Tok ambil dari post FB Faizul Ridzuan. Beliau berkongsi apa homework atau kerja rumah yang perlu anda buat sebelum membeli hartanah baru dari pihak pemaju yang kurang dikenali :



1. KPKT : Industri hartanah adalah industri yang dipantau ketat oleh Kementrian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Dan Kerajaan Tempatan atau nama ringkasnya.
Semua pemaju yang berdaftar mesti mendaftar di bawah KPKT.
Kalau rasa was-was dgn pemaju,  boleh check kelulusan dan latar belakang mereka dgn KPKT di laman FB mereka https://www.facebook.com/KPKTMalaysia?fref=ts  atau portal rasmi mereka  http://www.kpkt.gov.my.
Kalau pemaju tak berdaftar dengan KPKT, mereka tak boleh jual rumah sebab melanggar undang-undang.
Kalau mereka tak boleh nak ikut undang-undang untuk jadi pemaju yang sahih, memang anda sengaja cari pasal la kalau nak beli juga dari mereka.



2.APDL (Advertising Permit dan Development License) – Dalam Malaysia, semua pemaju walau sehebat mana pun ke-kroni-an mereka kena ada APDL sebelum boleh menjual sesuatu projek jenis kediaman (residential property).
Tanya mereka apa nombor sahih APDL mereka.
Kalau takde, maksudnya mereka dah melanggar undang-undang. Kalau anda nak beli juga jangan menangis bila tertipu nanti.






3. Tanya Uncle Google : Ni cara paling senang, tak sampai 1 minit. Kalau 1st page pun dah cakap pasal penipuan dan scam dan korang still rasa nak beli juga, padan muka in advance saya ucapkan untuk anda.


4. Latar belakang PENGURUSAN pemaju : Kita kena fahami latar belakang mereka. Kalau mereka dah 30 tahun dalam indusri ni sebagai kontraktor dengan pemaju besar lain, mereka ada lah pengalaman untuk jadi pemaju hartanah. Tapi kalau anda beli sebab latar belakang pihak pemaju yang nampak islamik, sekali lagi padan muka saya ucapkan sebab agama tiada kaitan dengan kebolehan pihak pemaju menyiapkan rumah anda.


5. Projek sebelum ini yang sudah siap :
Mana-mana pemaju yang berkaliber mesti dah ada projek yang dah siap sebelum ini.
Minta mereka senarai pembangunan hartanah mereka sebelum ini.
Kalau tergagap pemaju nak cerita atau pun mereka “claim” mereka ada projek di Kelantan, Sarawak, Perlis atau mana-mana negeri yang agak jauh untuk anda pegi semak, itu red-flag.
Kalau ada yang berdekatan, pergi tengok projek mereka yang dah siap tu dan interview pembeli atau orang yang telah duduk di projek itu. Dapatkan feedback mereka.
Kalau semua yang anda interview pun menyumpah, lebih baik jangan beli.
Apa-apa projek yang anda nak pertimbangkan, kena penuhi semua syarat diatas.

Komen Tok:
Kesimpulannya, jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis pihak pemaju. Kaji selidik terlebih dahulu sebelum buat sebarang pembelian. Inilah yang omputih panggil “Due Diligence”.
____________________________________________________
Tok nak kongsi pulak apa kata Khairul Ezuwan, pelabur hartanah dan pakar pelaburan ASB, berkenaan beberapa kecelaruan dalam perjanjian jual beli hartanah yang ditawarkan oleh pihak pemaju perumahan:

Beberapa kali Aku dah bagi amaran, kau tetap Nak kata orang fitnah kau dan teruskan aktiviti penipuan kau Dan lebih berleluasa. Nak sangat aku tunjuk bukti kan. Sini aku paparkan ‘Perjanjian Bersalam-salaman’ .Aku bukan orang yang anti MLM, bukan pendengki business orang lain apalagi Sesama Muslim, Aku anti kepada penipu. Apa lagi penipu yang guna Nama Agama untuk kepentingan diri. Kenapa aku Nak menyibuk? Yang kau bakal tipu tu mungkin keluarga aku, mungkin kawan-kawan aku, mungkin orang yang Aku kenal, saudara semuslim aku, saudara semuslim kau jugak.

