CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3674|Reply: 54

[Tempatan] UMNO berangan-angan tawan semula Selangor

[Copy link]
Post time 31-8-2015 11:21 PM | Show all posts |Read mode
SERDANG: Pemimpin UMNO Selangor perlu keluar dari zon selesa dan kukuhkan perpaduan parti serta sokongan rakyat, sekiranya berhasrat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut mengingatkan pemimpin UMNO Selangor supaya melakukan perubahan sikap dan minda bagi memenangi semula hati pengundi.

"Kalau kita mahu menjadi kerajaan negeri Selangor semula, kita harus membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO adalah lebih baik daripada kerajaan negeri yang sedia ada.

"Pada PRU ke-14, UMNO dan BN Selangor akan semakin kukuh, diperkasakan dan memacu sokongan dan dorongan pengundi untuk mengundi semula BN dan UMNO," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Puchong di Tapak Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Ahmad Zahid berjanji beliau akan turun padang membantu UMNO Selangor  menebus kekecewaan, sekali gus merampas kembali Selangor pada PRU ke-14.

"Walaupun saya bukan bapa angkat UMNO Selangor, saya sudi turun padang membantu 22 Bahagian UMNO di Selangor.

"Saya akan membantu memperkuatkan jentera di semua bahagian, parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk memastikan UMNO Selangor kukuh," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri mahu sokongan di peringkat akar umbi diperkukuhkan menjelang PRU ke-14, khususnya sokongan di kalangan pengundi Cina dan India.

Sambil memberi contoh, beliau berkata sokongan pengundi Cina di Selangor kepada calon BN pada PRU ke-13, menjunam kepada 13.4 peratus berbanding 29.8 peratus pada PRU ke-12.

"Ini disebabkan budaya berbenci-bencian yang ditanamkan pihak pembangkang terhadap UMNO dan BN. Ini menyebabkan masyarakat dan pengundi terpengaruh terutamanya pengundi atas pagar.

"Saya menyatakan perkara ini secara serius sebab saya ingin menyeru pemimpin UMNO Selangor mengubah sikap dan mengambil peduli pengundi di peringkat akar umbi supaya kita boleh memenangi hati dan minda pengundi.

Tolong ubah pemikiran pengundi Cina dan India supaya mengundi BN pada pilihan raya akan datang kerana pendekatan kita lebih baik daripada kerajaan Selangor sedia ada," katanya.
Ahmad Zahid turut mengingatkan pemimpin UMNO Selangor agar tidak menjadi pemimpin bermusim, sebaliknya mengambil berat ahli di peringkat akar umbi sepanjang masa.

"Jangan hanya mengambil peduli mereka di atas (pemimpin) sebaliknya yang di bawah (ahli di peringkat akar umbi) tidak diambil tahu...kalau tiada sokongan di bawah, tiada yang duduk di atas.

"Kita kena mengambil peduli pemimpin dan ahli akar umbi. Kita jangan jadi pemimpin bermusim yang hanya sibuk ketika pemilihan parti," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2015 11:24 PM | Show all posts
kahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 11:28 PM | Show all posts
dalam mimpi ler wehhhhhhhhhh....
even kalo jibby kena fired sebagai pengerusi UMNO pun .. sorreyyyy ... UMNO is totally rejected by Melayu selangor already ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sian
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 11:50 PM | Show all posts
hehehehe...lawak bodoh ...
kat selangor tak banyak felda lah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2015 11:54 PM | Show all posts
byk kan kem tentera kawasan selangor
buat persempadanan semula di kubu kuat umno
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2015 12:21 AM | Show all posts
bukan angan angan... cer tanya org PAS
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 12:38 AM | Show all posts
Bangsattt hamidii dah komen psl interpollll rejectt nama brown masuk dlm list dorg ke belum lg? Aku tak dgr sepatahh pun bangsattt ni ulasss psl tu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 12:43 AM | Show all posts
rampas?? igt ni bapak ko punya negeri ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 01:19 AM | Show all posts
Kj nape diam ye lama tak dgr cerita, takde apa2 statement pun.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 04:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 1-9-2015 04:28 AM

....zahid Komidi dah ade plan nak bawak masok berpuloh ribu ummah Kulonprogo & Pornorogol untuk dimelayukan seterusnya diUmnokan, so dia bukan omong kosong tau...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 07:40 AM | Show all posts
hihkhihkhihkhikk.....berangan je lebih....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 08:14 AM | Show all posts
bangsat sgt klu nk berangan gitu..org2 sngor dh sedap2 dpt bonus sebln bagai every year...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 08:23 AM | Show all posts
BERANGAN tu PECOMA.........................

Don't say, korang tak pernah berangan nak jadi KAYOOOOOOO........?????
Nak kawen pompuan cantik or jantan kayo lagi kacak...............?????
Nak drive Lambogini atau Mclaren....................
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik kau jaga Perak tu yoep ...... tu pun dah 50 50
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
In your dreams
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 10:28 AM | Show all posts
skrip yang sama berulang2 kali
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 10:37 AM | Show all posts


apa salahnya berangan

pembangkang juga
berangan nak tawan
putrajaya


berangan DAN buat
kerja ikhlas untuk rakyat
adalah di galakkkan
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 10:41 AM | Show all posts
harmerz01 replied at 1-9-2015 10:22 AM
Baik kau jaga Perak tu yoep ...... tu pun dah 50 50

ntah... kalo mampos lagi 2-3 adun BN....boleh tumpoooooo wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 10:43 AM | Show all posts
Dream On.........

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.092009 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list