CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10149|Reply: 29

Pelik ! Pokok Ini Hasilkan 250 Jenis Epal yang Berbeza

[Copy link]
Post time 1-9-2015 11:40 AM | Show all posts |Read mode

CHIDHAM, West Sussex - Seorang lelaki di sini mengambil tempoh masa selama 20 tahun untuk menanam sebatang pokok buah epal yang menghasilkan 250 jenis epal dibelakang rumahnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Bagi melakukannya, Paul Barnett telah mencantumkan 250 jenis tunas pokok epal berlainan jenis pada ranting sebatang pokok epal yang bertindak sebagai induk.

Melalui teknik itu, dia kini memiliki banyak pilihan buah epal dari pelbagai jenis untuk dimakan, dimasak dan dijadikan cuka.


Barnett turut melabelkan setiap dahan epal untuk memudahkan dirinya mengingati dahan bagi jenis epal yang dicantumkan pada pokok berkenaan.

"Saya mula bekerja di sebuah tapak semaian yang mengandungi 90 jenis pokok epal pada setiap batas," kata lelaki berusia 40 tahun itu.

"Saya mahu menanam pokok-pokok saya sendiri, namun saya tidak memiliki kawasan untuk melakukannya. Oleh itu saya menggunakan kaedah pencantuman tunas untuk tujuan tersebut," tambahnya. - Agensi








dairishare


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 11:59 AM | Show all posts
bestnya. cantik pulak tu pokok dia. rendang rimbun dan rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 12:27 PM | Show all posts
kaedah Tut ni bagus untuk apa2 pokok buah pun

kalau nak lagi advance...guna kaedah genetic engineering..

teringin nak tanam pokok epal, oren, anggur depan rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaikk..kita pon boleh buat cantuman dahan macam tu contoh pokok jambu,durian,rambutan dll
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 03:49 PM | Show all posts
cayalah bro. mmg hebakk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 04:46 PM | Show all posts
terbaikkkkkkk!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2015 06:16 PM | Show all posts
Boleh diaplikasikan kepada pokok mangga yg tumbuh baik di negara ini. Macam-macam jenis mangga dapat dinikmati di kemudian hari.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 07:09 PM | Show all posts
Wow... Terbaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 09:55 PM | Show all posts
wah epal macam2 satu pokok? dah macam citer faraway tree dah hehehehe...


aku ada jugak sebatang pokok epal dalam pasu. dah 3 tahun, masih lagi belum transplant ke tanah, since tak sure nak tanam kt lokasi mana. and juga tak sure kalau akan berbuah and if berbuah aku tak sure juga if akan menghasilkan buah yg sama dengan epal yg aku makan.

pokok pear pun ada 2 batang, masih dalam pasu - ni saje semai benih pear cina. lama tak jaga.. kesian..

pokok lemon meyer pon ada lagi 2 pasu - benih dari lemon mayer new zealand
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 10:48 PM | Show all posts
Macam pernah tersiar dulu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 09:40 AM | Show all posts
ada byk jenis rupanya buah epal ni.. tau 2 jenis jer... epal hijau ngan epal merah hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 11:05 AM | Show all posts
ultrakasino replied at 1-9-2015 06:16 PM
Boleh diaplikasikan kepada pokok mangga yg tumbuh baik di negara ini. Macam-macam jenis mangga dapat ...

Betul2! terpikir benda yg sama bila tgk pokok epal ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 12:02 PM | Show all posts
melacak2 buah epal kat tanah
best je dpt mkn fresh apple camni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 12:19 PM | Show all posts
nenekglamer replied at 1-9-2015 09:55 PM
wah epal macam2 satu pokok? dah macam citer faraway tree dah hehehehe...

Dah 3 tahun?, dah sesuai dah alihkan pokok tersebut ke tanah. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari melebihi 6 jam. Gembur 4 kaki persegi sedalam 2 kaki, tambah kompos 2 kilo, tinja ayam terproses 1 kilo, lime 1 genggam dan gaul sebati. Buat lubang ditengah ikut ketinggian polibag atau pasu tersebut. Tanam pokok epal dan timbus semula. Siram dgn air secukupnya.

Setelah pokok epal anda berusia 4 hingga 5 tahun, gugurkan keseluruhan daun secara manual di mana petik semua daunnya untuk mengalakkan proses pembuahan. Kat negara kita tidak ada musim luruh jadi cara manual adalah cara terbaik. Jangan lupa bubuh baja buah dan subur dipanggal pokok. Kemudian nanti anda boleh tutkan pokok tersebut dgn variati epal yang anda inginkan. Maka tidak perlulah membeli epal dah. petik sajor buah epal kat laman rumah. Puas hati. Selamat mencuba....

pokok epal aku baru usia 6 bulan belum boleh buat apa-apa
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 12:23 PM | Show all posts
ultrakasino replied at 2-9-2015 12:19 PM
Dah 3 tahun?, dah sesuai dah alihkan pokok tersebut ke tanah. Pilih kawasan yang menerima cahaya m ...

wahhh  tq tq for the tips. mmg masih belum buat apa2 lagi sebab tak sure what to do.

ko tanam epal jenis apa? menarik ni. share lah info



Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 12:23 PM | Show all posts
hatikudus replied at 2-9-2015 11:05 AM
Betul2! terpikir benda yg sama bila tgk pokok epal ni

Apa-apa jenis buah tempatan pun boleh dilakukan seperti mangga, rambutan, dan lain-lain tapi dlm fikiran aku mangga lah yang paling sesuai sebab boleh guna jenis/variati mangga import from thailand, Filipina, Indonesia dan negara-negara lain. Mangga siam, mangga manila, mangga madu, mangga kelapa, mangga segala mangga yang enak dalam satu pokok. Tidakkah cantik tu bro?.... jom try
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2015 12:26 PM | Show all posts
ultrakasino replied at 2-9-2015 12:19 PM
Dah 3 tahun?, dah sesuai dah alihkan pokok tersebut ke tanah. Pilih kawasan yang menerima cahaya m ...

btw, pokok aku ni dari seeds - aku semai.

buah dia variety rose or pacific rose. beli kt ladang epal masa visit nz. taktau le klu bole hasilkan buah yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 12:30 PM | Show all posts
nenekglamer replied at 2-9-2015 12:23 PM
wahhh  tq tq for the tips. mmg masih belum buat apa2 lagi sebab tak sure what to do.

ko tanam e ...

Aku tanam epal jenis royal, chinese epal, epal hijau dan banyak lagi lah. Nama-nama itu aku ambil dari stiker yg terlekat pada buah tersebut. Dalam proses tumbuhbesaran. Tanam menggunakan biji dari buah epal yang dijual di pasaraya sajor. Masuk dalam peti sejuk untuk simulasi penyemaian. 100% berjaya bercambah. Boleh buat bisnes ni... untung beb
Pokok epal beli ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 12:32 PM | Show all posts
ultrakasino replied at 2-9-2015 12:30 PM
Aku tanam epal jenis royal, chinese epal, epal hijau dan banyak lagi lah. Nama-nama itu aku ambil  ...

semai jugak mcm ko. same technique. hihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 12:32 PM | Show all posts
nenekglamer replied at 2-9-2015 12:26 PM
btw, pokok aku ni dari seeds - aku semai.

buah dia variety rose or pacific rose. beli kt ladang ...

Tidak ada mustahil kat dunia ni bro.... jika pandai take the risk semuanya ok malah berbaloi dengan reward di kemudian hari. Try alihkan ke tanah dulu agar pokoknya cepat membesar. Tentu jenis epal yang yummy yummy sedap
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.277838 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list