Sekarang biar semua pihak berkuasa dan rakyat Malaysia lihat sendiri bertapa liciknya kau. Agreement yang kau buat pon dah menunjukkan intention kau untuk menipu. Yang dah kena tu ‘Buka Mata sikit’. Yang belum kena BERHATI-HATI.

1. Tiada specific land title pada agreement, boleh pulak ditentukan kemudian oleh kau. Kalau dalam paya, lombong yang kau pilih?

2. Kebesaran tanah dinyatakan lebih kurang

3. Tidak dijelaskan spesifikasi rumah, dan menyatakan binaan mengikut budi bicara & hak mutlak kau. Kira suka hati kau la.

4. Perjanjian antara individu kau dengan Pembeli , sedangkan payment dibayar kepada company sdn bhd kau yang mana bila-bila masa kau boleh quit. Persoalannya kenapa perjanjian tu antara individu kau dengan Pembeli, bukan dengan company yang kau canangkan? Sedangkan payment dibayar kepada company tu. APA TUJUAN KAU? Lagi satu, Kalau pihak pertama tu meninggal dunia semasa agreement masih berjalan, apa nasib semua beratus-ratus orang pihak kedua tu? Apa jaminan untuk mereka?

5. Modal berbayar company Cuma 500K, Nak bina Rumah yang berharga ratusan juta. Hmm.

6. Kenapa letakkan dalam Akujanji untuk pihak pembeli untuk belajar mengaji Dan hadir seminar solat dengan pihak kau sebagai satu perjanjian? Supaya kau boleh lawan sekiranya kau didakwa dan menyatakan klausa ini dilanggar oleh pembeli dan perjanjian ini boleh terbatal. Betul tak? Macam perjanjian tiga Abdul , ‘Kalau marah kena Jual ‘.

7. Kau ambil duit dari pembeli RM67K dan menjanjikan untuk membina Rumah yang berharga RM180K, kau menyatakan jika Ada masalah dan kau Tidak berjaya menyiapkan rumah tersebut dalam tempoh 4 tahun @ 48 bulan, pihak kedua hanya boleh menuntut RM67K sahaja. Kenapa kau Tidak kena denda atau bayar RM180K kepada pihak kedua? INI TIDAK ADIL!!! (Macam tiga Abdul). Lagi, Kalau tanah dah ditukar nama kepada individu dan kau Tak siapkan rumah, tanah tu Mesti dipulangkan kepada kau. Apa punya perjanjian Macam ni. Ini mendorong kau untuk Tidak membina rumah tu. pandai kau OPM duit orang kan. Silap-silap dengan capital lesap dengan agreement kau ni.

8. Perjanjian Bai as Salam? Kena gelakkan jer la dengan orang yang belajar kewangan Islam. Kau hebat kan , Pakar Kewangan dan Muamalat pon kau kata bodoh, vangang. Siap ada kena interest denda lagi 8% denda lewat bayar dalam satu klausa ni. Perjanjian Islamic apa tu, jelas ada Riba’. Jangan bertopengkan Agama untuk penipuan.

9. Kau suap Pembeli dengan imbuhan RM250 Selama 4 tahun supaya dalam tempoh tersebut mereka tidak sedar mereka sedang ditipu, sedangkan duit itu sebenarnya dari sebahagian kecil dari duit mereka yang kau ambil. Yang diorang terima tu duit diorang sendiri.

