CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2201|Reply: 1

Makanan & Minuman Ini Buat Gigi Kuning

[Copy link]
Post time 26-8-2015 02:20 PM | Show all posts |Read mode

                    Gigi akan cepat kuning kerana zat yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diambil. Namun anda perlu tahu makanan yang mengandungi pewarna dan juga asam merupakan musuh terbesar gigi. Bagi anda yang tidak suka gigi cepat jadi kuning kerana dua kandungan tersebut ada baiknya mengetahui makanan dan minuman lain yang perlu dielak, jom semak...


        1. Teh         Minuman pertama yang menyebabkan gigi menguning adalah teh. Teh mengandung tannin yang menyebabkan warnanya pekat. Jika anda suka minum teh, selepas ini anda boleh ambil green tea atau teh hijau saja. Namun jika teh salah satu minuman kegemaran, anda boleh minum dalam keadaan yang tidak terlalu panas.


        2. Minuman soda         Minuman ringan atau bersoda juga jadi salah satu penyebab gigi cepat kuning. Minuman ringan mengandungi banyak bahan pewarna yang boleh membuat gigi jadi kuning. Selain itu minuman ini mengandungi banyak gula yang membuat gigi cepat rapuh dan rosak.


        3. Ubi bit        Pernah makan ubi bit? Selalunya bit akan jadi menu permulaan bayi. Bit adalah umbi yang mengandungi pewarna yang pekat. Bit juga berpotensi membuat gigi cepat kuning, ya.


        4. Kopi        Bagi penggemar kopi anda boleh cuba kurangkan minum kopi jika saynagkan gigi. Sesekali layan, mungkin boleh. Tetapi kena terus gosok gigi kerana kesannya pada gigi terlalu ketara.


        5. Gula-gula jeli        Ya, salah satu kerosakan yang ditimbulkan adalah warna gigi jadi kuning. Bahan pewarna buatan dan juga gula menjadi penyebab gigi rosak. Jika suka sangat makan gula-gula jeli, anda boleh makan yang tidak ada pewarna dan kurang gula.


        6. Juas buah-buahan berwarna        Buah-buahan yang berwarna seperti buah naga, lemon, limau, dan warna gelap seperti anggur atau cranberry biasanya mempengaruhi gigi jadi kekuningan. Anda disarankan makan buah saja daripada minum jus buah kerana kesannya agak kurang.


        7. Kicap pekat        Agak sukar nak tolak tepi jika anda suka makan nasi dengan kicap dan telur, kan? Tetapi inilah salah satu punca gigi anda jadi kuning. Tambah pula jika kicap pekat, gigi anda pasti akan bertukar warna lebih cepat.



        Bukan semua makanan yang jejaskan gigi anda, hanya 7 jenis makanan ini yang perlu anda kurangkan.

mingguanwanita

               



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 12:30 AM | Show all posts
Satu lagi: bila mak nye ambil tetracycline antibiotics masa ngandung kat seseorang tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.393541 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list