CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5196|Reply: 15

Jom Lihat Istana Paling Berhantu Dan Menyeramkan Di Scotland

[Copy link]
Post time 26-8-2015 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Istana Edinburgh ini dulunya sebagai tempat mukim bagi keluarga kerajaaan Scotland pada abad ke-12. Namun, Istana Edinburgh sudah dihuni sejak 900 tahun lalu.

Dipetik dari laman rasmi Istana Edinburgh, diceritakan aneka pertempuran dan pengepungan terjadi di istana ini. Banyak keluarga kerajaan hidup dan meninggal di dalam istana ini. Sebuah puisi kuno menceritakan para kesatria gagah berani berpesta di sini, sebelum pergi ke medan perang dan mati.

Istana ini menjadi rumah bagi keluarga Kerajaan Scotland. Ratu Margaret menghembuskan nafas terakhirnya di sini pada tahun 1093. Kemudian Ratu Scotland Mary Queen, ibu dari Raja James VI meninggal tahun 1566. Istana ini menjadi pengkalan tentera tahun 1600-an.

Tahun 2001, beberapa pasukan paranormal pernah mengadakan penelitian tentang keberadaan hantu-hantu di dalam istana. Anehnya, mereka melaporkan kejadian yang sama persis dengan cerita masa lalu. Mereka mendapati banyak tokoh penampakan hantu.

Sejak tahun 1996, semua tempat di mana raja-raja bertahta selama beberapa abad lamanya kini dipamerkan. Di sana pelancong boleh melihat semua rahsia dan benda-benda Kerajaan Scotland yang masih mempunyai nilai seni tinggi.

Ketika memasuki dalam bilik, terlihat ruang yang sedikit pencahayaan. Istana ini terbahagi menjadi 12 bangunan yang pelbagai fungsi seperti muzium, bilik tarian dan beberapa bangunan yang lain. Namun siapa sangka, bangunan yang menyeramkan ini ternyata menjadi ikon destinasi pelancongan di Scotland dan menjadi tapak warisan budaya UNESCO.

Ternyata, bangunan istana ini banyak dimanfaatkan untuk momen penting seperti perkahwinan, event, lokasi penggambaran dan acara persendirian yang lain. Ketika malawat ke sana, jangan dilihat dari kisah seramnya saja. Di sana anda boleh puas mengilingi kawasan istana. Anda boleh menyaksikan video 3D Map yang menggambarkan seluruh sisi kawasan bangunan.

Jika datang ke sana, perbezaan musim menentukan waktu buka Istana Edinburgh. Jika pada musim panas istana ini buka pada pukul 09.30-18.00 waktu setempat. Sedangkan ketika musim salji dibuka pada dari pukul 09.30-17.00 waktu setempat. Anda perlu membayar harga tiket dewasa sebanyak 16 Euro . Harga tiket kanak-kanak  9,60 Euro .







dairishare

                              Bagikan :                           
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2015 05:55 PM | Show all posts
Menarik infonya
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 06:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 06:16 PM | Show all posts
fuh, lama usia istana ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 07:03 PM | Show all posts
dah pernah masuk istana ni, ada tempat agak meyeramkan dan ada tempat yg nampak cantik......tak semua tempat dibuka pada orang ramai, ada tempat2 yg ditutup tak bagi masuk.  

Kalau tengok dari jauh memang cantik sangat istana ni. Masa pergi dulu, jalan sekitar istana tu masih menggunakan batu2, masih mengekalkan jalan zaman dulu2. Rumah sekitarnya pula rapat2 dan comel2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 08:22 PM | Show all posts
gambar las sekali ttu macam dalam cerita transporter pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2015 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
susisan isi rencana ni tak diolah dan disusun dgn baik. dr segi susunan penceritaan agak bercelaru. but yes ... istana lama mcm ni sure sgt istimewa. ada nilai sejarah yg tinggi. menyimpan seribu cerita dan rahsia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 09:34 AM | Show all posts
teringin nk pi sane pakai gaun kembang ala2 masquered zaman victoria gtu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 02:54 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 26-8-2015 07:03 PM
dah pernah masuk istana ni, ada tempat agak meyeramkan dan ada tempat yg nampak cantik......tak semu ...

waaaa!! bestnye..kimmy, klo nk wat event or photoshoot kt ctu buleh x? cam cantik je klo amik gambor kawin
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 03:27 PM | Show all posts
mesti banyak lorong2 dan bilik rahsia..scary.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 03:44 PM | Show all posts
teringin nak pergi
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:20 PM | Show all posts
babydoll replied at 27-8-2015 02:54 PM
waaaa!! bestnye..kimmy, klo nk wat event or photoshoot kt ctu buleh x? cam cantik je klo amik gamb ...

boleh ambik gambar kat luar istana...masa aku pergi dulu kat dalam istana tak dibenarkan ambik gambar.  Ada park kat bawah istana tu, yg boleh lepak2 dan ambik gambar istana ....memang cantik sangat.
Aku ni peminat sejarah dan memang kagum lah dengan pembinaan istana orang dulu2 yg memang tak ada peralatan canggih macam zaman sekarang.....pulak tu duduknya kat atas bukit yg tinggi.

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 05:35 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 26-8-2015 06:03 PM
dah pernah masuk istana ni, ada tempat agak meyeramkan dan ada tempat yg nampak cantik......tak semu ...

ya betul tu...ada tempat yang ditutup utk pelancong..
memang cantik istana ni...
kat dalam ada tempat yang menyeramkan...
apa pun, tempat yang menarik utk dikunjungi
berbaloi pergi ke sana walaupun cuaca sentiasa sejuk..
rasa nak pergi lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 06:03 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 27-8-2015 04:20 PM
boleh ambik gambar kat luar istana...masa aku pergi dulu kat dalam istana tak dibenarkan ambik gam ...

ohh!! seronoknyee!!! tp nk amik gmbar kt dlm takleh plak ye..baru nk fefeling amik gambar kawin dlm tu sbb ada suasana ancient. tapi xpe..ade rezeki blh pi!
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 06:22 PM | Show all posts
letak lah gmbr yg menyeramkan TT
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 05:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila dapat pegi ke sana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.061401 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list