10. Perakuan pendaftaran CIDB kau pon bukan under bangunan, Tapi Mekanikal , jentera. Ingat, FASA pertama sepatutnya terima rumah March 2016, tinggal 7 bulan sahaja lagi. Tanah pon takde lagi, bila pulak kau nak pecahkan Geran individu? Bila pulak kau Nak bila Rumah yang beratus biji rumah tu? Lesen construction binaan pon kau takde lagi. Sekarang kau kerah lagi marketing kau untuk kau dapat fund untuk kau refund FASA 1, masa tu Pembeli FASA 2 akan rasa tertipu, Tapi mereka dah terikat dengan kontrak 4 ke 7 tahun. Silap-silap refund FASA 1 pon kau tangguhkan dan tak bagi sebab Ada clause kau kena denda 8% setahun jer. Kalau kau Nak drag tak bayar sampai 30 tahun pon takpe, Apa Ada hal, just kena penalty, bukan suruh bayar pon kan. Apa Ada Hal. Habis-Habis teruk pon kau kena charge bankrupt jer.

11. Pelan Rumah pon Tak detail. Siapa arkitek yang luluskan plan ni? Ops ada satu klausa sebut spesifikasi binaan Adalah Hak Mutlak pihak pertama. Lupa pulak.

12. Aku pon malas nak huraikan satu-satu semua. Tengok la sendiri. Terlalu banyak perkara lain dalam agreement ni yang terarah kepada penipuan. Kepada peguam kau @ tuan Penasihat yang bijaksana, awak sangat ‘bijak’.

Harap aktiviti ini Tidak terus berleluasa yang mengakibatkan orang melayu, Muslim makin jatuh tersungkur. Alasan mereka untuk membantu orang melayu Muslim itu dusta belaka. MEREKA SEDANG BERPERDAYAKAN ANDA. Nak tulis ‘menyontot’ kasar sangat. Buka mata anda semua luas-luas. Jangan anda jadi mangsa mereka. Semoga Allah melindungi kita semua dari angkara kejahatan ini semua.

-KEY-

—-

Mohon Tok kongsikan antara  snapshot dokumen perjanjian untuk projek Alfafa ini:















Adakah korang yakin dengan projek perumahan Alfafa setelah tengok dokumen perjanjian ini, atau korang makin ragu-ragu?
Izinkan Tok kongsikan apa kata mereka setelah ditemubual di Facebook:






Sekali lagi, Tok simpulkan disini, anda perlu membuat penialaian terperinci. Mungkin projek perumahan Alfafa ini berniat baik untuk “membantu ekonomi ummah”, atau ia mungkin satu skim penipuan terancang. Tok tidak mahu buat apa-apa penghakiman.
Korang nilailah sendiri ya

P/S: Kalau korang nak lagi detail, boleh refer kat blog ni:
http://cheahmad.blogspot.com/2013/11/perumahan-alfafa-6-perkara-yang-perlu.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2015 05:15 AM | Show all posts


Misteri Banglo Murah Al-Fonso
Posted by azzmann On August 01, 2015 0 Comment
Soalan

Ada satu sekim membeli rumah misteri Banglo Murah Al-FONSO (bukan nama sebenar) menggunakan bay’ al-salam. Katakan nilai rumah RM220k. Pembeli hanya perlu membayar RM89k untuk menempah rumah yang beharga RM220k tersebut tanpa perlu membayar baki. Pembeli akan menerima hibah bulanan sebanyak RM500 selama 36 bulan. Kalau tak siap dapat balik duit RM89K.

Jawapan

Ia amat mengelirukan. Pertama penggunaan aqad bay’ al-salam dalam pembinaan adalah tidak tepat.  Aqad yang lebih tepat ialah “istisna’”. Kedua kenapa dinyatakan dua harga? Masalah dua harga akan menyebabkan “jahalah” (ketidaktahuan) dan kekeliruan dalam harga. Sekim ini menimbulkan isu dua harga dalam satu transaksi. Walaupun ia adalah hanya satu transaksi jual beli, ia menimbulkan masalah larangan dua jual beli dalam satu yang dilarang oleh Rasulullah SAW.

