CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3148|Reply: 1

Cara Mudah Hilangkan Darah Haid Di Pakaian

[Copy link]
Post time 26-8-2015 02:23 PM | Show all posts |Read mode

                    Normal jika wanita akan jadi stres ketika 'datang bulan'. Kesan paling ketara, pengaliran darah haid menyebabkan badan wanita lebih lesu pada awal peringkat. Tetapi tidak cukup dengan dugaan itu, anda mungkin melalui pengalaman darah haid 'bocor' hingga kesannya boleh terkena pakaian anda. Jangan panik, tip kali ini membantu anda untuk cuci dengan lebih mudah dan cepat.


        1. Kesan Darah Baru        Siramkan pakaian kotor anda dengan air suam-suam kuku dan siram di bahagia kotor. Aliran air akan membuat kesan darah luntur. Tapi jangan guna air panas ya. Kemudian anda boleh menggunakan sabun untuk menghilangkan sisa-sisa kesan darah. Gosokkan sabun di bahagian terkena darah dengan menggunakan sikat atau jari. Sabun mandi biasa atau sabun cuci tangan lebih cepat hilangkan kotoran degil.

        2. Kesan Darah Lama atau Kering        Celupkan kain lap dalam cecair cecair peluntur,  sapu di baju yang terkena darah. Tetapi jangan tuang secara terus, nanti rosak baju anda. Kemudian siram baju dengan air sejuk dan cuci seperti biasa. Penggunaan cecair peluntur ini lebih sesuai untuk pakaian warna putih atau terang sebab cairan ini boleh membuat warna kain pudar.


        Kalau anda tidak ada sabun, cecair peluntur, atau detergen, anda boleh cuba gunakan pil aspirin untuk membersihkan kesan darah. Caranya hancurkan pil aspirin, larutkan dalam air. Kemudian sapu aspirin di bahagia kotor dan cuci hingga bersih.

        Cara Lain        Satu lagi cara mudah untuk menghilangkan kesan darah adalah dengan menggunakan baking soda. Caranya cukup mudah, sapu baking di bahagian  darah, kemudian gosok sehingga pudar dan cuci seperti biasa.

        Ingat ya, kalau darah sudah kering, lebih sukar untuk membersihkannya. Semoga info ini memudahkan kerja harian anda.

mingguanwanita

               



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 12:05 PM | Show all posts

good info TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.246903 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list