CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1430|Reply: 0

5 Tanda Tiba Masanya untuk Ganti Baru Pakaian Dalam Anda

[Copy link]
Post time 27-8-2015 07:17 PM | Show all posts |Read mode

Tidak pasti bila agaknya masa yang sesuai untuk menggantikan pakaian dalam anda? Ini adalah beberapa tanda-tanda jelas bahawa sudah tiba masanya untuk membuang pakaian dalam anda dan digantikan dengan yang baru:
1. Tidak elastik
Keanjalan pada getah pinggang akan rosak setelah dipakai lama, menyebabkan ia kehilangan bentuk. Ia berpotensi untuk longgar atau jatuh dari badan anda juga. Jika anda mendapati bra anda tidak lagi elastik di bahagian belakang atau talinya, sudah tiba masa untuk menggantikannya dengan yang baru, kerana ia tidak lagi memberi anda sokongan yang betul.
2. Terlalu kecil
Apabila pakaian dalam dibasuh dengan kerap, ia akan mengecut dengan lebih cepat terutamanya jika ia diperbuat daripada kapas. Jika seluar dalam anda terlalu kecil untuk anda, anda perlu membeli yang baru untuk menggantikannya. Saiz payudara anda pula boleh berubah tanpa anda sedar. Bra yang sebelum ini sempurna pada badan anda, mungkin akan menyebabkan anda ada masalah seperti sakit belakang pada masa sekarang. Dan itu adalah salah satu tanda bahawa anda perlu membeli bra yang baru!
3. Tidak selesa
Jika pernah terjadi anda membeli pakaian dalam yang tidak selesa, usah fikir dua kali, jangan memakainya lagi! Terutama pakaian dalam yang diperbuat daripada renda. Mencuci pakaian dalam berenda boleh menyebabhkan ia menjadi kasar dan itu sudah tentu menyebabkan anda tidak selesa memakainya sepanjang hari.
4. Berubah bentuk
Jika padding atau cup bra anda renyuk atau berubah dari bentuk asal, sudah tiba masanya untuk membeli yang baru. Perlu diingat bahawa cup bra anda harus selaras dengan payudara anda, jika tidak, anda tidak mendapat sokongan yang anda perlukan.
5. Tidak menggantikan secara kerap
Jangka hayat pakaian dalam anda adalah lebih kurang enam bulan, walaupun ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda seperti di atas. Ia masih dinasihatkan agar anda menggantikan pakaian dalam yang sudah lama. Tetapi berita baik adalah, jika anda sering bertukar-tukar bra anda, anda boleh membuatkannya tahan lebih lama.
Pakaian dalam anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas? Apalagi, jangan ditunggu, cepat-cepat beli pakaian dalam yang baru!

wanista



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048784 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list