PENCAK silat Malaysia melakar nama di persada dunia apabila Silat Cekak Pusaka Hanafi mencipta sejarah dengan mencatat rekod dalam Guinness World Records bagi Kategori Pembelajaran Silat Terbesar dengan penyertaan 12,393 pesilat seluruh dunia di Stadium Merdeka, kelmarin.
Lebih membanggakan pembelajaran silat diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 serta Sambutan 50 Tahun Silat Cekak.
Pewaris Mutlak Silat Cekak Pusaka Hanafi, Dr Md Radzi Hanafi ketika ditemui berkata, pihaknya berbangga dengan kejayaan persatuan mencipta rekod dunia yang telah mengharumkan nama negara.
Beliau berkata, program yang telah dirangka sejak lima tahun lalu tersebut adalah acara kemuncak kempen Jom Silat yang telah dijayakan pada tahun 2009.
“Kami amat berbangga dengan pencapaian hari ini kerana ia menunjukkan bahawa silat masih lagi relevan dalam kehidupan moden," katanya.
Silat Cekak Pusaka Hanafi menepati kriteria ditetapkan Guinness World Records apabila berjaya melakukan latihan silat secara serentak dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 minit diiringi muzik tradisional.
Kejayaan rekod baharu itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Post time 31-8-2015 04:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tahniahlah..haruslah puji jugak usaha tu...sbb ada student2 yg join.. itu jer usaha yg dorg mampu buat. Kalu berdemo karang korg suh study dulu pulak..
takat rekod bodoh2 tak buat pun tak apa.
tak mendatangkan apa2 kesan positif pun ke atas tamadun manusia.
lain la mereka buat research pasal nak cure cancer ke apa, ada juga faedahnya untuk kemanusiaan sejagat.
orang lain dah menggelupor buat preparation nak cikcur ke mars, kita masih dok gigih buat rekod2 hauk bodoh sebegini
Post time 31-8-2015 07:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Rekod guinness memang begini la konsepnya..manusia2 bodoh tau menyalak mana ambil tahu..kau tak tengok lagi rekod lari 100m pakai heels,timang bola paling banyak..kau nak ilmiah pergi tengok benda lain
alah dia pegi kumpul mostly bebudak semester 1 uitm tu haaa..
dengan u lain juga kot, yang tu iolss tak pasti..
abis adik iolls no 5 pun terjebak sekali..
kata nye pengalaman sekali seumur hidup la..
apa la..da terpengaruh dengan senior2 dia tu..
tapi nak pergi nye kena bayar bus, makan dengan tempat tinggal sendiri..
pastu yang part silat setengah jam serentak tu..
diaorang pun dah practice 8-9 step yang senang..
ulang step yang sama..
padahal adik iolss no 2 kawin 29.8 tu..
tak cukup korum da kami adik beradik..
adik iolls no 2 tu cakap, tak pe la, dah adik no 5 rasa excited nak try,
kita bagi je la dia experience benda ni..
padahal kita da tahu, program tu just untuk meramaikan je..
budak semester 1 la yang paling senang nak dipengaruhi dan diminta join mana-mana program yang melibatkan kehadiran peserta yang ramai..