CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2551|Reply: 5

Selama 20 Tahun Lelaki Ini Ketagih Makan Batu-Bata

[Copy link]
Post time 28-8-2015 12:23 PM | Show all posts |Read mode


NEW DELHI 3 April - Seorang lelaki India dari negeri Karnataka, selatan negara ini mempunyai diet pemakanan yang pelik apabila dia didapati ketagih makan batu-bata, batu kerikil dan lumpur.

Ajaibnya, lelaki itu, Pakkirappa Hunagundi, 30, mampu makan sehingga tiga kilogram batu dan lumpur pada setiap hari yang didapati dari jalan-jalan.

Hunagundi dilaporkan mula mempunyai selera terhadap objek yang tidak boleh dimakan orang lain ketika usianya baru mencapai 10 tahun.

Sejak dari itu, dia mula menguyah batu dan lumpur yang terdapat pada dinding dan jalan-jalan raya dan mendakwa diet itu langsung tidak mendatangkan sakit buatnya.

Gangguan pemakanan pelik itu dikenali sebagai 'Pica', sejenis ketagihan terhadap bahan-bahan yang tidak mempunyai nilai pemakanan.

Malah dengan keadaan giginya yang masih sempurna, Hunagundi mengenepikan tanggapan bahawa dia harus menghentikan ketagihannya itu.

"Saya telah makan batu bata dan kerikil kira-kira 20 tahun. Saya suka memakannya dan menjadi sebahagian daripada hidup saya.

"Perkara itu menjadi satu kemestian bagi saya. Saya boleh mengelak daripada makan lauk-pauk, tetapi tidak batu atau lumpur," katanya sebagaimana lapor Mail Online.

Walaupun ibunya cuba memujuk dia untuk meninggalkan diet pelik itu, namun bagi lelaki tersebut, bahan-bahan binaan mempunyai rasa yang lebih baik berbanding makanan biasa.



dairishare



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2015 03:22 PM | Show all posts
Ni penyakit kejiwaan jugak ni banyak lagi bahan makanan yang boleh dimakan batu juga yang berselera buatnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 03:37 PM | Show all posts
ni baru betul namanya berak batu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 03:59 PM | Show all posts
pica disorder..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2015 11:29 AM | Show all posts
dia tak boleh keje di tempat pembinaan, nanti abis di makannya batu dan bata....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 12:48 PM | Show all posts
Haish batu dimakannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.061106 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list