Sekiranya harga sebenar 220k, tetapi penjual ingin menjual dengan harga yang murah 89k sahaja, hukum asalnya adalah harus, tetapi adakah ia masuk akal. Tidak ada peniaga atau pemaju yang berfikiran waras akan berbuat demikian kerana ia merugikan. Adakah sekim ini betul betul membina dan menjual rumah? Kalau betul demikian modus operandinya, sudah tentu penganjur sekim ini akan rugi. Jadi, jelas kelihatan ada unsur penipuan sekiranya harga sebenar RM220K. Rasulullah SAW bersabada:

(من غشنا ليس منا)

“Sesiapa menipu kami bukan dari kami”

Hukum asal harus menjual rumah dengan harga yang lebih murah menjadi haram kerana ada unsur penipuan.

Atau ia hanya bertujuan meminjam duit, dan membayar hibah, selepas 3 tahun bagi balik modal. Sekiranya ia memang tidak bertujuan membuat rumah, maka duit bayaran tempahan itu dianggap sebagai qard iaitu pinjaman. Mana mana faedah daripada pinjaman adalah riba. Dengan itu hibah bulanan RM500 adalah riba.

Tidak ada penjual rumah atau pemaju yang memberi hibah bulanan sedemikian.

Boleh disimpulkan kalau rumah yang dijual tidak pernah disiapkan, maka jelas sekali ia bukan bertujuan untuk menjual rumah bungalow  murah sebenarnya.  Kalau boleh disiapkan sekalipun, ia masih bermasalah kerana ada disebut dua harga. Kalau hanya satu harga sahaja disebut sebagai diskaun kepada harga sebenar 220k, ia masih bermasalah kerana mengandungi unsur penipuan. Ini kerana munkin 220k itu bukan bukan harga sebenar, munkin juga akan digunakan duit pembeli lain untuk menyiapkan rumah, dan sekim ini seperti sekim- sekim cepat kaya yang lain akan rebah apabila tidak ada pelabur/pembeli baru.

Wallahua’lam

http://drazman.net/2015/08/misteri-banglo-murah-al-fonso/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2015 05:16 AM | Show all posts
https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.1/posts/876777622359777:4
Khairul Ezuwan
July 28 at 6:17pm · Edited ·

Strategy Penipu Jujur Jadi Tamak Haloba
(Sila baca sampai Habis Kalau anda tidak mahu jadi Mangsa mereka)
===============================
Kronologi :-

