CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12740|Reply: 83

[Tempatan] Nasaruddin Tantawi Dedah Apa Berlaku Dlm Bersih 1, 2, 3...

[Copy link]
Post time 27-8-2015 04:13 PM | Show all posts |Read mode

Memang sah tidak ada apa-apa kebaikan dan manfaat yg dapat disumbangkan melalui perhimpunan Bersih 4.0  samada kepada ekonomi, politik mahupun hubungan sosial negara... perhimpunan yg dianjurkan oleh badan NGO haram ini akan diadakan selama 2 hari iaitu bermula 29 Ogos dan kemuncaknya pada 30 Ogos bertempat di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur khususnya Dataran Merdeka...


Tak dipastikan apa tujuan tarikh tersebut dipilih namun kita sedia maklum bahawa perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2015 akan turut diadakan pada pagi 30 Ogos bertempat di Dataran Merdeka... lazimnya sambutan seperti ini akan turut melibatkan rakyat Malaysia khususnya para peserta yang datang dari pelbagai agensi dan lapisan masyarakat... yang pastinya, mereka yang berbaju kuning dengan perkataan Bersih 4.0 tertera bukanlah sebahagian daripada peserta yang akan mengambil bahagian...

Seorang sahabat yang juga merupakan anggota Unit Amal PAS telah mendedahkan intipati ucapan yang disampaikan oleh seorang pemimpin tertinggi PAS yang baru sahaja memenangi jawatan tersebut dalam Muktamar PAS baru-baru ini, YB Ustaz Nasaruddin Tantawi... Ustaz Nasaruddin telah hadir dan diberi peluang berucap dalam Kursus Emergency Dan Trauma anjuran Kor Medik dan Penyelamat, Jabatan Amal Malaysia bertempat di Sungai Congkak, Hulu Langat...

-IMAGE-

Ustaz Nasaruddin telah melahirkan rasa kecewa dan marahnya terhadap pimpinan PR khususnya pihak penganjur Bersih 4.0 kerana bertindak mengenepikan kepimpinan PAS dalam beberapa siri perbincangan... dalam masa yang sama, pihak penganjur Bersih 4.0 mahukan penyertaan dan penglibatan menyeluruh daripada jentera, kepimpinan dan ahli PAS...


Pihak penganjur Bersih 4.0 mendakwa mereka telahpun mengadakan perbincangan dengan wakil PAS dan wakil PAS tersebut bersetuju untuk turut membantu perhimpunan yang dirancang dan akan cuba membawa seramai mungkin ahli PAS, seperti siri-siri Bersih yang sudah... persoalannya, siapakah wakil PAS yang dimaksudkan? Dan kenapa kenyataan wakil PAS tersebut nampak begitu bercanggah dengan keputusan kepimpinan PAS Pusat?

-IMAGE PENDEDAHAN NASARUDDIN TANTAWI-

Adalah malang bagi PAS khususnya barisan kepimpinan yang baru dipilih secara sah bilamana ada pihak masih berani menggunakan nama PAS, membuat keputusan dengan membelakangkan kuasa kepimpinan yang sah... perlu diingat, PAS selama ini telah banyak membantu dan menyumbang bakti di atas 'kejayaan' penganjuran perhimpunan Bersih, bermula siri yang pertama, kedua dan ketiga...


Peranan yang dimainkan oleh jentera PAS khususnya Unit Amal PAS telah membantu melancarkan perjalanan sepanjang perhimpunan yang berlangsung... malah unit ini jugalah yang berfungsi untuk memastikan para peserta menjaga tata susila dan nama baik Pakatan Rakyat... maklum sajalah bila dah ribuan yang turun, kemudian bermalam pula di Dataran Merdeka, yang datang dengan bermacam jenis 'kepala', pelbagai bangsa dan agama, pelbagai latar belakang sosio kehidupan, pelbagai prinsip...


Ustaz Nasaruddin juga mendedahkan dan menggambarkan betapa rosaknya pemikiran dan pegangan anak muda sekarang yang cuba menggunakan platform Bersih ini untuk menghalalkan cara hidup mereka... bayangkanlah, dengan bantuan Unit Amal PAS pun sebelum ini masih juga berlaku gejala keruntuhan moral ketika bermalam di Dataran Merdeka, penemuan kondom2 di tapak perkhemahan, minum arak secara bebas dan terbuka, percampuran luar batasan antara lelaki dan perempuan serta banyak lagi... inikan pula tanpa kawalan...

