CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5653|Reply: 21

Jue Aziz Malu Tonton Semula Babak Beliau Dirogol

[Copy link]
Post time 1-9-2015 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Umum mengetahui bahawa aktres Jue Aziz kini sudah berhijrah dan tampil dengan imej bertudung yang membuatkan beliau kelihatan lebih manis dan jelita.
Bakal muncul dalam filem Kapsul yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Jue bagaimanapun mengakui merasa malu apabila melihat kembali babak beliau telah dirogol oleh tentera Jepun didalam filem itu.

Skrip filem ini sudah agak lama di tangan, namun ia senyap begitu saja hingga pada tahun 2013, produksi menawarkan kembali watak Fatimah. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya kerana saya sudah jatuh cinta sejak pertama kali membaca skripnya dulu.
Walaupun babak membabitkan Fatimah tidak banyak, tetapi ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutama apabila dirogol oleh tentera Jepun. Sebenarnya saya malu untuk melihat kembali babak itu kerana ketika penggambaran, saya masih belum bertudung.
Jue pada masa yang sama menjelaskan keputusan beliau untuk berhijab lahir ikhlas daripada hatinya sendiri tanpa desakan mana-mana pihak. Pintu hati Jue terbuka untuk menutup aurat apabila beliau bermimpi tentang arwah ayahnya.

Kami faham perasaan Jue Aziz yang memang malu apabila babak sebegitu di pertontonkan selepas beliau kini sudah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Tapi kami harap tiada pihak yang mencetuskan kontroversi kerana seperti kata beliau ia di lakonkan ketika beliau belum bertudung lagi.
Sumber Berita:  Berita Harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 01:24 PM | Show all posts
aq paham. don worry jue.
eh eh... tetiba plak kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 02:50 PM | Show all posts
bila heshe ni bertudung....
retis sendu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 03:07 PM | Show all posts
takpe Jue..
semoga tros beristiqomah

Niat kita...ikhlas kita...hanya Allah yg tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal mimpi jumpa arwah ayah je nak pakai tudung.
Asal mimpi kiamat je nak pakai tudung
Asal mimpi je terus nak berhijab. Kelakar pun ada cerita cliche artis yang berhijrah ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 04:12 PM | Show all posts
semoga terus berubah ke arah kebaikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2015 04:26 PM | Show all posts
tahu pun malu. masa buat tak mikir pulak tu. janji masyuk

anyway, barang lepas jangan dikenang. move on aje ler deknon.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 04:47 PM | Show all posts
Everything bout her is love..muka dan suara...dan jua kopek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 04:52 PM | Show all posts
Xpe jue... Atas tuntutan kerja... Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
asal citer kekejaman jepun je mst ade scene rogol prmpuan melayu..
mmg la bnda tu trjadi..tp boleh kot nk highlightkan yg lain.
x fhm aku
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 05:34 PM | Show all posts
mongoose_kidz replied at 1-9-2015 05:18 PM
asal citer kekejaman jepun je mst ade scene rogol prmpuan melayu..
mmg la bnda tu trjadi..tp boleh  ...

marketing katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 05:35 PM | Show all posts
cantik beliau pakai tudung
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
heshe ni gebu kan? ala2 zizi bini bung haktuih
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 08:48 PM | Show all posts
x pe jue. retis selalu mcm tu. buat dulu. bila dah insof baru nyesal, malu bagai. itu ada lah normal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 09:20 PM | Show all posts
benda dah berlalu.... ko bukan hidup dizaman itu lagik... sujud syukur dapat berubah jd lebih baik dari yang dulu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 09:27 PM | Show all posts
2tigapuluh2 replied at 1-9-2015 04:08 PM
Asal mimpi jumpa arwah ayah je nak pakai tudung.
Asal mimpi kiamat je nak pakai tudung
Asal mimpi  ...

dah macam tu jenis seru yang diorang dapat nyah...what do u expect kan? tetiba...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 11:25 PM | Show all posts
well done jue.. teruskan istiqamah dalam bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 11:39 PM | Show all posts
sian kan. kena bapak niggal bru nk dpt hidayah, masak bapak hidup bertelanjang urban masing2. xpolah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 12:19 AM | Show all posts
lazim replied at 1-9-2015 11:39 PM
sian kan. kena bapak niggal bru nk dpt hidayah, masak bapak hidup bertelanjang urban masing2. xpolah ...

ko ni menaip, berfikir dulu tak?
hidayah tu x kisahlah datang cara mana dan datang bila masa... sekurang2nya, dia berubah ke arah kebaikan kan?
ko rasa, ko sempurna dah ke menutup aurat? kalau ko laki2, serius x penah pakai seluar seteng yg kompem bawah dari lutut?
kalau ko pompuan lak, pakai stokin, baju lengan panjang siap pakai sarung tgn in case lbang baju besar?
even kalau ko sempurna cara pakaikan pun, tp ko yakin ke hati ko bersih?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 08:09 AM | Show all posts
fezy replied at 2-9-2015 12:19 AM
ko ni menaip, berfikir dulu tak?
hidayah tu x kisahlah datang cara mana dan datang bila masa... s ...

kau pulak yg melenting2
artis dan propa berpisah tiada. pakai tudung pon gigih nk sebut hidayah2. rileks2 sudah. salah ke aku kata punya nk tggu hidayah sampai bapak ninggal baru la hidayah sampai. padahal hidayah tu kena cari. kesian kat bapak bertahun2 susah hati agaknya tengok anak dara kesayangn bergambar majalah sentiasa tersembol kopek. tah ke malu ke jiran2.

dan aku dh sobut xpolah tu mksdnya aku ok je lah dgn perubahan dia. cuma rasa getik ni bukan utk dia sorang tp pada semua artis yg sibuk nk crta pasal terima hidayah. terima hidayah dok diam2 lagi ok pa. dri mencapub mimpi lah, dahi melekat kat sejadah segala bagai aku rasa kalau org biasa yg free hair bukan artis, bila drg nk pakai tdg terus pakai je..paling2 ckp terbukak hati nk pakai tdg. xde gigih nk ckp terima hidayah. sbb bnda hidayah tu terlampau besar xbrani nk sebut hidayah.

kesimpulannya aku xdak masalah dgn mereka yg berubah ke arah kebaikkan. cuma getik sgt dgn ayat trima hidayah dorang tu.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.076981 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list