  • Saya ambil deposit cash RM100K daripada seseorang yang mana Saya berjanji Akan membelikan satu harta yang bernilai RM400K dalam tempoh 3 tahun.
  • Setiap bulan Saya bagi wang saguhati sebanyak RM500 selama tiga tahun sehingga harta yang dijanjikan diserahkan kepada orang tersebut.
  • Kami membuat perjanjian bahawa Jika Saya tidak dapat menunaikan janji mengadakan harta tersebut dalam tempoh 3 tahun, Saya perlu memulangkan modal RM100K orang tadi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Tamat perjanjian.
  • Saya mencari 100 orang pelabur dengan amaun yang sama RM100K . Oleh itu sekarang Saya mempunyai kekuatan tunai RM10,000,000. (FASA 1)
  • Saya gunakan sebahagian besar duit ini untuk mempelbagaikan business saya seperti hartanah, perkilangan, dan pelbagai industry lain dan mengharapkan pulangan modal yang cepat Dari perniagaan tersebut, paling mudah joint venture dengan syarikat lain kerana syarikat yang lebih stabil.
  • Biasanya dalam setahun dua Saya tidak Akan memperolehi keuntungan yang besar. Bila cukup dua tahun, Saya perlu bersedia untuk memulangkan kembali modal 100 orang tadi dengan RM10,000,000 , Tapi modal Saya telah tertanam dalam segala business tadi . Kenapa Tak bagi harta yang seperti dijanjikan mula-mula tadi? Sebab saya dah ada agreement yang menyatakan Jika Saya bermasalah dan ada halangan untuk melunaskan janji tersebut, Saya perlu memulangkan semula modal asal sahaja kepada 100 orang tersebut. Pelbagai alasan Saya boleh bagi.Lagipon orang yang rasa tertipu, diorang nak modal balik jer pon. Tapi masa ni saya kusut sebab Saya sudah tiada wang yang cukup untuk pulangkan modal RM10,000,000 disebabkan pusingan modal tertanam dalam pelbagai business. Jika Saya tidak langsaikan, perjanjian tersebut akan memerangkap saya untuk didakwa melanggar perjanjian dan dicop penipu. Saya Tak nak cop tu walaupon Saya sedar Saya sedang menipu.
  • Waktu ini Saya terpaksa mencari lagi peserta baru seramai 200 orang pula. Saya ulangi langkah (1.) = RM100K x 200 unit = RM2,000,000, (FASA 2) . Cuma tempoh perjanjian Saya panjangkan sedikit kepada 4 atau 5 tahun dan saguhati bulanan Saya kurangkan sedikit jadi RM250 .Waktu ini Saya menggembar-gemburkan FASA 1 sedang dalam proses terakhir untuk harta tersebut diadakan. Saya menggunakan Teknik menaikkan harga Jika Pembeli lambat bertindak menempah unit berkenaan, melalui Teknik ini orang ramai Akan berebut-rebut membeli sebab takut harga yang sedang meningkat.
  • Dari RM20,000,000 yang Saya dapat tadi, Saya pulangkan modal 100 orang (FASA) pertama RM10,000,000 bila tempoh due untuk pemulangan semula. Dari pemulangan modal ini, Saya terlepas Dari undang-undang kerana Saya berjaya memulangkan modal peserta mengikut perjanjian yang ditandatangani.
  • Baki lagi RM10,000,000 Saya Akan pecahkan kepada pusingan modal business contoh RM5,000,000. Yang lagi RM5,000,000 Saya akan gunakan untuk cover saguhati bulanan kepada pembeli (FASA 2) dan ini Akan menutup mulut mereka selama 4 @ 5 tahun tersebut sebelum tarikh perjanjian serahan harta yang Saya janjikan.
  • Waktu ini , Pembeli (FASA 2) sudah tahu ketidakmampuan Saya melunaskan harta yang Saya telah janjikan sebab (FASA1) telah gagal. Tetapi mereka tidak Boleh berbuat apa-apa kerana mereka terikat dengan surat perjanjian 4 atau 5 tahun lagi untuk Saya memulangkan modal mereka. Saya terlepas sementara Dari undang-undang.
  • Dalam tempoh tersebut Saya mengharapkan business yang saya lakukan maju dan mendapat keuntungan yang besar. Hanya Ada 2 kemungkinan, samaada business Saya berjaya atau gagal . Jika gagal Saya Akan terperangkap dengan perjanjian dengan (FASA2) tadi.
  • Saya menjangkakan business Saya mendapat keuntungan dengan NAV RM50,000,000. Bila Tamat tempoh perjanjian dengan (FASA2), sekali lagi saya bagitahu, Saya tidak mampu untuk mengadakan harta tersebut. Oleh itu mengikut perjanjian, Saya hanya perlu memulangkan modal asal RM20,000,000. Mereka ini hanya mengharapkan modal mereka kembali dan memuji kejujuran saya dengan berusaha memulangkan modal mereka. Dengan itu Saya terlepas Dari tindakan undang-undang dan Nama saya bersih.
  • Dengan menggunakan modal yang besar daripada orang ramai Saya mampu mengumpul kekayaan bernilai RM30,000,000 dalam tempoh 7 ke 8 tahun sahaja.
  • Tapi Kalau Saya Ada RM50,000,000 tadi Saya mungkin jadi tamak untuk tidak mahu memulangkan RM20,000,000 tadi dengan membuat agreement yang mungkin agreement tersebut boleh jadi terbatal dengan klausa-klausa tertentu yang Saya boleh rangka Dan Saya terlepas Dari Undang-undang Jika didakwa kelak. Saya rasa Tak mahu bagi sebab duit tu Dah lama ada dengan Saya Dan Saya Dah rasa semuanya adalah HAK saya. Inilah perasaan Tamak Haloba yang buat manusia terlupa dan ternoda.