-IMAGE-

Kita perlu faham apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Bersih dan siapa yang berada di belakangnya... Bersih bukan sekadar memperjuangkan hak dan keadilan dalam pilihanraya atau seumpama dengannya... Bersih juga dipelopori oleh badan-badan NGO yang berprinsip songsang, samada dari segi akhlak, akidah, fahaman politik termasuk fitrah manusia...

Mereka yang memperjuangkan LGBT, yang memperjuangkan Comango, yang mahukan Syiah, yang memperjuangkan anti agama, yang mahukan kebebasan segala-galanya tanpa ada sikit pun sekatan dan lain-lain, semuanya bersatu, bergabung, digaul, diuli hingga terhasilnya apa yang dipanggil Bersih... Bersih kah itu???

Jadi bagi Mamu, tindakan kepimpinan PAS Pusat yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka untuk tidak menyertai atau melakukan sebarang kerahan ahli untuk bersama dengan Bersih 4.0 adalah sangat tepat... yang sudah, sudahlah... manusia tidak pernah terlepas dari membuat silap... yang terbaik adalah apabila mahu kembali ke jalan yang benar, yang diredhai oleh Allah... agar ada keberkatan dalam perjuangan...

-IMAGE-

Jadi, siapa lagi yang tinggal di dalam PAS yang masih mahu memperjuangkan Bersih ini? Inilah bijaknya musuh Islam, musuh Allah... agenda mereka adalah untuk memberi gambaran betapa berpecahnya PAS... betapa ahli PAS kononnya sudah mula menolak dan tidak mengikhtiraf kepimpinan ulama dalam PAS... tidak hairanlah kenapa YB Shah Alam semalam, melalui media memaklumkan bahawa mereka, yakni kumpulan PAS yang pro GHB, Amanah, G18 atau apa nama sekalipun, tidak akan keluar dari PAS selagi parti baru tidak ditubuhkan secara rasmi...

Mereka inilah yang sebenarnya kemaruk sangat nak berkuasa dan melalak bersama kumpulan Bersih... lebih malang, mereka mahu tindakan mereka ini kelihatan seolah mewakili PAS, sedangkan pemimpin utama menolak Bersih... bukankah imej PAS terutama kepimpinan ulamak akan terpalit seandainya puak jebon ini berjaya mempengaruhi Unit Amal untuk menyertai Bersih? Dengan hanya berpakaian merah, berkopiah putih, sudah cukup menggambarkan seolah-olah ahli-ahli PAS membelakangkan arahan kepimpinan PAS Pusat... maka persepsi kononnya PAS sudah berpecah dan tidak lagi relevan memperjuangkan Islam akan berjaya ditonjolkan dengan tindakan mereka ini...


Seperkara lagi, untuk menganjurkan perhimpunan yang sebesar ini pasti memerlukan juga dana yang besar... T-shirt percuma, makan minum 2 hari 1 malam percuma, pakej bermalam di Dataran Merdeka percuma, kos perjalanan, kos promosi, kos membiayai peserta yang mungkin akan ditahan malah wang poket juga biasanya turut disediakan, malah menurut sumber, ianya mencecah RM300 per kepala!!! Jadi siapa yang membiayai semua kos-kos di atas???

Maria Chin Abdullah, yang juga merupakan salah seorang penganjur utama perhimpunan Bersih 4.0 ini, baru-baru ini telah mengakui menerima sejumlah dana dari beberapa badan NGO dunia yang sekepala dan sekapal dengan mereka... antaranya Ndi, Osi, termasuk juga Ned walaupun dinafikan... 'search' dan selidik lah sendiri siapa sebenarnya NGO2 yang disebutkan ini dan siapa di belakang mereka...

-iMAGE-

Tahniah diucapkan kepada beberapa pihak dan NGO yang terpanggil untuk mempertahankan kedaulatan dan keharmonian negara dengan membuat laporan polis ke atas pihak penganjur Bersih berhubung dana yang mereka perolehi... Mamu sangat berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan sebaik mungkin dan mengheret mereka jika didapati bersalah ke muka pengadilan...

Mereka ini sebenarnya topeng-topeng Yahudi... Allah telah memberi amaran kepada kita, umat Islam bahawa musuh utama selepas iblis dan syaitan adalah Yahudi... dari zaman Nabi hingga kini bangsa Yahudi tidak pernah berputus asa untuk memusnahkan Islam... jangan hairan jika ada di kalangan penganjur Bersih sendiri beragama Islam... perlu diingat, Abdullah Bin Saba', pengkhianat berbangsa Yahudi memeluk Islam dan kemudiannya berjaya memecahbelahkan Islam di zaman Saidina Uthman sehingga Saidina Uthman sendiri terbunuh angkara mereka... kesan kejahatan Bin Saba' ini berbekas hingga sekarang, setiap kali terpandang wajah-wajah Syiah...

