CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1552|Reply: 0

Berat Naik Selepas Kahwin? Amal Tip Ini

[Copy link]
Post time 25-8-2015 11:35 PM | Show all posts |Read mode

                    Pertambahan berat badan yang cukup drastik memang menjadi masalah yang sering dihadapi oleh pasangan yang sudah menikah. Menerusi Boldsky.com, berat badan meningkat ini disebabkan oleh perubahan hormon yang terjadi selapas berkahwin.


        Tapi yang kononnya gemuk sebab bahagia berumah tangga bersama orang dicintai itu hanya untuk sedapkan hati sendiri ya, hakikatnya cara pemakanan anda secara berlebihan adalah jawapan sebenar.


        Jika kaum wanita bermasalah dengan berat badan dan berniat mahu dapatkan berat badan ideal, beberapa tip ini sangat sesuai untuk anda. Jom semak!

        1. Elak nasi        Nasi adalah salah satu makanan yang mempengaruhi naik berat badan terutama jika anda langsung tidak bersenam. Cuba elak ambil nasi jika mampu, lebihkan lauk dan buah sebagai pengganti nasi.

        2. Tukar menu        Atau anda boleh tukar dengan makan beras merah, kentang rebus, dan roti gandum agar berat badan boleh dikontrol dengan baik.

        3. Utamakan menu omega        Perkayakan sajian makanan yang kaya adengan omega 3 seperti salmon, tuna, kacang, minyak zaitun, dan banyak lagi. Makanan-makanan ini akan membantu menurunkan berat badan anda dan juga menjaga kesehatan tubuh.

        4. Ketepikan makanan ringan        Elak makanan ringan. Ini akan meningkatkan level gula darah dan juga menurunkan tingkat metabolisme. Makanan ini juga mengandung 'lemak jahat' yang menaikkan berat badan.

        5. Kurangkan kopi        Minum terlalu banyak kopi boleh membuat penyerapan nutrisi terganggu. Ini juga akan mempengaruhi hormon tubuh anda.

        6. Makan pagi        Jangan pernah abaikan sarapan pagi. Pilihlah makanan yang kaya nutrisi seperti telur, jus buah, oatmeal, susu.

        7.Menu tambah darah         Anda juga boleh mula ambil makanan yang kaya zat besi seperti bayam dan daging merah. Ini akan membantu serapan nutrisi terutama sedang period.



        Sangat senang, bukan? Tiada sebab anda nak biarkan lemak terus melekat di badan selepas berkahwin. Bukan jaga badan semata nak cantik di mata  orang tetapi demi kesihatan untuk elak penyakit datang bergolek!

mingguanwanita

               



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.059220 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list