CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3465|Reply: 24

[Tempatan] (Video) Kumpulan Anti-Bersih Buat Demo Aksi Pertahankn Diri Sempena Bersih 4.0

[Copy link]
Post time 25-8-2015 09:12 PM | Show all posts |Read mode
(Video) Kumpulan Anti-Bersih Buat Demonstrasi Aksi Pertahankan Diri Sempena Bersih 4.0



KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2015 : Satu demonstrasi yang difahamkan sebagai aksi mempertahankan diri dibuat kumpulan Anti-Bersih di depan Sogo hari ini, lapor TheRakyatPost.

Kumpulan tersebut dilihat memakai pakaian merah di dalam aksi tersebut manakala kumpulan Bersih 4.0 akan memakai baju bewarna kuning.

Kumpulan tersebut membabitkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Melayu. Kumpulan terbabit diketuai oleh Datuk Jamal Md Yunos yang berkata, demonstrasi itu sebagai persiapan pertahanan diri jika berlaku keganasan antara 'merah' dan 'kuning.

Jika penganjur Bersih 4.0 mengotakan kata-kata mereka, untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100,000 orang menyertai perhimpunan haram itu, maka, pihak berkuasa sudah tentu akan menghadapi masalah untuk memberi jaminan keselamatan kepada semua peserta kuning dan juga kami.

Kami tidak akan memulakan sebarang keganasan tetapi sekiranya pasukan kuning berbuat demikian, maka, orang-orang kami yang berpakaian mereka berkemampuan mempertahankan diri masing-masing,” kata Jamal.

Menurut Jamal, seramai 30,000 penyokong anti-Bersih sudah siap sedia dan akan berkumpul di kawasan sekitar Low Yat pada Sabtu 9 Pagi sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Semua 30,000 penyokong sudah menandatangani borang persetujuan bahawa sebarang keganasan fizikal menimpa mereka, kami tidak akan bertanggungjawab, tetapi kami menyediakan insurans kemalangan untuk mereka,” kata Jamal.

Namun, Jamal turut berkata sekiranya Bersih 4.0 dibatalkan, mereka juga akan mengundurkan diri dari perhimpunan.

Kami berhimpun untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan yang dipilih oleh majority rakyat Malaysia, dan memastikan Malaysia kekal sebagai negara aman dan harmoni.

Jadi, jika mereka membatalkan Bersih 4.0, kami akan membatalkan perhimpunan aman kami.

Video persembahan yang dimuat naik oleh TheRakyatPost Network di Youtube itu memperlihatkan aksi beberapa kumpulan tersebut memukul sesama sendiri menggunakan kayu dan juga aksi memecahkan atap siling menggunakan kepala.

Bersih 4.0 dijangkan akan berlangsung pada hujung minggu ini. - Siakapkeli.my

Sumber : Therakyatpost



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 09:24 PM | Show all posts
semua tu orang melayu ker? ingatkan perserta sambutan perayaan thaipusam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:27 PM | Show all posts
kj dah insaf dah tak nak buat Patriot di demo....

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow dh jadi gaya demontrasi berdarah di bangkok ... Penyokong baju kuning vs baju merah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:44 PM | Show all posts
baguuuuuuuuussssssssssssssssssss....

sebabkan barua2 ni, memang lagi turun dan turunnnn lahh ringgit kita. tahniah tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
It is so obvious Jibby dan rossy akan gunakan kaedah kekerasan jika terpaksa utk mempertahankan jawatan... There come the baju merah teams
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2015 09:56 PM | Show all posts
Video persembahan yang dimuat naik oleh TheRakyatPost Network di Youtube itu memperlihatkan aksi beberapa kumpulan tersebut memukul sesama sendiri menggunakan kayu dan juga aksi memecahkan atap siling menggunakan kepala.



btw datuk jamal ni yg bisnes ikan bakar hauk tu kan? apakah bisnesnya ittew masih survive atau sudah melingkup
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:13 PM | Show all posts
memperlihatkan aksi beberapa kumpulan tersebut memukul sesama sendiri menggunakan kayu dan juga aksi memecahkan atap siling menggunakan kepala.


bio butul...kayu pun cam plywood...
atap siling....????
plaster siling ke...
kalau setakat plaster siling....anak buah aku yg darjah 3 pun boleh kasi pecah.....


cam badut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde warna lain ke sis? Kagum dgn sosio politik negara siam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:33 PM | Show all posts
beraksi macam tu keganasan lah nama nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:52 PM | Show all posts
beruk pon malu nak tgk depa
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:00 PM | Show all posts
ini satu ugutan... so aku rasa p[ara peserta bersih perlu bersedia dengan kemungkinan keganasan
situasi yg sama terjadi masa Revolusi Hijau di Teheran dulu dan revolusi Mesir dulu .
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:03 PM | Show all posts
@dizeck ko yg mana satu?

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:17 PM | Show all posts
Apa punya bangang la geng2 ni.. geng yang nak pi "BERSIH" tu makan taik.. korang pun nak makan taik gakkk

Pastu hendak aksi taik kuceng kat situ.. kalo betul geng2 seni silat ka apa ka.. mai masuk gelanggang tunjuk "hero" .. bukan kat tepi jalan serupa orang bangang macam geng2 "BERSIH" nanti
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 01:53 AM | Show all posts
https://www.facebook.com/tentera ... 447/?type=2&theater



"Kung Fu" Show Oleh Kumpulan Anti-Bersih 4 Di Sogo

Kumpulan anti-BERSIH 4, yang tampil dengan imej berbaju merah, hari ini sekali lagi berhimpun di ibu kota bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan 34 jam Sabtu ini.

Menurut video yang dimuat naik di Internet, mereka mempamerkan pelbagai aksi lasak, termasuk memukul kepala dengan kayu sehingga patah selain aksi memecahkan atap genting dengan kepala.

Mereka juga memakai baju bertulis “BERSIH 4 Keamanan”.

Berdasarkan video, beberapa orang juga mempamerkan beberapa aksi balik kuang serta beberapa “bunga” silat seperti dalam aksi berlawan. — at KL SOGO.

https://www.facebook.com/video.p ... 1509&type=2&theater


apakah ketahian ini?   

tak sanggup mengaku kawan terus.......  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2015 01:53 AM | Show all posts
https://www.facebook.com/video.p ... 1509&type=2&theater



boleh join sarkis  
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 01:54 AM | Show all posts


aku ingatkan sedara mara Michai si beruk yg mengamuk pasal mercun bola tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg anti bersih dok ajak brgaduh
iols suka tgk bersih 1.0 dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 11:33 AM | Show all posts
Teruknya anti-BERSIH ni..

Kalau la BERSIH buat camtu, mesti dah masuk lokap dah..

Terang2 dah buat aksi ganas.. Provoke org lagi tu..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.391136 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list