-IMAGE-

Pihak berkuasa melalui Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri sudah pun mengeluarkan kenyataan media rasmi bahawa Bersih 4.0 merupakan sebuah pertubuhan HARAM... sehubungan itu, KDN telah memberi amaran kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak terjebak atau terlibat, samada secara langsung atau tidak langsung dengan perhimpunan Bersih 4.0 seperti yang dirancang... pihak KDN juga telah mengarahkan agar pihak polis mengambil tindakan sewajarnya jika ada mana-mana kumpulan khususnya yang berpakaian kuning dengan tulisan Bersih cuba berkumpul di mana-mana lokasi sekitar ibu kota...

Berhati-hatilah jika anda terlibat atau mahu menyaksikan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2015, kerana takut kumpulan Bersih ini akan mengambil kesempatan di atas kehadiran anda...


Berfikirlah dengan akal yang bernas sebelum anda mengambil apa-apa keputusan... menyertai perhimpunan Bersih adalah satu tindakan yang sia-sia malah ia bakal memberi impak yang negatif kepada negara... kita nakkan suasana dan kehidupan yang aman makmur, jadi adakah dengan menyertai Bersih 4.0 ini menjamin kemakmuran negara? Janganlah kita terlalu mudah menjadi hamba dan diperkudakan oleh puak dan dalang yang bertopengkan syaitan... takut kelak kita sendiri yang akan menyesal...


By Mamu Karapoley


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 04:29 PM | Show all posts
DAPig = GHB... Bangsat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:35 PM | Show all posts
malas aku nk amek pot dah...lantak la korang....buhsannnn.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:39 PM | Show all posts
Contoh cybertrooper JASA yg rajin...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:45 PM | Show all posts
gila kentang





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa beza dgn gomen sekrg ... 2 x 5
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2015 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara2 perpaduan sudah berbunyi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:59 PM | Show all posts
sahaja aku halalkan 2.6bilion, 27 bilion, GST kerana tak nak melayu umno tak jadi PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 05:07 PM | Show all posts
secara tak langsung beliau menghina arwah TGNA yang begitu menyokong penuh BERSIH
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 05:40 PM | Show all posts
kahkahkahkahhhhh
dia ingat mat rempit ke yg joined bersih rallies 1,2,3 dulu sampai jumpa kondom bagai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2015 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek replied at 27-8-2015 05:40 PM
kahkahkahkahhhhh
dia ingat mat rempit ke yg joined bersih rallies 1,2,3 dulu sampai jumpa kondom ba ...

Mat rempit je ke yg reti pakai kondom???
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 06:47 PM | Show all posts
Berseh yang kotor .
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujong2 salahkan yahudi. Tipikal meleis bangsat, baik merepot dlm neraka tingkat 7 je la
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
bila dah x geng mcm2 cite ngarot kuar..sumenya nak tunjukkan bhw mereka buat keputusan tepat dimata ahli dan penyokong
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ni bkn SUARA MELAYU BARU ni SUARA MELAYU BODO
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 10:37 PM | Show all posts
Aku dah lama tahu..sbb tu xpenah join benda2 karut ni seme

Buang masa aje...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols xharapkan sgt pun phimpunan bersih beri ape2 effect pd pentadbiran najib..yg plg iols harapkan case proceeding dr swiss,spore authorities or us or france yg definitely will hv huge effect pd najib nanti,seluruh dunis akan tau mcm kes rasuah Fifa br ni, mane nak taruk muka,blom lg kalu sirul reveal anything kat australia nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 11:03 PM | Show all posts
owhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Karutan apa ni? Aku ada di bersih 2 dan 3... hanya segelintir yang buat masalah... lain2 semuanya AMAN. Baik dari pendemo hingga ke polis/fru yang aman2 aja...tiada masalah!

Bila penulis ini kata bersih tak menjamin kemamkuran negara, tanya diri kau balik..makmurkah negara dalam pentadbiran yang penuh korup?

Yang tidak join lah paling banyak bising..sia2 lah..karut lah..pecahbelahkan negara lah... padahal kau tiada pun kat situ..hanya bercakap berdasarkan media yg berat sebelah (dua2 pihak pun)...kau tak nak join, duduk diam aja di rumah tonton melodi. Tapi tak usah bercakap seolah kau tahu segala...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 12:27 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.073479 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list