Mata kucing dicungkil tersebarFoto seekor kucing yang matanya dicungkil dikongsi Kelab Pencinta Kucing Malaysia menerusi laman Facebook sehingga menimbulkan kemarahan ramai pengguna laman itu.
[size=100%]KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Tidak berperikemanusian! Itu yang dapat disimpulkan dengan paparan sekeping gambar yang menunjukkan keadaan parah seekor kucing. Foto yang dikongsi Kelab Pencinta Kucing Malaysia menerusi laman Facebook menimbulkan kemarahan ramai pengguna laman itu. Menurut kapsyen yang disertakan bersama foto itu, kucing berkenaan dipercayai telah dicungkil matanya sehingga buta. “Allahuakbar doakan meow (kucing) ini …dia dah buta orang cungkil mata dia… Layak ke manusia itu menjadi manusia.. Semoga mendapat hidayah segera… “Siapa tahu lebih terperinci pasal kucing malang ni? Bawah jagaan siapa sekarang?” tulis kapsyen berkenaan. Namun ada beberapa pengguna Facebook yang turut memberi maklumat bahawa kuku kucing itu turut dicabut. Malah ada yang mendakwa bahawa kucing itu telah dipukul oleh dua manusia. Menurutnya, kejadian itu berlaku di Taiwan. “Bukan saja mata dicungkil tapi gigi pun hbis dicabut..Ya Allah kau tarik lar nyawa kucing tu drpd dia terus terseksa kesakitan begitu dan kami yg melihat turut merasa sakitnya,” tulis Siti Nur Hidayah. “Kalau tak silap saya, hal ni berlaku kat Taiwan, dua orang pekerja asing pukul kucing ni sehingga seorang lelaki Cina nampak dan ambil kayu pukul itu dua orang sampai mereka lari,” tulis seorang pengguna yang menggunakan nama Cina. Foto berkenaan telah dikongsi lebih 2,555 pengguna dan lebih 1,500 pengguna memberikan komen pada gambar itu.
therakyatpost
|