Nampak kelicikan mereka? inilah antara trend yang digunakan oleh kebanyakan penganjur skim cepat kaya menjalankan operasi mereka Cuma kaedah yang digunakan sedikit berbeza dan berselindung di pelbagai jenis perniagaan yang wujud dan sah.

Viralkan status ini kepada seluruh rakyat Malaysia supaya semua orang tahu Teknik penipuan ini dan tiada siapa lagi yang boleh menipu sebab semua orang dah belajar cara nak menipu. Tiada siapa lagi boleh Tipu Sesiapa Dan skim cepat kaya boleh lumpuh dengan sendirinya. Insyaallah. Aqal yang Allah kurniakan pada Kita gunakanlah kepada Arah kebaikan, bukan Aqal dan keistimewaan Aqal yang diberi untuk menganiaya orang lain, Ingat!! Balasan Allah SWT lebih hebat menanti.
-KEY-



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2015 05:18 AM | Show all posts
jgn terjebak...... nanti hidup menanggung hutang  




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2015 05:19 AM | Show all posts
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10206811129307518&set=a.2000489422600.117977.1554505576&type=1&theater



Afyan Mat Rawi
July 30 at 8:48am ·
MISTERI BANGLO MURAH INI LEBIH MENYERAMKAN BERBANDING MISTERI VILLA NABILLA
Ini peringatan yg pernah dikeluarkan oleh KPKT sejak tahun 2013, berkebetulan apabila sebuah Projek Banglo Murah dilancarkan.
Boleh rujuk di sini:
www.kpkt.gov.my/…/ind…/user_1/media_akhbar/SM_Peringatan.pdf


Ada yg persoal;
"Kenapa tiada tindakan dikenakan terhadap syarikat itu?"

Jawapannya ialah;
Belum berlaku sebarang kegagalan / penipuan berlaku.


Sebab apa yg berlaku ialah sebuah projek perumahan yg dijangka siap selepas 3 tahun, dan pembeli perlu bayar 100% harga rumah.

Jadi, selagi mana tempoh itu tidak tamat selagi itu tiada mangsa yang akan mendakwa mereka ditipu.


Sebab itu KPKT hanya berikan peringatan sebab mereka tahu bahawa harga yg ditawarkan adalah tidak masuk akal.


Ia "too good to be true".


Dan dalam mana-mana bisnes atau skim yang "too good to be true", orang-orang yg sertai pada peringkat awal akan menerima habuan mereka.


Designer skim ini memang bijak, sebab letakkan tempoh 3 tahun sebagai tempoh "estimate time arrival" atau ETA.


INGAT LAGI SKIM EMAS DELAY? Skim emas delay / ETA oleh Tok Wan Hang dahulu...


Skim ini memberi pulangan yg cukup lumayan dan ia sebenarnya "too good to be true".


Dalam skim emas ETA ini, sentimen agama dan bangsa digunakan apabila ada yg mempertikaikan.


Siapa yang mempertikaikan akan dicop sebagai pendengki bisnes orang lain, penjatuh bisnes orang Melayu dll.


Setiap kali pusingan ETA, ada sahaja yang untung besar maka semakin ramai yg sertai.


Apa yang berlaku ialah, setiap kali orang baru masuk skim, duit itu digunakan utk membayar orang yang lebih awal.


Pusingan itu terus berjalan dan berjalan, berjalan dan terus berjalan hingga akhirnya sistem tersontot.


Sistem itu mirip skim piramid, yang orang awal akan untung sementara orang bawah bakal menjadi mangsa.


HANYA apabila tersontot barulah akan wujud MANGSA yg kemudiannya menyesal, membuat laporan polis dan sebagainya.


BEGITU JUGA DALAM KES INI. Rumah masih belum siap (kononnya) dan tempoh 3 tahun masih belum sampai.


Selagi itu belum wujud MANGSA dan selagi itu tindakan tidak boleh diambil.


Jika saya sebagai pemilik syarikat, saya akan pastikan projek perumahan utk pembeli-pembeli awal dapat disiapkan apabila sampai masanya.


Sebab ia akan menambah keyakinan utk prospek pembeli baru.


Jadi, jika anda percaya - teruskan, bukan duit saya pun smile emoticon


Apapun, usah biarkan diri anda diselubungi misteri....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2015 05:47 AM | Show all posts
Khairul Ezuwan
Tactic keliru perangkap diri Sendiri
==========================



Bagaimana anda yang membeli boleh buat perjanjian dengan individu lain, bayar kepada organisasi lain. Perasan Tak anda bayar kepada syarikat Sdn Bhd , bukan Sole proprietor yang dimiliki Oleh pemilik tunggal. Syarikat tersebut mempunyai 2 pemegang share 60:40.Still 3rd party walaupon Individu itu adalah Salah seorang pengarah syarikat. Konon syarikat dah kukuh bertapak sejak 2002. Yang Ini kelakar, Syarikat Alfxxx Holding Sdn Bhd tu dah berstatus 'Dissolved'. Company Alfxxx Development & Construction Sdn Bhd tu baru tubuh pada 5 Feb 2013. Jadi persoalan juga kenapa company asal tersebut dibubarkan.

Mereka menyatakan mereka Ada perjanjian Dan mereka Tak boleh di charge melalui AMLA Act atas Pengambilan Deposit haram. Boleh tolong cerdik sikit Bagi alasan, perjanjian tu bukan dengan company. Tapi dengan individu & diklasifikasikan sebagai 3rd party. BNM pon Tak perlu la sekarang nak Freeze Akaun mereka sebab duit dalam tu pon dah Tak berapa nak ada mereka tengah cuci, cukup stage mereka Placement, Layering & integration. Itu Guna mereka Ada banyak company. Mereka pon dah tak terpusing dah. Tunggu jer la pengistiharan sontotan teragong 2016.

Kepada Penempah-penempah Rumah Banglo Idaman , agreement Ini juga memerangkap diri anda sendiri. Bila-bila masa mereka boleh tutup company tu. Nak Tuntut semula duit bila project Tak siap? Anda bermimpi sahaja la. Anda juga tiada tempat untuk mengadu sebab pembelian Ini bukan tertakluk kepada undang-undang dan berdaftar dengan Badan berwajib seperti KPKT. Paling hebat pon anda hanya mampu bankrupt kan individu tu Sahaja. Tapi Saya rasa itu pon tidak mungkin. Perjanjian mereka sangat licik.

Declare dah Beli 500 ekar tanah untuk Penempah Rumah mampu menampung tempahan 10 tahun dengan harga sama. Jangan Bagi Fakta kelakar ok. Tanah JV? Tunggu next. Jangan Emosi Uztaz , Jom Kita main fakta. Dah Bagi peluang Bagi penjelasan melalui Hartaguam, macam-macam alasan Awak bagi , nak 1000 orang turun baru Awak nak turun mencemar duli Bagi penjelasan umum.

Warning!!!! Ingatkan sahabat-sahabat anda, keluarga anda , Jangan sesekali terjebak.

-KEY-


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=905697362801136&set=a.101547413216139.4057.100000826433136&type=3&theater
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2016 12:44 AM | Show all posts
SUDAH BUNGKUS......!  
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 06:15 PM | Show all posts
Acong replied at 26-9-2015 05:15 AM
Misteri Banglo Murah Al-Fonso
Posted by azzmann On August 01, 2015 0 Comment
Soalan

saya macam kes JUTA KELULUT......Zukacare Banglo power......Pengasasnya Zubir Yahya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.071832 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list